jalan maut

Bayi antara empat maut dua kereta bertembung

Oleh Haika Khazi
mfaizul@bharian.com.my


PERODUA Kancil dan Proton Saga yang bertembung di Kilometer 1.5, Persiaran Selatan, Jalan Kajang-Dengkil, dekat Putrajaya, tengah hari semalam.

PUTRAJAYA: Empat sekeluarga, termasuk seorang bayi perempuan berusia tiga bulan, meninggal dunia apabila kereta Perodua Kancil yang mereka naiki bertembung dengan sebuah Proton Saga, di Kilometer 1.5, Persiaran Selatan, Jalan Kajang-Dengkil, dekat sini tengah hari semalam.

Mereka yang terbunuh ialah Wan Hanisah Wan Ibrahim, 56; dua anaknya, Nor Lenny Marlina Mohd Zawawi, 28, dan Nor Adilah, 26; serta cucunya, Siti Nur Balqis Mohammad Ariffadilah, tiga bulan yang juga anak Nor Lenny Marlina.

Kejadian berlaku jam 1 tengah hari ketika kereta yang dipandu Nor Adilah dari arah Kajang ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), bertembung dengan kereta yang terbabas dari arah bertentangan.


Nor Adilah dan Nor Lenny Marlina meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi mangsa mati dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. Semua mangsa cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Zahedi Ayob, berkata pemandu Proton Saga, seorang wanita berusia 44 tahun patah kaki dan dirawat di Hospital Putrajaya.

Zahedi berkata, kereta Proton Saga dari arah PICC ke Serdang itu dikatakan gagal dikawal lalu terbabas melintasi pembahagi jalan dan memasuki laluan bertentangan serta bertembung dengan kereta mangsa.

GAMBAR dari atas, Nor Lenny Marlina dan Nor Adilah

Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Desa Pinggiran Putra, dekat sini selepas membeli-belah di Alamanda, berhampiran tempat kejadian.

Jenazah Nor Lenny Marlina dan Nor Adilah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat, manakala Wan Hanisah dan cucunya dihantar ke Hospital Putrajaya.

Sementara itu, suami Wan Hanisah, Mohd Zawawi Abdlah, 56, yang bertugas di Kementerian Kewangan, berkata beliau mahu menghantar buaian yang dibelikan untuk Siti Nur Balqis ke rumahnya pada jam 12.40 tengah hari tetapi pintu rumah berkunci kerana mereka sudah keluar.

"Saya berpatah balik ke pejabat di Putrajaya, tetapi dalam perjalanan saya lihat ada kemalangan di lorong bertentangan dan ternampak kereta Perodua Kancil yang remuk.

"Saya amat terkejut apabila melihat mangsanya adalah isteri, anak dan cucu saya, manakala anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan dua anak saya yang tersepit dalam kereta," katanya sebak.

Abang mangsa dua beradik itu, Mohd Khairul Dahri, 29, kakitangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, pula berkata beliau menerima panggilan telefon daripada bapanya kira-kira jam 1 tengah hari memaklumkan kemalangan itu dan memintanya datang melihat sendiri di tempat kejadian.

"Apabila sampai di situ, polis memaklumkan dua adik saya terbunuh tetapi ibu, adik dan anak saudara saya sudah tidak ada di situ," katanya yang kali terakhir bertemu ibu dan adik-adiknya di rumah mereka malam kelmarin.

note : ni dekat jalan depan umah aku ye...
mmang aku dimaklumkan mmg dari dulu lagi jalan ni mmg banyak dah mengorbankan nyawa..
berhati2 lah..


♥ honey ♥

2 comments:

fazemy said...

Ha ah. aritu aku ada baca gak pompuan accident sorg2 nak g keja. bkn bertembung ngn sape2 pun.

Kesiannya pakcik tu..jmpa isteri anak cucu yg mati accident. Al0fatihah unt smua arwah.

CuTeMiUt78 said...

ish.. kesian sungguh kan.. apapun ajal maut ditentukan olehnya

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...