Episod 1 Gunung Jerai : Tiba di destinasi (hari pertama)

cantik kan..nanti aku tunjuk lagi gambar masa siang..waktu ni senja dah..dan macam nak hujan lebat..

Kursus Teambuilding BSWP Gunung Jerai ( tapi dah macam family day daa..)
Peserta seramai 74 orang..(termasuk Dato', Datin)


24 Disember 2010 :

10.30 pagi : bertolak dari MOF ke Gunung Jerai. Perjalanan sangatlah lama.. aku siap tertido bangun tido bangun.. berapa kali ntah..hehe..

Singgah lunch kat RnR Tapah. Orang pack gile. Aku malas nak amik gambar.. dengan perut lapar nye lagi, siap nak rebut meja lagi.. haishhh.. lain kali malas aku nak berhenti kat sini lagi. dah lama tak berenti kat RnR tu. so, jakun jap bila tengok dah sambung ke belakang..parking n tandas.. maklumla, aku kalau balik kampung tak lalu pun exit Tapah. aku lalu Exit Bidor.. kalau lalu Tapah tu, dah macam patah balik..lalu Bidor senang..sape org Bidor? *tetibe..=p

banyak kalila berhenti.. biasala kalau naik bas kan.. nak terkucil la, peninglah, muntahla.. oppss.. muntah takde..=p

sampai dalam kul 6 petang. aku ingatkan dah sampaila kat bawah tu.. sekali naik atas daa.. untuk sampai ke Puncak Gunung Jerai. Bas takleh naik. Jalan sempit. Kitorang ssemua naik van. Adela dalam 20 minit jugak nak sampai kat atas tu.. scarry woo nak naik atas tu.. jalan dia lebih kurang jalan nak naik Genting n Fraser Hill.. paling ngeri bila ingat2 balik, van yg kitorang naik tu termati lak enjinnya masa betul2 kat selekoh tajam nak naik atas.. cuakkk.. pakcik yang bawak tu relax je.. hehe.. dah biasa kot..:)


sampai atas, kami disambut dengan receptionist yang cantik lagi jelita..hehe.. Register n terus dapat bilik. Aku dapat sebilik ngan Dayan, Ecah ngan Qila. Zizi ngan sape ntah..


dan kami dibawa ke bilik masing-masing dengan menaiki buggy.. yg macam kat padang Golf tu.. fes time naik tu.. best. rupanya buggy tu pakai battery je.. takde enjin pun..

aktiviti malam, takde. Sebab hujan turun dengan lebatnya. Tapi gigih jugak pegi naik atas tu (dewan) untuk dengar taklimat aktiviti keesokan harinya..

sambung malam kang ek... babai..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

1 comment:

attyfir said...

salam ana..
gigih kty reverse entry nak baca part 1

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...