Review : World Invasion : Battle Los Angeles



Film: World Invasion: Battle Los Angeles
Cast: Aaron Eckhart, Michelle Rodriguez, Bridget Moynihan, Michael Pena
Director: Jonathan Liebesman

First of all, aku memang suka cerita pasal perang-perang ni. Tambah-tambah dengan alien kan..Hehe..

Battle: Los Angeles (juga dikenali sebagai Battle: LAand World Invasion: Battle Los Angeles, dan sebelumnya Battle for Los Angeles) ialah sebuah filemfiksyen sains tentera peperangan diarahkan oleh Jonathan Liebesman, dan dinbintangi oleh Aaron EckhartMichelle RodriguezMichael PeñaNe-YoDavid PhamRamon Rodriguez dan Bridget Moynahan. Ia mula ditayangkan pada 11 Mac 2011, filem ini berlatar di masa kini Los Angeles dan mengikuti marin A.S. semasa serangan makhluk asing. copy from wikipedia.

Filem ni okla..not bad. As you know, US punye filem kan, confirm la diorang buat cerita yang .. camne nak kata ek.. (jangan ada yang banned aku sudah) cerita yang akan menunjuk-nunjukkan dorang punya kehebatan dan kekuasaan tentera diorang.

Di samping  menunjuk-nunjukkan tu, ada jugakla moral-moral yang boleh diteladani oleh masyarakat. Contohnya :

1. keselamatan orang awam sangatlah diutamakan. Part yang diorang jumpa orang awam kat Balai Polis. En, Rincon ngan anak dia, Hector, seorang doktor Haiwan, Michele dan dua orang kanak-kanak perempuan. 5 orang semuanya. Semuanya dilindungi 100%.

2. sanggup berkorban untuk keselamatan negara. Leftenan William Martinez mengorbankan dirinya dengan mengebom diri sendiri daripada makhluk asing tu terus mara.

3. semangat berpasukan. Semua tentera wajib ada teamwork kan. Dengan teamwork nilah kalau kita semua bekerjasama, mesti boleh berjaya.

4. tiada istilah rehat bagi tentera. Ni kat ending dia. US Marin yang terselamat : Staf Sarjan Nantz, Technical Sarjan Elena, Cpl Lee Imlay, sape lagi ntah, aku tak ingat. Dorang selamat tiba di Pangkalan. Ada US Marin lain yang menyambut ketibaan mereka mengarahkan mereka bersarapan dahulu tetapi mereka tidak mahu bersarapan dan teruskan operasi. Pastu habissss...

Pada pandangan aku, ni ajelah. Orang lain aku tak tau. Tapi cerita sedih woo.. Part yang ayah Hector, En. Rincon tu mati. Syahdu je rasa.

Oh ye. Ne-Yo penyanyi RnB tu pun berlakon tau. Jadi doctor tentera. Nama dia dalam filem ni Cpl. Kevin "Specks" Harris. 


Ok, itu saja review kali ni..




Staf Sarjan Michael Nantz


Technical Sarjan Elena Santos








2 comments:

NURUL JAMIAN said...

DAH LAMA TAK TGK WAYANG TAU

sharEna said...

dh byk citer2 US mcm nie. propaganda basi..huhuh

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...