Petang Sabtu yang lepas, kita semua dikejutkan dengan satu tragedi tanah runtuh yang meragut 16 nyawa. Satu peristiwa yang akan terpahat dalam memori seluruh rakyat Malaysia sampai bila-bila. Sama macam Tragedi Highland Towers 18 tahun yang lalu.
Masa kejadian cuaca cerah. Kat Putrajaya la. Kat tempat kejadian pun cerah. Menurut berita. Cuma hujan malam sebelum kejadian. Kejadian berlaku pukul 2.30 petang. Masa tu aku tengah sibuk bertwitter, Dani main-main kat hall., takmo tido. Perasan tweet daripada Budiey.com, yang bagitau ada landslide kat Hulu Langat. Pastu baru banyak twitter dari Berita Harian dan orang-orang lain juga.
Terus aku on tv. Nak tengok berita terkini pukul 3.30 dan 4.30 petang. Memang menyayat hati. Sebak rasa. Air mata memang dah berjurai-jurai. Aku memang sensitif orangnya. Pantang ada dengar cerita sedih-sedih ni. Konfem air mata mengalir laju. Belum lagi kena marah. Kena tegur sikit automatik air mata jatuh. Haishhh, murah sungguh air mataku. Dah tahan sehabis mungkin pun jatuh juga. Eh, dah lari topik. =p
Semalam hari Ahad, memang duduk rumah saja. Lepas pegi pasar, rehat lepak-lepak je kat rumah. On tv, untuk mengetahui perkembangan Tragedi Tanah Runtuh tu. Berita tv9 pukul 12.00 tengahari tu, memang lama memaparkan berita tragedi tu. Ada satu scene tu, wartawan TV9 menemuramah ADUN Semenyih, Datuk Hj. Johan bin Abdul Aziz. Beliau berkata, 15 minit sejurus kejadian tu berlaku, Beliau terus datang ke kawasan tragedi. Dan sempat menyelamatkan mangsa-mangsa yang tertimbus. Beliau kata lagi, beliau nampak ada kaki mangsa, tapi bila korek tanah tu untuk tarik mangsa, kaki tanpa badan yang keluar. Sebelah kaki sahaja. Huhu, ngeriii..
Pagi tadi, masa on the way ke office, kat Hot FM pun cerita pasal tragedi ni. Sokong dengan kenyataan seorang pemanggil ni, mangsa-mangsa yang terkorban tu semuanya kecil2 lagi. Mana tahu mungkin salah sorangnya nanti bila besar ada yang akan mengharumkan nama negara. Lagi sebak bila dengar dia cakap macam tu.
Semoga roh semua mangsa dicucuri rahmatNya. Kita yang masih hidup sedekahkanlah surah Al-Fatihah. Al-Fatihah...
Note : Tak nampak dan tak dengar pun MB Selangor turun padang. Apa cerita?
Foto THE STAR Oleh AZMAN GHANI
No comments:
Post a Comment