Ijai bertunang Part 1

Akhirnya percintaan mereka berdua ditamatkan dengan termeterainya ikatan pertunangan. Kata orang selangkah je lagi untuk sampai ke alam perkahwinan. Alhamdulillah, walaupun banyak betul dugaan yang Ijai tempuhi sebelum dia kenal lagi dengan tunangnya, akhirnya Ijai jumpa jugak cinta sejati. Ecehhh..

As Perakian *orang Perak*, aku tak tahulah ni adat orang Perak je ke atau ada lagi negeri-negeri lain yang buat macam ni. Kalau kita di pihak lelaki, kita hendaklah membuat kenduri doa selamat untuk bertolak ke rumah perempuan. Kendurinya belah pagi sahaja dan hanya nasi lemak + bihun + pulut + rendang + air yang menjadi santapan, Campur kuih dua tiga jenis. Menu berlauk yang makan tengahari tu nan ado. :) Kalau ada negeri lain yang buat, tell me ya..:)

Ingat tak yang insiden ayah aku tu? Sebenarnya, kami sekeluarga risau sangat-sangat. Sebab hujung minggu tu adalah majlis Ijai. Aku memang berdoa banyak-banyak agar ayah accident takde yang teruk lukanya. Aku percaya Ijai dan ahli-ahli keluarga yang lain pun sama. Kami hanya bergantung dengan keadaan ayah. Jikalau ayah teruk, kemungkinan majlis itu akan ditangguhkan. Dan alhamdulillah, ayah tiada major injured. Just bengkak bahu dan luka-luka kat lutut dan siku. Susah jugaklah nak bangun 3-4 hari. Semangat ayah kuat, hari yang ditunggu, ayah boleh bangun dan berjalan cuma tak boleh la buat keje2 berat. Dani pun ayah tak larat nak dukung..:) Tapi kate cucu kesayangan kan, ayah dukung jugaklah walaupun sedang sakit. "Dani, kena ingat ni nanti ye..Aki sayang Dani sampai Aki sakit pun Aki tetap nak dukung Dani.."

Malam Selasa aku balik kampung, terus cuti Rabu sampai Jumaat. Sepatutnya, aku balik Hari Khamis tu. So, dah habislah Cuti emergency aku selama aku tanggung kerja iaitu tidak boleh melebihi 5 hari sepanjang kuarantin berturut2 28 hari. Ijai balik pagi Khamis. KakYang balik hari Khamis malam Jumaat, amik dia kat Ipoh. She from UiTM Sungai Petani. dan Anep balik Jumaat malam Sabtu. Enady just cuti sehari je hari Rabu tu pastu dia balik semula ke Putrajaya sebab dia baru je lepas kena denggi, MC selama 8 hari. Dalam masa yang sama aku bersyukur sebab dapat tolong ibu awal-awal lagi. Takdelah ibu buat sorang-sorang semuanya.

Kucing Ika - Chubby, menyebok nak tolong masak jugak
Dani pun nak tolong jugak =p

Dia yang nak bertunang haruslah keje lebih sikit kan..:)
Pic masa kenduri pagi tu aku lupa nak snap.. Lepas ni semua pic majlis dah habis..Dan masa untuk bergotong royong kemas pinggan mangkuk..

Dani & Paksunya..




Dan sebelah malamnya pulak, ayah ada ajak team rebana ayah main rebana kat umah. Kelasss Mariahhh, kenduri Ijai bertunang siap ada rebana sekali..masa aku bertunang ayah tak aktif lagi. Masa aku kawin malam berinai tu baru ada.
Dani teruja bila tengok orang main rebana tu..

terima kasih sepupuku, Nisa, Ati dan Eli..

susah payah korang berjaga malam nak tolong kak nana siapkan hantaran..

tengok ayah, kaki ayah tak boleh nak bersila. masih sakit katanya..

semangat betul ayah..:)




Pada orang Kampung Gajah, kalau nak jemput diorang ni main rebana, dialu-alukan lah. Jangan riso, tak mahal pun kene bayor..=p
Nanti sambung part 2 pulak kat belah perempuan sana..:)

Macam-macam ragam

Bekerja di hari Sabtu. Terpaksalah mengusung budak tecik ini sekali.. Masa dia kecik dulu senang sikit aku nak buat keje bila bawak ke opis. Now, dah besar, dah ada akai sikit, habis semua serba tak kena.. Nak buat keje pun hati tak senang, penyudahnya, balik teruslah..=p











Dia geram


Kalau kita cakap "Dani, geram macam mana geram?"
Dan dia akan buat reaksi yang macam kat gambar atas tu..:)

Ya! Aku percaya dengan miracle itu..:)

 Hari Rabu, 22 Jun 2011, genap Dani berumur setahun 3 bulan 11 hari, beliau dengan sendirinya telah membuktikan bahawa "kalau budak tu dah sampai serunya untuk berjalan, memang dia akan berjalan".

Ya! Itulah yang aku alami. Sebelum tu, memang Dani adalah menunjukkan effort 4 hingga 5 langkah dia menapak then jatuh. Berulang kali. Namun, nak jalan yang sebetulnya aku tidak tahu..Redha sajalah bila ada cakap-cakap belakang yang cakap "lambatnya anak ko berjalan." Mula-mula memang stress, tapi lama-lama arghh, kalau dia nak berjalan nanti dia jalan lah kan..*ayat sedapkan hati sendiri..:)

gambar yang pertama aku ambil masa dia mula berjalan..:)
Hari Rabu tu, kan ke aku balik kampung ada emergency, ayah aku accident kan, pagi tu masa semua tengah sibuk berdiskuss pasal Ijai bertunang kat hall, tiba-tiba je Dani berjalan selangkah, dua langkah, tiga langkah dan seterusnya berlangkah-langkah tanpa henti selama beberapa minit. Jatuh je, pegang kerusi dan berjalan lagi! Aku hampir menitiskan air mata melihat keajaiban itu. Semua lihat dia berjalan. Papa dia. Nenek dia. Aki dia. Maksu tk dpt tengoklah sebab dia sekolah. Mak Uda + Nisa + Nasiha pun tengok. Yang mampu aku buat, mengucapkan syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi di atas kurniaan ini. Akhirnya, anak aku dah pandai berjalan. Walaupun dia belum mampu untuk berdiri sendiri tanpa bantuan, itu sahaja pun sudah cukup memadai bagiku dan Enady. Dan aku sangat gembira melihat dia yang bersungguh-sungguh, gigih, berusaha kuat untuk berjalan. Berlatih je setiap masa.. Dah penat dia akan berhenti dan mulalah ngamuk2 nak tido. Haha..tak larat nak pujuk.


Hari Khamis, 23 Jun 2011, Pak Ngah Dani aka Ijai balik kampung. Sampai-sampai je, dia pun terkejut + tersenyum lebar tengok Dani dah pandai jalan. Mak Yang dia balik malam Jumaat tu pun happy gilak jugak.. Melompat-lompat Mak Yang dia..:) Paksu dia balik malam Sabtu tu pun suka gile tgk anak sedaranya ni dah pandai jalan..:)


Yang kelakarnya Dani ni, dia suka expose bila ramai yang tepuk tangan kat dia.. Ramai yang entertain dia. Dia lagi seronokla nak tunjuk skill terbaru dia.. Hahaha..Semangat ko! Terus dia skip masa tido dia yang waktu pagi tu. Kul 1 petang baru dia tido..

Jom kita layan videoa dia berjalan..:)


Noted : Dani berjalan nak tunjuk kat Aki ngan Nenek ye..:) Mama ngan papa love you so much..


Sehari sebelum kejadian








Kejadian apa?

Nanti aku cerita..:)

Apa yang ada di atas meja aku?


Nangesssss!!

hilang arnab?

 :)

tertampal kat papan kenyataan kat blok umah aku..=p

Ke Seksyen 8


Selalu jugak aku ke Seksyen 8, Shah Alam ni untuk melawat seorang sahabat di sini..:) Nah, g tengok entry dedulu.. Sini dan Sini..:) Kihkihkih, baru 3 kali..=p


Hari Sabtu bila ntah, aku berkesempatan untuk ke sana lagi,. Untuk menyelesaikan satu masalah negara..kuang kuang kuang.. No lah! Saja jenjalan. Balik dari ofis, taktau nak buat apa, sebab Enady keje petang sampai malam. Tu yang aku jauh berjalan ke sana tu. Harus mintak izin kan.. Haha..


Suka tengok dorang berdua ni berkawan..Takdelah jumpa-jumpa bercekau.. Cyrus pun ok je bila Dani nak main mainan dia. Cuma satu je diorang rebutkan..laptop untuk bebudak tu. Adoii..


Dan susah juga nak ambil gambar mereka bersama. Mase baby dulu oklah.. Elok je terletak. Bila dah beso sikit ni.. Letak je, ade je nak merayap sana sini..:) Akibatnya, jadiklah gambar yang banyak movement. Maklumlah, kameraku rosak takleh nak focus..amik pakai kamera hp ajelah..


Si tuan rumah yang taknak layan Dani dah..Hihihi..Dani pun cakap, saya surrender..=p

Ayah accident


Hari Selasa jam 4.15 petang, aku dapat call dari ibu. Tengok skrin pun dah berdebar, ada hal apa ni? Sebab ibu ayah jarang call aku kalau takde hal yang sangat2 penting. Selalu aku je yg call dorang..

Terdengar di suara sebelah sana, suara ibu menangis. Bagitau ayah accident. Dan dan tu aku pun bercucuran air mata. Ibu ceritalah semua-semuanya, macam mana ayah boleh accident, kat mana, sekarang ni ayah kat mana. Masa ibu call tu ayah masih dalam emergency. Tunggu nak dix-ray. Ibu letak je call, terus aku call adik2 aku, Ijai, Anep (tak dapat call), kakyang, bagitau Enady jugak.

Malam tu jugak siap2 balik kampung. Tapi sebelum tu, ibu call lagi sekali bagitau ayah dah keluar dan takde major injured. Tulang pun takde yang patah. Just bahu bengkak dan luka-luka kat lutut ngan siku.

Sampai kampung jam 3 pagi. Sebab berhenti-henti. Enady mengantuk, aku pun mengantuk, tido jap kat RnR Tanjung Malim. Dani muntah pulak dalam kete. Berhenti lagi.. Huhu, terasa lama betul perjalanan nak balik kampung ni.

Sampai - sampai umah, ibu bangun bukak pintu.*dah pesan tingglkan kunci kat luar* tapi ibu bangun jugak. Ayah pun bangun. Nak tengok cucu lah tu..:)

Now, ayah masih sakit-sakit badan lagi. Bahu pun still bengkak. Takleh nak urut lagi kan.. tunggu bengkak surut baru urut. Ayah tak boleh nak bersila sebab luka kat lutut tu. Duduk berlunjur je. Boleh jalan tapi kalau dah duduk atau baring bila nak bangun tahan sakit sikit la..Sian ayah. Alhamdulillah, ayah tak de apa-apa. Still boleh tersenyum tergelak bila tengok gelagat cucunya yang dah mula berjalan..:)

Thanks korang semua yang wish kat ayah aku..thanks sangat-sangat..:) Hati dah lega dengan kesihatan ayah dan akan mula sibuk nak siapkan hantaran adik aku Ijai yang nak bertunang this weekend.

Selamat hari Khamis..:)

problem

ada problem ke blogspot ni? dari tadi nak upload gambar tak boleh..huhu

To : Nordiana binti Abdul Latiff


Wahai sahabatku Diana,

Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan kepada Selamat Pengantin Baru. Semoga kau berbahagia hendaknya dengan pasanganmu. Maafkan kerana tidak berkesempatan untuk melihatmu di hari persandinganmu. Rasa terkilan sangat. Kerana ada beberapa perkara yang tidak dapat nak dielakkan pada hari tersebut. Tapi aku ingat, hari itu adalah hari bersejarahmu..


Serius, masa aku lihat gambar-gambar perkahwinanmu kat facebook kak atty, aku rasa sayu. Sebab aku tak dapat menyaksikannya secara langsung. Mesti meriah kan. Mesti juga kau tertanya-tanya dimanakah aku. Sedih..Pohon pada Kak Atty, aku ambil gambarmu di facebooknya untuk kutitipkan kenangan di diari mayaku. :)


Terus teringat kenangan lama. Saat kita masih lagi menjadi warga SMK Dato' Seri Maharaja Lela.. Kita berutus-utus surat walaupun kelas kita sebelah menyebelah je. Macam-macam kita sembangkan dalam surat. Sebab tak berkesempatan nak sembang masa sekolah. Sibuk dengan SPM kan memasing. Tapi masih sempat mengarang surat. =p Surat-surat tu tak tau kat mana dah sebab ayah aku buat rumah dulu. Tapi aku rasa masih tersimpan di rumah belakang. Bila tiba hari jadi, mesti tukar2 hadiah. Bukan satu, tapi banyak. Paling aku tak boleh lupa ko belikan gula-gula choclairs banyak-banyak pastu ko balutkan dengan kertas pembalut hadiah. Haha, sayang nak makan. Tapi makan jugak sebab adik-adik aku sibuk dok mintak..=p

Tapi semua tu dah takde bila masing-masing membawa haluan sendiri bila dah habis sekolah. But still keep in touch, kate sekampung kan. Pegi klinik mesti jumpa..:)

Akhir kata, aku sangat-sangat rindu ko. Rindu zaman muda-muda dulu. Mustahil lah untuk kita patah balikkan..But kita still best friend forever! :)


yang sedihnya, aku ada gambar ni je dengan ko.. tu pun ramai-ramai..huhu. ngapelah tak teringat nak amik gambo banyak2 ngan ko dulu kan..

BS kandung + BS angkat + jatuh tersembam

Dani ada 3 orang mama. Bertuah betul dia. Aku, BS kandung dia - mama Ain dan BS angkat dia - mama As. Hahaha. boleh gitu.. aku mama kandunglah kan..:)

Dan hari ini Dani dijaga oleh BS angkat dia, mama As. Sebab mama Ain terpaksa pergi hospital, anak dia yang no.2 kena asma teruk malam tadi. Mama Ain sms pukul 4.50 pagi. Masa tu memang aku tengah lepak-lepak * ye..lepak-lepak pukul 4.50pagi ye* Dani bangun nak menyusu tapi tak nak menyusu sangat pun. Dia bangun nak main..Alahaii..ngantuk-ngantuk pun layankan jugakla..Tup tup bunyi mesej. Sapa pulak yang mesej pagi-pagi buta ni. Tengok-tengok mama Ain mesej,. Bagitau yang dia tak boleh jaga Dani, Aiman dan Aidil hari ni. Takpelah, kita nak buat cam mana kan benda-benda macam ni bukan kita mintak.:)

Nak mesej mama As terasa awal sangat pulak. Pukul 4.50 pagi kan. Tunggu jelah pukul 6.30 kang. Aku cakap ngan Enady, aku takleh nak cuti lagi. Kena kuarantin 28 hari. Lagipun minggu ni ada audit 5S from MPC. So, memang kena standby. Takpe, mesej mama As dulu. Kalau dia tak boleh jaga, barulah kita fikir lain. Masa ni lah satu kejadian berlaku. Aku memang surrender dah, nak tido mengantuk. Enady tolong tengok-tengokkan jap. Sekali dua-dua tertido. Sedar-sedar Dani menangis meraung. Tersembam ke lantai. Jatuh dari kereta dia. Benjol dahi. Terus aku amik napkin, tuam pakai mulut je. Sementara papa dia carik minyak gamat. Tak jumpa pun. Ntah mana-mana letaknya masa pindah hari tu. Pastu dah lama aku tuam tu, nampak ok, tak naik benjolnya. Terus aku sapu vick. Dani pun sambung tido balik. Aku lelap-lelap ayam jelah nak tunggu pukul 6. Pukul 6.30 pagi aku mesej mama As, mintak tolong jagakan Dani hari ni. Then, she replied ok.. Lega hati ni ada orang yang nak jaga Dani. Lagipun anak-anak mama As tu sukakan Dani. Anak mama As tu semua pompuan, 3 orang. Dapt pulak main ngan baby boy, sukalah dorang. *Baby boy? belasah jelah..:)

Sekian, cerita di pagi Isnin..:) Malasnya nak keje kan. Monday bluesss..

bersiaran di office


Sabtu | 18 Jun 2011

Sekarang berada di office untuk siapkan kerja-kerja tertunggak dan preparation audit 5s on 22 Jun nanti. Bukan overtime. Just datang untuk berkhidmat untuk negara..:) Haihh, sangat letih bila ngadap 5s ni. Letih otak. :) Mudah mudahan semuanya akan berakhir dengan cepat..

note: Susah giler nak tdokan Dani tadi. Yelah, selalu letak atas katil, golek2 sekejap je dah tido. Tadi, aku kena riba dan dodoi-dodoi baru dia nak tido. Tu pun setelah mengamuk2..Hehehe, sori ye rakan office ku yg lain..:)

Girl's Trip : Pulau Perhentian Part 1

Hai hai hai uolls... Lama sangatttt tertangguh entry ni... ahkak busy dik non. Busy macam-macam hal lah. Hari ni baru dapat bukak folde...