Masa yang berkualiti untuk keluarga


Disebabkan Papa Dani bekerja pada hari Sabtu, makanya, masa yang berkualiti buat kami sekeluarga adalah pada hari Ahad sahaja. Janji ku pada Dani aku tunaikan pagi tadi. Nak bawak dia mandi kolam. Dekat je pun ngan umah. Kat Kompleks Kejiranan Presint 9 nun je..depan Teja. Nak pegi kat Presint 11 nun, kena bayar satu, pastu aku agak mesti panas sebab kolam dia macam open sikit..takde bangunan dan pokok-pokok yang lindung.


Seronok bila tengok anak teruja main air..Jom layan gambar..



nak buat peace tapi tak jadi..hihi

dah lama tak amik gambar berdua..:)


Lepas mandi

keluarga kecil kami..berdebar menanti lagi sorang keluar 7 bulan lagi..
Tak lama pun aku kasik Dani main air. Sebab risau kes lama berulang kembali. Tu pun aku pantau habis habisan. Dani punyalah menggeletek nak mandi lagi. Tengok dia dah bersin 2-3 kali, aku stop bagi dia main. Dah jom balik! Hihi..

Sekian, cerita hari Ahad kami..:)
Post a Comment

Girl's Trip : Pulau Perhentian Part 1

Hai hai hai uolls... Lama sangatttt tertangguh entry ni... ahkak busy dik non. Busy macam-macam hal lah. Hari ni baru dapat bukak folde...