No camera Plis!



Over no ko kan Dani! Pandai dah tahan tangan taknak orang amik gambo dia..


Tersandar lagak bagai orang dah besar..

Bawak dia pegi breakfast ngan Kak Yang kat Mapley Presint 9...Sekejap je dok diam atas kerusi tu, pastu saje-saje nak jatuhkan badan, konon-konon trick nak turun dari kerusi. Eleh, ingat mama tak tau le Dani uii..=p


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Babysitter

Haha, tak habis-habis ngan babysitter..

Alhamdulillah, masalah babysitter tiada lagi. Dan pagi ni Dani dihantar ke umah BS dia yang nak pindah Terengganu tu.

Semalam hari Ahad, dapat sms dari Ain (current babysitter). Dia cakap, dia dah bincang elok-elok ngan husband dia dan tak jadi pindah ke Terengganu hari ni. Sepatutnya dia pindah ikut husband dia hari ni. Esok 1hb, husband Ain sepatutnya lapor diri kat Terengganu. Buat sementara ni, Ain dan anak-anak akan tinggal kat Putrajaya ni dan raya haji nanti mak dan adik dia datang untuk teman dan sama-sama pack barang untuk pindah Terengganu pada cuti sekolah nanti.

Cuti sekolah nanti aku tak payah risau pasal BS Dani sebab Dani akan dihantar ke kampung untuk bermanja-manja ngan nenek dan aki dia.. hehe.. Dah termaktub dalam perjanjian..Haha, Takdelah, sebelum dapat tau Ain nak pindah, memang Ibu dan Ayah ada minta permission nak jaga Dani. Janjinya cuti sekolah nanti aku ngan Enady akan hantar. Kebetulan pulak Ain nak pindah..elok sangatlah tu kan..

Tu yang bila Ain tiba-tiba cakap nak pindah minggu lepas, aku kalut nak carik BS sementara Dani.

Memang dah jumpa BS sementara Dani dan berhajat nak jumpa semalam. Tapi BS tu ada hal. Dan tup tup dapat sms Ain. Aku bersyukur sangat. Ain pun suka dapat jaga Dani lagi. Berat hati katanya nak tinggal Dani..

Tapiiiii..Ain minta cuti seminggu untuk Raya Haji ni...terpaksalah pagi Dani stay ngan KakYang dan petang aku terpaksalah hangkut Dani ke opis selama 2 jam.. Harap-harap bos faham..:) Tq Bos!



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Selamat Hari Lahir buat ibu tersayang

Ibu ngan Dani masa raya tahun 2011..umur Dani 6 bulan.

30 oktober 2011.

Ulangtahun kelahiran ibu tersayang yang ke 48 tahun..

Semoga ibu sentiasa sihat selalu..

Moga hidupmu sentiasa gembira...

Terima kasih kerana melahirkan kami adik beradik..:)

Kami sayang ibu!!

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Baby of Puan Nani & En.Ijan

So Cute!!!!

Baby lagi!
Haha, ampun!
Bulan ni saje 3 orang baby yang baru dilahirkan.
Lepas ni ada lagi sorang..Haha..

Ni baby Puan Nani ngan Ijan. Lahir pada 14 Oktober 2011. Berat baby 2.4kg..(rasanya, aku tak ingat dah). Dilahirkan secara c-zer. Jam 9.++ pagi. Di Hospital Putrajaya.

Nama baby, belum diumumkan secara rasmi sebab mama dia sedang bersusah hati babynya kena jaundice. Tapi yang diberitahu, nama baby adalah NNF bt MF.. Ha! Pandai2la carik..aku pun tak tau.. Kitorang panggil Siti Budget je sebab papa dia keje kat Bahagian Belanjawan dan masa mama dia sarat, papa dia busy ngan Belanjawan....kot..Haha, saje menokok nambah =p Moga baby cepat sembuh ya..

Lastly, tahniah Puan Nani dan Ijan..Selamat menjadi mama dan papa..:)

cuba try test pegang baby lagi..=p






♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Saya nak babysitter

Tak habis-habis masalah babysitter melanda... Takpelah, aku redha. Allah nak uji aku tang sini. Nak tengok sabar ke tak manusia ni..

Anyone yang ada contact babysitter kat area Presint 8,9 atau 11? Untuk sebulan ni je. Bulan 12, nenek Dani offer nak jaga. Bulan 1 baru dapat kat Taska bawah opis ni.

Rate RM250. Kalau boleh umah orang la. Sebab kalau taska, dah sah-sah la dia nak Yuran pendaftaran kan. Padahal nak hantar sebulan je pun.

Kalau ada, email aku k. anacomey_84@yahoo.com

Babysitter yang sekarang ni dia terpaksa ikut jugak husband dia transfer ke Terengganu. Kalau ikut janjinya hujung bulan 11 baru dia pindah. Tiba-tiba masa aku hantar Dani pagi tadi, dia terpaksa ikut husband dia Ahad ni..Mau tak terkedu aku nak mencarik BS ni..ingat senang?

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Naufal Junior


Rasanya baru je buat entry Nor melahirkan anak sulungnya, Nik Muhammad Naufal. yang kini berumur 2 tahun 8 bulan..:)

Nor telah selamat bersalin anak kedua pada 23 Oktober 2011 yang lalu. Secara normal di Hospital Putrajaya pada jam 6.55 petang. Berat baby 2.9kg. Nama baby aku belum tahu lagi tapi ada jugak Nik Muhammad _____. Nanti dah ada nama, aku citer kat sini k..:)

Untuk Nor, selamat berpantang Nor. Tahun depan kita jumpa k..







♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Terima kasih Kelab Moneyfesto


Hadiah Hari Lahir oleh kelab seksyen..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Tak tahu nak kata apa dah!





Lagi dilarang, lagi dibuat.. Telinga pun sempat berasap je, kulit tukar jadik hijau. Suara dah tak mampu nak dilontarkan...Daniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! Owh itu hanya dalam hati dalam fb dan dalam blog ini sahaja...

That's why, lantai umah memang kena hari-hari sapu dan mop!

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Bila Parents In Law Datang Melawat

adik ipor..=p tapi lagi tua dr aku...camno?

Hari kejadian adalah pada hari Ahad lepas.

Mereka dari Skudai, Johor. Menghadiri Konvokesyen adik ipar aku yang bongsu, Adik Udin kat UTM, Skudai. Aku sepatutnya pergi tapi last minute Enady tak dapat cuti, maka dok diam-diam lah kami kat umah..:)

Hari Sabtu dorang tido kat umah akak ipar aku kat Nilai. Hari Ahad baru datang melawat kami..:) Disebabkan kat umah akak mereka dah makan, jadiknya aku masak yang simple-simple saje lah.. Goreng keropok keping sudah.. Licin habis!..:)




Parents in law dengan cucu2nya..:)

Budak yang di konvokesyenkan..=p ada rupa si Botak tak? =p



Terima kasih mak abah, awie atie adik udin sudi datang ke teratak buruk kami..:) Lain kali datang lagi k..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Menang

Syukur alhamdulillah. Dalam banyak2 contest yang aku join kat blog contest aku tu >>>> http://iwishiwillwin.blogspot.com. Ni lah kemenangan pertama aku..Hahaha, sangat tak bertuah kan.. Tapi kali ni bertuah..Hehe, terima kasih Nana..

Korang kalau nak join contest ke giveaway ke, korang g terjah blog contest aku tu.. banyak blog2 yang buat giveaway..:)


3D Campbell Book Story (8Pcs)

True Random Number Generator  58Powered by RANDOM.ORG

1. Ana|Lyna
 Thanks Nana..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Tq Darling!


Dinner at Labyrinth Cafe' Putrajaya..

Bersempena ngan birthdaymininya yang tersayang, Enady offer untuk belanja steamboat kat tempat makan baru ni. Saja nak try katanya. Aku tak kisah mana-mana pun. Orang dah offer, kita terima je kan..:)


Kalau makan ala carte atau masakan panas ok kot. Steamboat nya tak berapa kena ngan tekak aku ni.. Tekak ibu mengandung kan.. Sedap lagi kat Johnny kot..:) Tapi kalau korang nak try, boleh je.. Tengah harga promosi sekarang. RM15 je sekepala. Tapi dalam pamplet dia tulis RM20 sekepala..


Sambil makan sambil dengar bunyi air tasik menderu dari empangan tersebut. Nyaman je rasa dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi..:)


View yang sangat cantik kalau malam.. Aku amik gambar pakai kamera biasa2 je, so kualiti gambar adalah tak menarik sangat. kalau tengok live memang cantik wa cakap lu..=p

Dah habis makan tu kan, Enady tengok aku tak berapa nak lalu makan, lepas tu dia tanya " Tak sedap ek ma? Tulah, pa rasa kat Johnny lagi sedap lah steamboat dia. Kalau nak makan goreng2 lepak2 boleh la kat sini kan ma?"

Seeee seeee, bukan aku yang cakap tak sedap kan..hahaha. Aku kalau orang belanja, takkan sekali-kali aku cakap tak sedap or whatever. Kalau orang tu yang cakap tak sedap baru lah aku cakap jugak..:)

Takpela, lagipun Enady kata yang dia nak try je..:)

Btw, thanks papa!

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Tom Yam Bee Hun @ Johnny

kusyu'nya dia makan..:)

Semoga murah rezekimu...

Thanks for the great lunch!!


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Short note

wuwuwuw, banyak kerja..

tulun tulun tulun..

Malam kang kalau aku tak tertido awal, aku memblog dan memblogwalking keyh..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

My 2nd Pavlova


Bahan-bahan banyak lagi. So, kita repeatlah!

Niat untuk share ngan officemate esok..:)

Ntah apalah rasanya..kalau sedap, puji tau, kalau tak sedap diam-diam sudah..=p

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Tergempar : Marco Simoncelli maut ketika perlumbaan, Malaysia MotoGP 2011 dibatalkan

Rest In Peace Marco Simoncelli..



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Resepi : First Try : Pavlova

Bersempena dengan hari lahir aku, *cecece..., aku berkobar-kobar untuk try buat pavlova.. Geng-geng lain awal-awal lagi dah try. Aku baru kali ni nak try..:)

Dengan semangatnya, pagi-pagi lagi aku dah kejut Kak Yang, ajak dia g Carrefour Alamanda, carik bahan-bahan nak buat pavlova ni..

Bahan-bahan yang diperlukan :

3 biji putih telur
1/2 cawan gula halus (diblend lagi bagi halus)
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu besar tepung jagung
1 cawan whipping cream
buah-buahan (ikut citarasa)

Cara-cara :

1. Mula-mula putih telur ngan gula halus tu kasi putar meringue sampai jadi cam kat bawah ni.
V
V
V

Make sure, putar sampai kalau kita terbalikkan adunan tu, adunan tu takkan meleleh.. Tips dah buat meringue ni ada kat SINI..

2. Masukkan esen vanilla + tepung jagung + cuka ke dalam adunan.. Kacau hingga sebati..

3. Panaskan oven 150c.


4. Masukkan dalam loyang.

5. Bakar selama satu jam dengan suhu bakar di antara 100-120c.


6. Dah masak, adunan akan jadi warna keperangan seperti gambar di atas. Biarkan dulu dalam oven selama setengah jam.

7. Buat whipping cream. 1 cawan sahaja dan putar sampai nampak berlemak dan likat..

8. Potong buah-buahan mengikut citarasa sendiri..


9. Pastikan adunan tadi betul-betul sejuk, kemudian barula letak whipping cream tadi di atasnya.

10. Susun buah-buahan..

Siapppp..:)

Thanks to Nano Nor untuk resepi pavlova ini..






Rasa adunan tu macam marshmellow. Sedappp, Dani pun suka makan..:) Enady kata, nak lagi.. Hahaha..


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

27 tahun yang bermakna

Selamat Hari Lahir kepada diri sendiri..:)

Dah 27 tahun hidup di muka bumi ini...

Terima kasih Ibu yang melahirkan aku...


Tumpang kek orang sebenarnya. 21 Oktober hari lahir En. Rahman. Beliau takde, pegi meeting. Dah nak dekat pukul 5 petang, nan ado nampak batang hidung beliau.. Maka, aku menjadi wakil  beliau untuk memotong kek itu..:)





♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Terkini : 21 oct 2011 - RM19.56, 22 oct 2011 - RM21.18...

Terkini : 21 oct 2011 - RM19.56, 22 oct 2011 - RM21.18... Kalau kita rajin, tak mustahil boleh jadi banyak kan..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Have u heard of 7 cheeses in 1 pizza?

Have u heard of 7 cheeses in 1 pizza? WHOA!! That’ll be a whole lot going on in ur mouth!

campaign image

The 7 wonders in 1 pizza.

Can you handle 7 cheeses in 1 pizza melting in your mouth? Try Pizza Hut’s new Ultimate Cheesy 7 Pizza. I can’t wait to share this with my family and fellow cheese lovers!

There’s beauty in getting together. Eat, Laugh, Share at Pizza Hut!













♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Budak yang digilis!

Aku antara orang yang paling lambat kot dapat tengok video ni. Baru tengok malam tadi kat Youtube. Serius aku menangis terkedu lalu aku peluk Dani kuat-kuat... Tak sanggup nak tengok tapi ..........

Ke mana nilai perikemanusiaan orang yang lalu lalang tu hah? Budak kecil tu..sob sob sob..





Dikhabarkan yang budak tu dah  meninggal dunia...

Lepas tu baru dapat info ni..>>>

Di China, keadaan ini disebut sebagai kesan 'Peng Yu'. Sebelum ini, ramai mangsa kemalangan jalan raya, atau orang-orang yang telah jatuh sakit di jalanan sebenarnya berjaya menyaman orang-orang yang membantu mereka untuk sejumlah wang dengan mudah walaupun tidak ada bukti bahawa mereka adalah orang-orang yang menyebabkan kemalangan itu.



Sumber : Blog Aduka..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Wordless Wednesday #11


Zaman bercinta..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Scan appointment #02

Kepala dan badan dia kot..:)
Scan appointment kali kedua ni adalah untuk confirmkan tarikh bersalin aku. Before ni aku main belasah je tarikh first day aku last period.. Haha, atenye tak tersangka terpregnant kan..(bukan tidak mensyukuri nikmat yang Allah bagi ni, tapi tak sangka secepat ini, takpe aku redha..:) Udah gelabah le menghitung hari bila tarikhnya..=p

Bila belasah je bagi tarikh tu kan, doctor pun tetapkan EDD aku on 2 Mac 2012. Lepas tu bila buat scan, doctor cakap baby aku macam kecik. So, aku pun bagitau yang aku tak berapa ingat tarikh last day period. Tu yang doctor decide buat scan lagi sekali untuk confirmkan tarikh baru..

Makanya, EDD ku yang baru adalah on 13 Mac 2012. Ada rezeki, untung-untung tarikh baby ni nanti sama ngan abang Dani dia. :) Dani lahir on 11 Mac 2010.

So, sekarang aku sedang pregnant 18 minggu..Dah tak sama dah ngan Ekin Mawi..kuikuikui..

Pandang lama sikit kat tarikh lahir tu ek..=p


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Transformasi Organisasi Melalui Inovasi

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Hobi dia sekarang


Masa mula-mula nampak dia panjat rak tv tu, aku terkejutlah jugak dan suara pun akan start jadik tarzan, telinga pun berasap, kulit jadik hijau..Haha..

Sekarang, aku dah tak heran sangat. Nampak je dia panjat, aku cakap, Panjat lagi Dani, panjat lagi. jatuhkan tv tu pulak, pastu lompat. Haha, papa dia dengar geleng kepala je..

Dah tak larat nak melarang. Habis-habis pun kalau aku nampak dia pegang tv tu dan macam dia nak jatuhkan aku jerit sopan je =p, confirm dia akan nangis lalu turun lalu carik sape2 yang dia nampak. kalau takde orang lain, kat aku jugakla dia peluk..hihi, anak anakk..:) belum dua orang lagi.. Ntah suara aku nanti jadi macam ape pulak..=p


Papa dia dah turun kan pun dia panjat balik.. Huhu, dulu awak tak heran pun benda tu kan Dani.. sekarang sudah heran woo..


Bersungguh-sungguh dia panjat..


Nak tunjuk terror lah tu ngan mama dan papa dia. Sekali kerusi bulat tu jatuh lalu terhempap kaki dia.. Haha, meraunglah dia. Langsung tak nak angkat dah.. tapi leh percaya ke, tengokla esok lusa, confirm dia akan angkat lagi..=p


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

TEMBUNI aka URI aka PLACENTA







Uri adalah organ yang membesar bersama fetus. Fungsi nya adalah untukpertukaran produk-produk metabokisme dan produk gas antara peredaran darah ibu dan janin, serta produksi hormon. Hormon steroid yang paling penting yang di produksi plasenta adalah estrogen & progesteron yang konsentrasinya meningkat selama kehamilan. *Petikan di ambil dari Wikipedia*

 KREDIT TO : http://mswanniey.blogspot.com/2011/01/placenta-itu-uri.html




Islam tidak menyuruh umatnya mengurus uri seperti jenazah. Apa yg perlu hanyalah di basuh, kemudian tanam di tempat yg selamat, maksudnya jauh daripada dimakan binatang liar.

Prof.Madya Dr. Anisah Abdul Ghani dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkata, uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga.

“Eloklah dibersihkan dan ditanam tetapi bukan diurus seperti jenazah,” katanya ketika ditemui baru baru ini.

Menyentuh perbuatan meletak bahan bahan seperti asam garam, yg disertakan sebatang jarum atau paku, menurut Dr. Anisah, semua itu hanyalah adat semata mata.

“Dalam Islam tidak ada semua itu. Seelok eloknya basuh saja bersih bersih. Selepas itu balut kemas, tanamlah. Tentang tempatnya tak kira dimana, asalkan sesuai pada fikiran kita dan dapat mengelak daripada diselongkar binatang,” tambah Dr. Anisah.

Di kalangan masyarakat Melayu, uri cukup dijaga. Selain ditanam beserta dengan pelbagai benda, seperti jarum, paku, lebai, adakalanya batik dan sebagainya. Malah sesetengah tempat ia dipasang lilin waktu malam selama tujuh malam.

Menurut mereka lagi, jika ditanam begitu saja, macam macam perkara akan menimpa bayi. Takut dengan musibah musibah yg dikatakan itu, ramai ibu bapa yg terpaksa patuh dengan cara menanam uri.

Semua itu, menurut Dr. Anisah hanyalah adat orang Melayu yg telah diamalkan turun temurun. Mengamalkannya tidak salah kerana ia cuma budaya, asalkan tidak memesongkan keyakinan.

Bagaimanapun menurut beliau, jika petua orang tua itu menjurus ke arah suatu kepercayaan atau keyakinan maka ia tidak boleh diamalkan.

“Masalah akan timbul jika kita benar benar percaya bahawa kita kena tanam uri dengan bahan bahan tertentu supaya anak tidak berkudis, mengelak drpd menangis malam, sawan dan sebagainya. Kedaan itu jelas bertentangan dengan syarak dan boleh membawa kepada khurafat. Misalnya kalau letak jarum atau paku semasa tanam uri dapat mengelakkan drpd gangguan makhluk halus jelas ini salah. Kita dilarang terus drpd percaya yg lain selain ALLAH,” katanya lagi.

Tapi bagaimana pula jika uri berkenaan dibuang saja? Apakah hukumnya?

“Sebenarnya tiada hukum, nas atau hadis yg jelas mengenai cara menguruskan uri, Cuma sesuatu anggota tubuh apabila tidak dikehendaki digalakkan supaya dipelihara dan dijaga dengan baik.

“Jika dibuang saja pun tidaklah menjadi dosa tapi seelok eloknya dibasuh dan ditanam supaya tidak kotor dan berbau busuk yg mungkin akan menimbulkan masalah kepada orang lain pula,” katanya lagi.

Malah menurut Dr.Anisah, perangai anak anak tidak ada hubung kait dengan dimana atau macamana uri diuruskan. Semuanya bergantung pada didikan yg diberikan ibu bapanya.

Nabi pernah berkata, seorang bayi yg baru lahir ibarat sehelai kain putih. Ibu dan bapanya lah yg menentukan sama ada dia menjadi Majusi atau Nasrani.

Malah menurutnya lagi, tidak ada doa doa khusus untuk dibacakan semasa menanam uri bagi menjamin menjadi anak yg soleh atau solehah.

“Cukup sekara baca Bismillah dan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad. Sebenarnya bagi mendapatkan anak soleh dan solehah, pasangan ibu bapa harus memainkan peranan. Mereka berdua haruslah menjaga kelakuan, makanan dan minuman anak anak serta memastikan halal, bukannya di mana dan bagaimana uri ditanam,” kata Dr. Anisah


Sumber : Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Girl's Trip : Pulau Perhentian Part 1

Hai hai hai uolls... Lama sangatttt tertangguh entry ni... ahkak busy dik non. Busy macam-macam hal lah. Hari ni baru dapat bukak folde...