Babysitter

Haha, tak habis-habis ngan babysitter..

Alhamdulillah, masalah babysitter tiada lagi. Dan pagi ni Dani dihantar ke umah BS dia yang nak pindah Terengganu tu.

Semalam hari Ahad, dapat sms dari Ain (current babysitter). Dia cakap, dia dah bincang elok-elok ngan husband dia dan tak jadi pindah ke Terengganu hari ni. Sepatutnya dia pindah ikut husband dia hari ni. Esok 1hb, husband Ain sepatutnya lapor diri kat Terengganu. Buat sementara ni, Ain dan anak-anak akan tinggal kat Putrajaya ni dan raya haji nanti mak dan adik dia datang untuk teman dan sama-sama pack barang untuk pindah Terengganu pada cuti sekolah nanti.

Cuti sekolah nanti aku tak payah risau pasal BS Dani sebab Dani akan dihantar ke kampung untuk bermanja-manja ngan nenek dan aki dia.. hehe.. Dah termaktub dalam perjanjian..Haha, Takdelah, sebelum dapat tau Ain nak pindah, memang Ibu dan Ayah ada minta permission nak jaga Dani. Janjinya cuti sekolah nanti aku ngan Enady akan hantar. Kebetulan pulak Ain nak pindah..elok sangatlah tu kan..

Tu yang bila Ain tiba-tiba cakap nak pindah minggu lepas, aku kalut nak carik BS sementara Dani.

Memang dah jumpa BS sementara Dani dan berhajat nak jumpa semalam. Tapi BS tu ada hal. Dan tup tup dapat sms Ain. Aku bersyukur sangat. Ain pun suka dapat jaga Dani lagi. Berat hati katanya nak tinggal Dani..

Tapiiiii..Ain minta cuti seminggu untuk Raya Haji ni...terpaksalah pagi Dani stay ngan KakYang dan petang aku terpaksalah hangkut Dani ke opis selama 2 jam.. Harap-harap bos faham..:) Tq Bos!



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

3 comments:

MyRule said...

Huhu..salah satu dilema bila antar baby ke bs kan?.. :)

Cik Bambam said...

Cik Bambam tag awokk! ^^,

http://www.cikbambam.info/2011/10/dah-lama-tak-buat-benda-alah-nie.html

pRincESs_N said...

adehh..dugaan ble anta BS..nenek jage pon dugaan jgk kot..

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...