Dani hari ini..:)


Aku paksa adik aku Ika untuk upload gambar Dani kat FB hari-hari..hehe.. nasib awakle ye Ika..:)


Dani dua hari berturut-turut pegi makan kenduri wooo, jeles mama, lama tak makan nasi kenduri.. uwaaa.. Dani ikut Aki ngan Nenek dan Maksu pegi makan kenduri orang kawen kat mane ntah.. Dalam hati, macam mana lah anak aku tu.. behave ke, tak mau diam ke? Petang semalam, terus call Ibu tanya khabar anak bujang tu.. Ibu cakap, dia elok je makan kat kenduri tu.. Makan ayam.. Pastu, behave je dok atas kerusi sambil makan.. Syukur mama nak... janganla Dani susahkan Nenek ngan Aki ye..:)

Ika, thanks Ika for pictures yang Ika post kan kat FB.. Along nak lagi boleh? Hehe, tak puas lah tgk gambar dia... Rasa nak terbang je balik kampung..:(


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Offer!



Email aku @ anacomey_84@yahoo.com kalau nak order..:) Paling murah harga yang pernah aku tawarkan ni.

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Hampir 3 minggu tak ketemu






Macam dah lain kan muka Dani.. Dia seronok je duduk ngan Aki dan Nenek dia kat kampung tu..:)



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

RM 60 for 3 pizzas ( 24 & 25 Nov 2011 only )



peminat pizza jgn lepaskn peluang ni...
only rm 60 for 3 pizzas
utk take away or delivery only 
dr 11AM-11PM ( 24  & 25 nov 2011only )
sorg bole redeem 1 voucher utk 1 order
leh la print promo ni di SINI
 black & white pn bole....
bole redeem kt smua outlet pizza hut
kecuali klcc,genting & wangsa maju




Sumber : http://mamatisya.blogspot.com/2011/11/rm-60-for-3-pizzas-24-25-nov-2011-only.html

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

[ Petua / Tips ] - Elak Minyak Memercik...


Cubalah salah satu petua di bawah untuk mengelakkan percikan minyak ketika memasak:

1) Ambil sedikit daun pisang, carik-carikkan dan masukkan ke dalam kuali. Setelah daun tersebut kering dan hangus, keluarkan dan buang.

2) Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian barulah menggoreng atau menumis. 

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Sekadar utk renungan bersama....




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

RagamDani : Mata ke atas!





  • Ana Lyana apsal dia suka buat mata ke atas sekarang?
    44 minutes ago · 

  • Ika Syafiqah gaya die sekarang.. pastu, pandai amik gmbr sendiri.pusing ke belakang telepon, pastu, tengok skrin..
    43 minutes ago · 

  • Ana Lyana hahaha, comel!..:) tak sabar nk jumpa dia.. dia pandai sebut apa dah? ika ajr dia bahasa inggeris tau..:)
    42 minutes ago · 

  • Ika Syafiqah klau die kencing dlm pempes, die pegang tot die. ske makan ayam, panggil mama opah. skrg ni die tengah main helikopter ayh yg kecik tu..
    40 minutes ago · 

  • Ana Lyana hahaha, comel lagi!! lagi lagi.. kakyang citer dani tak suka keluar tak pki selipar ek..:)



Antara conversation aku ngan Ika, Maksu Dani.. Macam-macam dia dah pandai sekarang..:) Argghh, Dani...mama ngan papa rindu lah.. nak buat video call, Makyang pulak dah balik.. lappy dia je boleh buat video call. Lappy mama old session..:)




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Beringat lepas ni..

Malam tadi sakit perut sangat-sangat.. rasa macam contraction. Mengiring sebelah kiri sakit, mengiring sebelah kanan pun sakit..baring terlentang lagila sakit.. Dok tengah menahan sakit guling sana guling sini aku tertido. Tapi kejap-kejap terbangun. Tengok jam pukul 10 mlm, tido balik. Terbangun lagi pukul 12.30 tengah malam.

Sebelum tu, aku minta tolong bos aku, Ciksu, call kan Enady. Nak bagitau keadaan aku. Hp takde kredit. *kena tolak kredit RM1 utk FB*, phone rumah pulak kenapa ntah takleh call out. Last2 tertido. Terbangun kul 12.30, tgk hp takde miscall or msg. Jenguk FB jap. Adik sepupu aku ada online. So, mintak tolong dia callkan en.suami tu. Terus dapat call. Ngadu2 semua dah kurang rasa sakit.. Enady send kredit sikit utk standby kalau ada emergency. Sampai dia balik kul 5 pagi, alhamdulillah, baru aku dapat tido dengan lena..

Cuak jugak bila rasa sakit macam tu. Jenuh aku google, apa puncanya. Rata-rata artikel yang aku jumpa semuanya simptom untuk keguguran janin. Laju je air mata mengalir sambil berdoa, bertawakal banyak2 moga tiada apa2 yang berlaku.
pic google

Yang aku ingat, last aku makan lunch semalam adalah kat Pizza Hut. Aku teringin sangat nak makan Ultimate cheesy 7 bites tu. Demi menunaikan apa yang diidam si isteri, si suami kotakanlah janjinya nak bawak makan pizza tu. Memang kenyang ya amat. Betul kata Cikin, lepas makan confirm mata layu dan kuyu. Enady pun cakap balik keje takyah masak sebab dia pun still kenyang lagi.

Pagi ni, aku tanya Rozi, pernah tak dia masa pregnant dulu sakit perut atas belah kiri? Dia cakap pernah. tu bukan gastrik katanya. kalau gastrik dia kat tengah2. Aku tak pernah rasa macam mana sakit gastrik, so aku tak tau. Dalam pada tu terfikir, takkan gastrik kot, sebab banyak kot aku melantak pizza tengahari semalam. Rozi cakap maybe angin. Kalau angin banyak pun sakit giler ok nak bagi dia keluar. Tu kata dia.. Terus aku teringat malam tadi masa sakit tu, aku terkentut-kentut..

So, aku declare tu maybe angin yang mencucuk-cucuk. Maybe dari pizza yang aku makan. Mushroom soup yang aku telan atau air mountain dew yang aku minum.. Lain kali kena beringat.. Condition badan orang lain-lain kan.. Maybe masa pregnant ni aku tak tahan makan benda2 tu..:(


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Perpustakaan Awam Di Negeri Selangor Yang Bertaraf Dunia

Bangunan yang anda lihat pada gambar di atas merupakan sebuah perpustakaan yang letaknya di Seksyen 13, Shah Alam. Jika anda pertama kali melihatnya, pasti anda tidak menyangka bahawa bangunan tersebut adalah sebuah perpustakaan kerana bangunannya yang nampak sangat mewah. 

Perpustakaan tersebut bernilai RM70 juta dan baru sahaja dibuka sekitar bulan Julai lalu. Melihat keadaan dalamnya menerusi gambar-gambar kat bawah ni, boleh kami katakan yang ianya adalah sebuah perpustakaan di Malaysia yang bertaraf dunia. Ya, bertaraf dunia. Anda lihatlah sendiri. 











Info tambahan: - Perpustakaan ini merupakan hadiah Sultan Selangor kepada rakyat Selangor. - Menyediakan perkhidmatan XD theater / 6D theater. - Menyediakan ruangan khas untuk setiap peringkat umur. - Dilengkapi dengan ruangan bermain untuk kanak-kanak. - Semua komputer yang disediakan di perpustakaan ini berjenama Apple. 

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

sharing~ SEMUT

Seorang lelaki berjaya menangkap gambar yang begitu indah, iaitu gambar semut berubah warna mengikut warna makanan yang dimakannya.

Bapa kepada tiga orang anak, Mohamed Ba.bu menangkap gambar peristiwa ini selepas isterinya, Shameem, menunjukkan semut berwarna putih selepas minum tumpahan susu.

Dia melakukan eksperiment dengan meletakkan gula cair berwarna dan melihat semut itu berubah warna dibahagian abdomen.

Sesetengah semut minum dari satu gula ke satu gula berwarna lain menjadikan warna yang baru di bahagian abdomen.

Mohamed Ba.bu atau dikenali Dr Ba.bu, seorang sainstis berusia 53 tahun itu menemui bahawa semut lebih suka warna gula yang lebih cerah seperti kuning dan hijau.

Dia berkata:

‘Idea untuk menangkap gambar tiba sebaik sahaja isteri saya menunjukkan semut berubah warna menjadi putih selepas minum tumpahan susu di dapur’

‘Saya menangkap gambar di ruangan taman untuk mendapatkan pencahayaan yang natural dan menyiapkan parafin set yang diletakkan gula berwarna diatasnya’

‘Saya mendapat semut yang banyak selepas beberapa minit dan menangkap gambar beberapa kalu untuk mendapatkan image yang berkualiti’

Selain itu, Dr Ba.bu daripada Mysore, selatan India berkata:
‘Abdomen semut adalah separuh lutsinar, ia mendapat warna daripada makanan yang dimakan’
 






♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Trofi Kemenangan Yuna Untuk Lagu ‘Penakut’ Ditarik Balik

Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 telah menutup tirainya. Belum habis orang ramai bercerita mengenai kemenangan tiba-tiba lagu Penakut ciptaan dan dendangan Yuna pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 yang dijulang sebagai Lagu Terbaik telah menjadi kontroversi, apabila topik kemenangan lagu Penakut semakin hangat diperkatakan peminat, terutama di internet.
Trofi dimenangi penyanyi bertudung pada AIM lalu itu khabarnya akandi tarik balik. Trofi berkenaan, dengar ceritanya, akan diserahkan kepada pencipta serta penyanyi lagu Sedetik Lebih, Edry Abdul Halim dan Anuar Zain.
Khabar itu juga ada menyatakan, kononnya ada kesilapan pada perkiraan sehingga lagu Penakut diumumkan lagu terbaik keseluruhan AIM18, sedangkan ia tidak pun memenangi lagu terbaik kategori yang ditandingi. Selalunya, Lagu Terbaik akan dipilih daripada pemenang kategori Lagu Pop, Rock, Nasyid mahupun Etnik Terbaik.
Jika diikutkan, Lagu Terbaik AIM18 sepatutnya menjadi rebutan antara Sedetik Lebih yang memenangi Lagu Pop Terbaik, Pelita (Rock), Pedoman (Nasyid) dan Joget Tak Senang Hati (Etnik).
Apatah lagi lagu Penakut sebenarnya sudah pun tewas kepada Sedetik Lebih dalam kategori Pop, yang turut ditandingi Beribu Sesalan nyanyian Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah, Sungai Lui (Aizat) dan Dengarkanlah (Datuk Sheila Majid).
Tidak mengapalah, mungkin sehari dua ini, akan ada kenyataan rasmi yang bakal dikeluarkan pihak penganjur. Kita sama-sama tunggu dan lihat nanti. Dalam hal ini, Yuna yang sememangnya nampak terkejut ketika diumumkan pemenang pada malam itu memang tidak bersalah apa-apa pun. Dia sebenarnya mangsa kepada keadaan, jika betul trofinya itu akan ditarik balik.

Sumber : http://www.suarapeople.com/2011/11/trofi-kemenangan-yuna-untuk-lagu-%E2%80%98penakut%E2%80%99-ditarik-balik/

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Kisah baju cinta..

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin pada petang jumaat. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun dibadannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

?saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!?.
?tapi kau telanjang !!!???? marah si nenek .
?ini BAJU CINTA saya? balas si cucu perempuannya
?BAJU CINTA ??? si nenek kehairanan
?ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek? pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami di petang jumaat ini. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. sesampai di rumah, si nenek tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.

Berberapa ketika si atok tadi pulang, sebaik saja pintu di buka si atok mendapati si nenek berbogell kat depan pintu.

?kenapa dengan kau nie ? buang tebiat???? marah si atok tadi.
?ini lah BAJU CINTA bang? kata si nenek tadi.
?BAJU CINTA?????kalau ye pun, iron la baju tu dulu?


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Last entry from her

Seperti biasa just copy and paste from blog KakYang

Last for Mama&Papa Dani

Sorry ye Mama&Papa Dani. I've to further my study back at Merbok.So, these will be my last pictures of Dani for you two. :')








He likes pisang goreng but only eat the both hujung part of the pisang goreng and he only takes the part yg rangup-rangup. Hahaha. Naughty ye youu :)



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Genap 6 bulan hari ni


 Your baby is still on the skinny side with no body fat but his brain is growing rapidly and he's starting to fill the space in your uterus. By now, you probably have a definite "pregnant" shape and the linea nigra, a dark line of pigmentation, may appear down the centre of your abdomen. Your baby's taste buds are also forming and, believe it or not, his sweet tooth. Could that explain your sudden craving for dodol and kuih lapis? No one knows for sure but it's a good excuse, next time you find yourself stalking the kuih lady at the pasar malam.

Translate :

Bayi anda masih di sebelah kurus tanpa lemak badan tetapi otaknya berkembang pesat dan dia mula mengisi ruang dalam rahim anda. Pada masa kini, anda mungkin telah pasti "mengandung" bentuk dan nigra li, garis hitam pigmentasi, boleh hadir ke pusat abdomen anda. Selera bayi anda juga membentuk dan, percaya atau tidak, gigi manis. Yang menerangkan keinginan secara tiba-tiba anda untuk dodol dan kuih lapis? Tiada siapa yang tahu dengan pasti tetapi ia adalah satu alasan yang baik, masa depan anda mendapati diri anda ugutan wanita kuih di malam pasar.

>>>> hahaha.. tang nak makan kuih manis tu mmg aku sedang alami sekarang.. asyik nak rasa yang manis2 je.. Tapi tetap kena kawal. Takut diabets kang.. Haruuu kena lagi buat BSP nanti..tak mo takmo dah.. Biarlah normal je.. Sekarang kalau aku makan manis je, lepas tu aku minum air masak banyak2..Haha, teori ape ntah.. kononnya nanti bila minum air masak banyak2 tu, gula2 tadi tu nanti akan neutral la kot..=p

Kejap je masa berlalu... lagi 3 bulan to go... Barang baby ape pun belum beli lagi. Tambah sikit2 je kot sebab abang dia punya pun boleh pakai lagi..:)

Oh ye, baby dalam perut ni semakin aktif.. bila masa ntah dia tido.. kadang2 tengah malam aku terjaga sebab terasa tendangan padu dari dia..haha.. main sorang2 ye baby..

ok baby, mama papa ngan abg dani tak sabar nak tengok baby nanti.. baby mesti comel kan.. :)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Quote menarik hari ini..:)

"
"TEAM Malaysia Hebat.. namun rahsianya ..kerana MALAYSIA ade seorang MUSLIM, ade seorang TAMIL, ade seorang pula GURU,
dan yg penting Team MALAYSIA ade khairul fahmi CHE MAT yg sentiasa CERMAT menangkap bola, dan MALAYSIA juga ade baddrol bakhtiar yg sentiasa berIKHTIAR menjaringkn gol dari jarak jauh k... Dan yg paling Hebat ialah kerana MALAYSIA ade ONG ( Ong Kim swee )!!!!!!
Hahaha Tahniah Malaysia....Tahniah seluruh rakyat Malaysia.."


Menarikkan?..Hehe..Copy kat FB..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Gemuruh Suara!



Aku dah suka ngan lagu ni..

Dok putar je kat Youtube dari pagi .. replay replay replay..hahaha..

Sebelum ni buat tak heran je, suka dengar je kat tv tapi taklah sampai nak carik video ngan lirik bagai kan.. Bila Harimau Muda menang malam tadi terus google lagu ni pagi2 buta kat ofis..

Tahniah buat TM! Sebab berjaya buat lagu yang menaikkan semangat rakyat Malaysia..

Tengok video clip dia tu nampak macam penyanyi yang nyanyi lagu ni ialah Ramli Sarip, KRU, yang suara pompuan tu tak tau..yang rap tu pun tak tau..Sape leh bagi tau?..:)

Nak donlod lagu ni..buat ring tone hp..hahaha..

Gile semangat pagi ni! Nak buat keje rasa best je...kan kan kan..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Tomato sos pencuci karat?


1.barang




2.sapu dan simpan 2jam



3.baru lap dgn pencuci periuk yg lembab
  4.ni hasilnya….. cuba la.


Erk! Ye ke?

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Penghasut no 1 !!


Ngeh ngeh ngeh..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

kalau pencen umur 60. ginilah gamoknyeee



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

RagamSuami : Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal



Malam tadi lepas balik dari lepak kat kedai mamak Presint 9 tu, aku ngadap citer Fantaghiro kat TV9 tu dan Enady layan Youtube.

Tengah-tengah layan Fantaghiro, aku terlelap.. mamai mamai. Tapi tak la lelap sepenuhnya. Tiba-tiba terdengar suara orang nyanyi. Haha, first time dengar orang tu nyanyi. Siapa lagi? si suami tu lah... Aku diamkan diri dan dengar sampai habis dia nyanyi lagu kat video atas tu. Dia tak perasan aku dengar suara dia..haha.. Not bad!...

Selama aku kenal dia almost 6 tahun ni kan, langsung tak pernah dia menyanyi. Ajak pegi karaoke pun tak nak. Pernah sekali tu, belum kahwin lagi. Pegi dating la kat Summit USJ nun. Pegi tengok wayang sebenarnya. Lalu depan tempat karaoke. Aku merayu-rayu ajak pegi karaoke. Bertuahhh la dia nak masuk.. Akhirnya, muncung sedepa masuk keta..Haha..kenangan dulu2. :)

Amat bertentangan dengan minat aku yang suka karok ni. 6 tahun tak pernah jejak pusat karaoke dengan dia. Selalu aku pegi ngan kengkawan je lah.. Last time pegi tahun lepas, kat Kulai nun ngan officer aku.. Haha, jauh kan.. actually mase tu attend kenduri kawen bos aku. Tido sana kat Hotel Sayang. Tengok2 ada tempat karok. Harga murah gila..Satu kepala RM18 tak silap. Karok la sampai lebam.

Ok, sambung balik citer pasal si suami tadi..hehe.. Bila dia dah habis nyanyi, dia pandang aku kat sofa.. Erk, kantoi! Haha.. Terus aku cakap, sedap suara papa nyanyi...haha, termalu-malu dia.. Boleh pun nyanyi, pa.. Nanti kita g karok nak..Terus ajak tu..haha..

Macam biasa, jawapan dia, taknak lah. Malu..Ceh, nak malu apa ngan mama ni..

Suara tak sedap katanya..

Hurrmmm, takleh nak kata apa..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

WOW! INILAH 7 KEAJAIBAN SELEPAS MENANGIS

Siapa kata menangis tidak ada faedahnya? menangis terlalu lama boleh membuatkan mata merah dan bengkak. Tapi , menangis dan mengeluarkan air mata boleh menjadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apakah keajaiban itu?

Dipetik dari Beliefnet, ini dia 7 keajaiban yang anda perolehi setelah menangis dan berair mata:

1. Membantu penglihatan
Air mata terbukti membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.


2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat eye drop tu, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria secara semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95% bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pemegang tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Memulihkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi kerana dengan menangis, mood seseorang akan pulih kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24% protein albumin yang berguna dalam mengembalikan sistem metabolisme tubuh berbanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan berjaya mengkaji bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosi dikatakan mengandungi racun. Tapi jangan salah faham, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan stress
Macam mana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata dikatakan mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengeratkan hubungan silaturahim
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang mengeratkan silaturahim antara kawan-kawan. Biasanya seseorang yang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan kawan-kawannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan seterusnya meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Me’rileks’kan perasaan/diri
Semua orang pernah mengalamai perasaan selepas menangis. Walaupun anda didera pelbagai masalah dan rintangan, namun selepas menangis pasti akan me’rileks’kan perasaan dan diri. Selepas menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran anda dengan menangis, jangan dipendam kerana anda boleh menangis sepuas-puasnya tanpa halangan.



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Kuasa Allah SWT

Video ni ngeri.. sesapa yang berani je boleh tengok k..:)

Aku pun tak sanggup nak tengok..





♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Selamat Pengantin Baru Yana dan Shah

pic from blog kathy jem

20.11.2011

Cantik tarikh ko pilih Yana.. Hehe..Selamat pengantin baru buat Zuliyana Hassan dan Tengku Mohd Khairul Shah dari aku, Ady dan Dani.. Akhirnya, alhamdulillah..selamat dah ko jadi isteri orang.. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dear..:)

Maaf aku tak dapat datang masa majlis nikah ko semalam. Insyallah resepsi ko nanti aku akan datang. Wajib ok tengok ko naik pelamin..Tak sabar nak tengok ko naik pelamin..:)


PIC sebulan sebelum dia jadi isteri..masa wedding Nana kat MAEPS.

PIC masa zaman belajar kat UiTM. Cam tak mane satu aku ngan Yana?..=p


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Girl's Trip : Pulau Perhentian Part 1

Hai hai hai uolls... Lama sangatttt tertangguh entry ni... ahkak busy dik non. Busy macam-macam hal lah. Hari ni baru dapat bukak folde...