Penangguhan Sepenuhnya SBPA dan Stop Payment.

Thursday, January 26, 2012 12:30


Assalamualaikum dan salam sejahtera

YBhg. Dato' / Tuan / Puan

Per : Penangguhan Sepenuhnya SBPA dan Stop Payment.

Terlebih dahulu mohon maaf atas sebarang kesulitan dan kekeliruan yang timbul akibat tidak ketentuan / kepastian tindakan terhadap keputusan penangguhan pelaksanaan SBPA ini.

Saya telah dimaklumkan oleh Pengarah BPOPP bahawa YBhg. Datuk ANM telah diarah oleh YBhg. Tan Sri KSP bahawa pelaksanaan SBPA ditangguhkan serta merta sehingga dimaklumkan nanti. 

Bayaran perbezaan yang dijadualkan sebelum ini pada 31 Januari 2012 hendaklah dibatalkan dan adalah menjadi tanggungjawab YBhg. Dato'/Tuan/Puan Pengarah JANM Negeri dan Cawangan termasuk Ketua Akauntan di SAD agar memberi arahan kepada bank-bank untuk membuat stop payment atau mengarahkan bank-bank agar tidak membuat sebarang proses terhadap cek yang telah dihantar untuk bayaran perbezaan ini dengan serta merta.
( Cek dan juga EFT)

Sehingga kini, lain-lain perubahan LPC hendaklah menggunapakai skim SSM.

Sekian, untuk makluman dan tindakan segera YBhg. Dato'/Tuan/Puan.

Terima kasih.

Wassalam.

Note : Sempat tgk payslip yang katanya nak bayar balancenya tu on 31 January 2012.. Pastu bila petang sket tgk dah takde dah dlm AG punya laman web. Sebulan lagi nk gaji ni...huhu.. lambatnya masa berlalu..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

2 comments:

AdaM Hawa said...

makanya.. bulan FEB pun gaji lame gak ke?

Anonymous said...

pastu apa kesimpulannya ini..? bila nak dpt gaji baru??

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...