buih-buih belon



Dani addicted gila ngan mende alah ni..
Kalau dia nampak je, mesti dia nak..
Pandai lak tu dia tiup sampai keluar buih2 belon tu..
Sampai kitorang kena sorok sebab kalau dia main sendiri,
alamatnya habislah tumpahhh..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

SUMBANGAN UNTUK ADIK MAWAR NUR FARISHA

Berat mata memandang,berat lg bahu memikul..sebak rasa bila dapat tau ank kawan saya masa diploma (sahida) terlantar sakit.Adik Mawar Nur Farisya menghidap penyakit lumpuh otak, jantung berlubang dan injap jantung sempit. Kepada yang ingin menderma bolehlah salurkan melalui:

  Akaun Bank Islam milik Mawar 12-21602002450-1 atau menghubungi Farid di talian 010-5430339 atau Sahida (019-3939103).



Pls share...

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Nurse datang rumah


Untuk pengetahuan korang, kalau kat kampung, kalau ada kelahiran..
Memang kena report kat klinik kesihatan atau Klinik Desa berdekatan lah..
kalau kat bandar aku tak tau..
Then hari pertama sampai hari kesepuluh, Nurse akan datang rumah..
Buat check up baby dan mama baby..
Lepas hari kesepuluh, hari kedua puluh pulak..
Then sebulan, kena pegi klinik sendiri lah..
Haishh, banyak lemak nak nurse datang umah je kan..
Haha..

Now, hari ke-14.
Eh! dah 2 minggu lah..
Cepatnya masa berlalu..
Aku menghitung hari nak habis pantang..
Makin banyak angka tu, makin risau Ibu..
Hehe..
Ibu risaukan adik aku Ijai tu nak kawen..
Bukan lama lagi dah..
Hujung bulan 4 ni nikah..
Aku di hari ke-42 berpantang, Ijai ngan tunangnya akan disatukan..
Minggu depannya majlis kat sini pulak..
Ibu cakap, aku ni kena pantang 40 hari jelah jawabnya..
Aku tak kisah, as long as badan aku sihat dan luka bawah nun dah baiklah masa tu..
But, pantang ngan suami, wajib sambung ye...hahaha
=p


Ok, berbalik pada cerita nurse datang umah ni..
Nurse ni junior aku masa sekolah dulu..
Sangat baik dan peramah.. sangat lembut juga..
Eh, majoriti nurse ni sopan sopan lembut lembut orangnya kan..
Kalau cantik tu lagi bonus..
Dahla sopan, lemah lembut, cantik pulak tu..
Untung la sapa dapat buat isteri..:)
Upss, Nurse ni nak kawen dah hujung bulan 5 ni..

Syada namanya..
Rajin Syada ni..
Masa dia datang melawat, kerap jugak dia check kan luka bawah tu..
sampai naik segan aku.. 
Yelah, aku kenal nursenya kan, lainla kalau aku tak kenal..
nasib dia kata, takpe kak, Syada dah biasa.. jgn malu2..Hehe
Dia pantau.. bagitau aku yang benang ni dah nak tertanggal, luka tu begini begitu..
bagus kan..
masa nurse dtg melawat time aku bersalinkan Dani dulu,
hari pertama je check luka..
Pastu, lantak ko lah..
haha, aku pun dah tak ingat dah sape nursenya..



That's whylah, Dani cukup suka ngan Nurse Syada ni..
Habis dikacaunya..
Dok atas riba lah, main cak cak lah..
Syada nak balik pun dia tak bagi...
Haha..
Habislah..

Jumpa lagi Syada di hari ke- dua puluh..



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Anak-anak buah adik saya

udah terpeleo't dah kepala Zara

Sampai sekarang tak tau nak gelorkan adik aku sorang ni ape pada anak-anak buahnya..
Last-last panggil Pakcik Anep je..
Pak ngah tak boleh.. 
Adik aku yang no.dua, Ijai dah amik..
Pak Cho, Pak Uda, Pak Tam, Pak Lang, Pak Andak
Haha..
tak glemer katenye..
Ape-ape jelah adik oii..

Uuuuuuuuu...muncung2 mulut ko nak!

Dani dah semakin ok dngan pakciknya yang sorang ni..
Dah mau didukung-dukung, di main-main, 
Kalau tak duluuu..
Dani mana gemor sangat ngan Anep ni..
Asal datang umah je Dani lari..
Nampak je pakcik dia yg ni, menangis2 takmo..
Sebabnya, masa Dani kecik, Anep selalu picit2 pipi Dani..
Haha.. dia ingat tau sape yang selalu sakitkan dia..
Now, back to normal..
Sape yang layan Dani, habis la...
Sampai tak terlayan dibuatnya..
Kalau ada orang datang umah, pastu layan Dani kan..
Habis tak dibaginya orang tu balik..
Siap tarik tangan ajak duduk lagi..
Kalau dah pakai kasut, siap dia menangis2 suh org tu bukak kasut..
Haha..

Sekarang, Dani manja gile ngan MakYang dia..
Dah tak nak dah ngan aku sangat..
 Buat susu ke apa ke..
Semua nak ngan Mak Yang..
 Bagusss, senang mama nak berehat2..
MakYang dia dukung Baby Zara pun dia marah..
Menangis-nangis suh letak..

Tapi, kerenah dia tetap menghiburkan!
Mama sayang Dani sangat2!
:)

pic : kredit to fb Anep

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Puding karamel yang tak menjadi


Tak menjadi dari segi rupanya je.. Haha..
Bila makan, sedap je kot..
Aku tak makan lah.. kata pantang kan..
Tengok jel er deme makan..


Adik aku yang sorang ni, Anep memang suka masuk dapur..
Masak itu ini..
Memang hobi dia..
Balik kampung je ade je menu nak masak itu ini..


Nilah rupanya yang tak menjadi tu..
Now, puding tu dah habis licin..
Laku jugak ek walaupun buruk beno rupanya..
Haha..
takpe dik, practise make perfect!
Tapi, udah berkali-kali dia buat...
Haha, tak jugak elok terbentuk..=p

Petang kang deme dah nak balik..
Cuti 3 hari kat kampung..
Ngemas lama sekeliling..
Maklum ler, hujung bulan 4 kang ade orang tu nak kawen..=p
larikkkkss..

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Baby Zara 12 hari

Pejam celik pejam celik
Sekejap je dah 12 hari


Dua-dua anak ada lekuk kat bawah dagu..
Ikut papa dorang..
Enady nak sedapkan hati aku kan, dia cakap apa tau..
Anak-anak putih ni ikut mamanya..
Haha.. banyaklah putih..
Putih kot..
Putih dari papanya..
koffkoffkoff..


Setakat ni Baby Zara takde masalah sangat..
Malam-malam lena je dia tido..
Kalau dia haus dia bangun lah carik nenen..
Lepas tu lena..
Leh la mama dia tido lama sikit..
Ber anak kecik, masa tido memang minimum terus kan..
Haha..
Update blog pun cecepat yang boleh..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Jalan2 naik ERL

Waktu kejadian seminggu sebelum bersalin..=p

Kes Ibu keboringan jugak ni.. hehe.. ate 2 minggu kan dok umah temankan aku yang tak bersalin-salin jugakkan..:) Kebetulan adik aku Anep cuti hari Sabtu tu. So, dia ajak Ibu g jalan-jalan KL. Nak ajak Ibu g jalan KL tapi suh Ibu sendiri naik train g Bandar Tasik Selatan..memang tak la aku bagi Ibu pegi sensorang kan.. Risau aku.. Ibu dahla tak tau mana2 hala jalan kat KL ni.. Kang naik train sesat larat ke mana kang.. Dah ler train kat Bandar tasik Selatan tu kena turun naik sana sini.. Eh, maksud aku nak g jalan keluar kena turun sana sini.. Bukannya keluar-keluar train dah jumpa jalan keluar kan..

Aku n Ibu

Jadinya, aku, Enady, Dani dan Ibu naik ERL hari tu nak ke Bandar Tasik Selatan.. Dani dah 2 kali aku bawak dia naik ERL. Enady la kesian.. Tak pernah naik ERL..haha, atenye, nak ke mana kan dia naik ERL? Ibu pun tak pernah.. :)


Hari Sabtu, ramai gak orang kan.. Memandangkan aku pregnant, ada sorang guy ni yang baik hati bagi aku tempat duduk.. sweetnya..:) Thanks dik..


Dani teruja bila dapat naik train ni.. Dulu masa aku bawak dia naik ERL, masuk2 ERL je dia tido..






Akhirnya, jumpa gak ngan Anep.. Dia belanja mkn KFC kat TBS tu.. Thanks dik..:) Lain kali belanja lagi ek..


Pas Ibu kat Anep, then kitorang pun balik Putrajaya semula.. Balik nanti Ijai yang akan pick up Ibu bawak balik Putrajaya balik..


Dan akibat siang tu aku kuat berjalan, aku sakit perut.. macam sakit contraction.. terbaring je lah menahan sakit.. Tengok-tengok, pagi esoknya hilang dah sakit..=p

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Berurut + cukur kepala

Alhamdulillah, hari ni sudah hari ke-10 aku berpantang dan lahirnya baby Zara. Eh kejap Nia kejap Zara.. Haha.. Mane2lah.. asal sedap disebut..

Hari terakhir juga berurut pagi tadi.. Sedap rasa badan ni.. Bidan Nuk kata, udah kendur semua2nya.. Haha, lemaklah tu.. Kalau tak, hari pertama urut, keras je semuanya.. =p

Baby Zara pun bercukur hari ni.. Habis dah botak kepalanya.. Dah takde rambut.. Huhu.. sayangnya! Tapi orang tua-tua kata, tak elok simpan rambut dari dalam perut.. Tak taulah sebab apa. Dorang cakap lagi, nanti lepas cukur, lagi lebat rambutnya.. percayalah! Haha, aku redhakan saja.. Ada betulnya jugak. dan aku percaya itu.. Buktinya, masa Dani lahir dulu pun Bidan Nuk ni jugak yang cukurkan kepalanya. Lepas tu naik lebat dan hitam rambut Dani macam sekarang..:)


Zara meronta-ronta masa ni.. terpaksa bagi susu pakai botol.. haus kot..hehe..


Bil dah bagi susu, baru tenang je Bidan Nuk buat keje dia..:)


Abang Dani yang tak reti dok diam..


Kalau tak bercukur kepalanya tu, aku pun tak tau kepala Zara penuh ngan ruam n kerak.. Ada hikmahnya jugak cukur kepala si Zara ni..


Banyakkan rambut Zara.. Nak tanam kat pangkal pokok pisang..


dah siapppp...


Tadaaa! Lagi nampak bulat pipi dia...


Lepas Bidan Nuk cukurkan kepala dia, Bidan Nuk mandikan dia pulak..


Lepas mandi, Bidan Nuk pakaikan benang hitam.. Aku kofius pasal ni.. ada terbaca jugak yang benang hitam ni tak elok dipakai.. Tapi..hurmmm, aku cakap ngan Ibu.. yang taknak pakaikan Zara benang2 ni. Ibu cakap, ikutkan jelah.. Nanti dia tertanggal sendiri dah la.. jangan pakaikan balik.. Baiklah, aku yang menurut printah..:)


Lepas tu, naikkan Zara dalam buai. Bidan cakap, nanti takdelah dia terkejut masa naik buai waktu marhaban nanti..


Dani yang baru lepas mandi.. pelik tengok adik dia dok dalam buai tu..


Tadaaaa! Siap dah.. Saya nak tidooo..:)


Cerita Masa Dani cukur rambut dulu..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Ke Bandar Baru Bangi

Dani ngan Jasmin..:)

Ni kisahnya 4 hari sebelum aku bersalin..:)

Ibu ada kat umah aku lagi masa ni. So, kesiankan Ibu yang keboringan, aku pm sepupu aku Kak Anna cakap  nak g jalan-jalan umah dia..

Sebenarnya aku pun boring..Hehehe. Seminggu cuti awal, tak tau nak buat apa.. Dah terlebih-lebih rehat dah.. Nak g jalan ngukur Alamanda tu, dah bosan dah.. Lagipun bertiga ngan Dani sekali..huii tidaklah nak bawak abang baby tu.. Melasak kemain.. Lepas je dari tangan, pheww berdesup berlari.. Mak tak sanggup nak!

Tempat selamat umah Kak Anna!.. haha.. melawat sedara mara.. Ibu pun lom pernah pegi sana lagi..:)

Sampai-sampai Kak Anna tengah masak tengahari.. alahai sweetnya Kak Anna.. Siap masakkan lagi tu.. Padahal dah cakap, takyah susah2 masak.. Lauk sedap lak tu.. Thanks Kak Anna! :)

Layan Angry Bird..



Dani dari pukul 11.00 pagi sampai umah Kak Anna tu tak tido-tido sampailah nak balik umah dalam kul 3 petang tu.. sampai umah, apalagi, ketiduran keletihan ler..

Penutup entry, thanks Kak Anna! :)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Thanks Ita!


First time jumpa Ita n puterinya, Humaira..
Comel je orangnya..
Peramah juga..:)

Thanks tau sudi datang teratak buruk kite..
Dan juga ole-ole untuk baby itu..
Tak sabar nak pakaikan kat baby Nia..


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Demam sikit

Hari ke-7..

Nurse datang rumah untuk check up mama dan baby..

Mama ok. cuma tang baby.. suhu tinggi sikit. 37.2.. Pada kita memang ianya normal la. tapi disebabkan ianya baby, suhu 37.2 tu dah dikira demam ya.. Nurse la yang bagitau..

So, tadi nurse lap-lapkan badan dia.. tunggu 15 minit barulah suhu dia turun.. Cuak aku okey! budak tecik demam-demam ni jangan dibuat main..

Walaupun dah turun suhunya, sampai sekarang aku still pantau.. Memang dah stanby termometer kat rumah. Abang dia punya dulu..



Sayunya hati tgk anak tak sihat..T_T

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Nur Izzara Dania

Memperkenalkan...

Jeng jeng jeng jeng...

Nur Izzara Dania binti Ahmad Zaidi - Cahaya kekuatanku yang berseri-seri..:)

Anak kedua kami..:)

Namanya dah isi dalam borang tapi borang lom hantar. Esok baru hantar kat JPN Putrajaya nun. Dah siap isi borang, baru konfiden nak announce..

Asalnya nama itu diberi... Masa abang dia lahir lagi dah set, kalau yang second dapat girl, memang niat nak taruk Dania.. Izzara pulak, hahaha, macam korang tak tau kan? Sangat penangan Vanilla Coklat! By the way,  aku minat Izara Aisyah tu sejak dia bawak watak Fiona dalam citer Soffiya lagi.. Cantik pulak tu.. Memang dah aimed dah nama Izara, tapi tak cerita pun kat husband. Diam je.. Nama Dania tu dia yang bagi...

Kisah nak mencari nama ni pun kami gadoh2 jugak.. Hahaha.. Sejak tau nak dapat baby girl, jenuh kami gabung2 kan nama..

First nak taruk Nur Dania Emira.. konon nak sama ngan abang dia.. Dani Emir. Tapi tukar lah.. sebab nanti bila besar, mesti org dah cam, eh ko nama sama ngan dia, korang adik beradik ek.. Haha.. Takdelah.. saje tukar sebab maksud nya tak berapa nak best..

Second, Nurul Dania.. husband yang cadangkan jugak. aku tolak sebab simple sangat.. Nak jugak taruk nama pelik sikit yang org akan ingat kan..:)

Third, Dhia Dania. Husband jugak yg cadangkan. Ni sangat penangan citer Tentang Dhia. Husband minat sangat ngan Nora Danish..Dari dulu lagi dia minat.. Sebab comel katanya.. Sentap hati mak! hahaha..

Fourth, Dhia Dania Eryna.. Husband lagi yg cadangkan.. Haruslah aku tolak. Sebab panjang sangat! Nanti aku jugak yang kena tulis nama dalam buku sekolah dia.. Dahla nama papa dia dua nama. Huhu.. nama ni dia tengok kat Internet..

Asyik husband je yang bagi nama kan? Tak aci!

Last-last aku cakap, susah-susah sangat letak nama Nur Dania jelah...Aku lupa nak cakap ngan dia yang aku berkenan nama Izara..

Sampailah satu hari tu, tengah tgk Vanilla Coklat. Husband pun tengok.. Ralit tengok, dia pun cakap, lawa la pompuan ni.. Si Zara tu lah.. Sapa nama dia ma? Aku cakapla, Izara Aisyah.. Terus dia cakap, Kita buh nama Izara Dania lah ma... Tengokkkkkk, dia lagi yang cadangkan...grrr..

Tapi sebab aku pun berkenankan nama tu, terus setuju je..Hehehe..

Actually, Izara aku carik takde maksud.. Eh, ke aku yang tak jumpa? Ntah la.. Tapi mmg carik takde... Yang aku jumpa hanya Iz Zara.. yang bermaksud Kekuatanku yang berseri. tapi space tu yang problem.. Banyak la space nanti.. Nur Iz Zara Dania.. Kan ke panjang beno tu.. Last2 husband kata, takpelah, gabung jelah yang Iz ngan Zara tu.. bagi jadi double Z..

Maka dapatlah Nur Izzara Dania... Dania tu maksudnya hampir.. Just letak je nak bagi cantik..:)








♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Tweet Tweet


Saja je nak print screen..
:)
Jom, sapa nak tweet tweet add aku k..

♥ mama Muhammad Dani Emir  & Nur Izzara Dania ♥

Tak boleh percaya




Hehehe..
Sangat tak boleh percaya ye...
Sebab semalam dia dah rentap kaki adik dia..
Ni saja aku suh posing jap sebab bakal Mak Ngah dia nak tengok..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir & adik baby♥

Girl's Trip : Pulau Perhentian Part 1

Hai hai hai uolls... Lama sangatttt tertangguh entry ni... ahkak busy dik non. Busy macam-macam hal lah. Hari ni baru dapat bukak folde...