Berurut + cukur kepala

Alhamdulillah, hari ni sudah hari ke-10 aku berpantang dan lahirnya baby Zara. Eh kejap Nia kejap Zara.. Haha.. Mane2lah.. asal sedap disebut..

Hari terakhir juga berurut pagi tadi.. Sedap rasa badan ni.. Bidan Nuk kata, udah kendur semua2nya.. Haha, lemaklah tu.. Kalau tak, hari pertama urut, keras je semuanya.. =p

Baby Zara pun bercukur hari ni.. Habis dah botak kepalanya.. Dah takde rambut.. Huhu.. sayangnya! Tapi orang tua-tua kata, tak elok simpan rambut dari dalam perut.. Tak taulah sebab apa. Dorang cakap lagi, nanti lepas cukur, lagi lebat rambutnya.. percayalah! Haha, aku redhakan saja.. Ada betulnya jugak. dan aku percaya itu.. Buktinya, masa Dani lahir dulu pun Bidan Nuk ni jugak yang cukurkan kepalanya. Lepas tu naik lebat dan hitam rambut Dani macam sekarang..:)


Zara meronta-ronta masa ni.. terpaksa bagi susu pakai botol.. haus kot..hehe..


Bil dah bagi susu, baru tenang je Bidan Nuk buat keje dia..:)


Abang Dani yang tak reti dok diam..


Kalau tak bercukur kepalanya tu, aku pun tak tau kepala Zara penuh ngan ruam n kerak.. Ada hikmahnya jugak cukur kepala si Zara ni..


Banyakkan rambut Zara.. Nak tanam kat pangkal pokok pisang..


dah siapppp...


Tadaaa! Lagi nampak bulat pipi dia...


Lepas Bidan Nuk cukurkan kepala dia, Bidan Nuk mandikan dia pulak..


Lepas mandi, Bidan Nuk pakaikan benang hitam.. Aku kofius pasal ni.. ada terbaca jugak yang benang hitam ni tak elok dipakai.. Tapi..hurmmm, aku cakap ngan Ibu.. yang taknak pakaikan Zara benang2 ni. Ibu cakap, ikutkan jelah.. Nanti dia tertanggal sendiri dah la.. jangan pakaikan balik.. Baiklah, aku yang menurut printah..:)


Lepas tu, naikkan Zara dalam buai. Bidan cakap, nanti takdelah dia terkejut masa naik buai waktu marhaban nanti..


Dani yang baru lepas mandi.. pelik tengok adik dia dok dalam buai tu..


Tadaaaa! Siap dah.. Saya nak tidooo..:)


Cerita Masa Dani cukur rambut dulu..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

2 comments:

Unknown said...

Kalau baca dari info kat google, rambut dari dalam perut tak elok. Sebab bercampur darah semua, rambut dari dalam rahim kan.

Baby Zara sangat comel lah kak ana!

~daRLee ZuRiS~ said...

Kysha pun cukur botak licin,tapi, rambut segan gak nak tumbuh.heheee...
Geram tengok pipi labuh zara tu.eeeeeeee!!

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...