Nur Izzara Dania

Memperkenalkan...

Jeng jeng jeng jeng...

Nur Izzara Dania binti Ahmad Zaidi - Cahaya kekuatanku yang berseri-seri..:)

Anak kedua kami..:)

Namanya dah isi dalam borang tapi borang lom hantar. Esok baru hantar kat JPN Putrajaya nun. Dah siap isi borang, baru konfiden nak announce..

Asalnya nama itu diberi... Masa abang dia lahir lagi dah set, kalau yang second dapat girl, memang niat nak taruk Dania.. Izzara pulak, hahaha, macam korang tak tau kan? Sangat penangan Vanilla Coklat! By the way,  aku minat Izara Aisyah tu sejak dia bawak watak Fiona dalam citer Soffiya lagi.. Cantik pulak tu.. Memang dah aimed dah nama Izara, tapi tak cerita pun kat husband. Diam je.. Nama Dania tu dia yang bagi...

Kisah nak mencari nama ni pun kami gadoh2 jugak.. Hahaha.. Sejak tau nak dapat baby girl, jenuh kami gabung2 kan nama..

First nak taruk Nur Dania Emira.. konon nak sama ngan abang dia.. Dani Emir. Tapi tukar lah.. sebab nanti bila besar, mesti org dah cam, eh ko nama sama ngan dia, korang adik beradik ek.. Haha.. Takdelah.. saje tukar sebab maksud nya tak berapa nak best..

Second, Nurul Dania.. husband yang cadangkan jugak. aku tolak sebab simple sangat.. Nak jugak taruk nama pelik sikit yang org akan ingat kan..:)

Third, Dhia Dania. Husband jugak yg cadangkan. Ni sangat penangan citer Tentang Dhia. Husband minat sangat ngan Nora Danish..Dari dulu lagi dia minat.. Sebab comel katanya.. Sentap hati mak! hahaha..

Fourth, Dhia Dania Eryna.. Husband lagi yg cadangkan.. Haruslah aku tolak. Sebab panjang sangat! Nanti aku jugak yang kena tulis nama dalam buku sekolah dia.. Dahla nama papa dia dua nama. Huhu.. nama ni dia tengok kat Internet..

Asyik husband je yang bagi nama kan? Tak aci!

Last-last aku cakap, susah-susah sangat letak nama Nur Dania jelah...Aku lupa nak cakap ngan dia yang aku berkenan nama Izara..

Sampailah satu hari tu, tengah tgk Vanilla Coklat. Husband pun tengok.. Ralit tengok, dia pun cakap, lawa la pompuan ni.. Si Zara tu lah.. Sapa nama dia ma? Aku cakapla, Izara Aisyah.. Terus dia cakap, Kita buh nama Izara Dania lah ma... Tengokkkkkk, dia lagi yang cadangkan...grrr..

Tapi sebab aku pun berkenankan nama tu, terus setuju je..Hehehe..

Actually, Izara aku carik takde maksud.. Eh, ke aku yang tak jumpa? Ntah la.. Tapi mmg carik takde... Yang aku jumpa hanya Iz Zara.. yang bermaksud Kekuatanku yang berseri. tapi space tu yang problem.. Banyak la space nanti.. Nur Iz Zara Dania.. Kan ke panjang beno tu.. Last2 husband kata, takpelah, gabung jelah yang Iz ngan Zara tu.. bagi jadi double Z..

Maka dapatlah Nur Izzara Dania... Dania tu maksudnya hampir.. Just letak je nak bagi cantik..:)








♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
Post a Comment

Girl's Trip : Pulau Perhentian Part 1

Hai hai hai uolls... Lama sangatttt tertangguh entry ni... ahkak busy dik non. Busy macam-macam hal lah. Hari ni baru dapat bukak folde...