Wordless Wednesday #19





♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Mereka di usia 2bulan




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Keluarga Diraja Raja Nazrin Shah - Raja Muda Perak


Haiiii, comel-comel betul anak-anak Raja Nazrin ni.. Mak ayah lawa, terus turun ke anak lah kan.. Sepasang dah. Aku jumpa kat fb sape ntah. Terus aku copy. :)

Yang lelaki adalah putera sulung Raja Nazrin Shah 
Raja Azlan Muzaffar Shah yang berusia 4 tahun
Yang kecil tu adalah Raja Nazira Safya yang baru berusia 10 bulan


Ini bila jadi sultan nanti..
Memang jadi yang terhensem di Malaysia..
 "


Setuju setuju..:)

Teringin nak tau, macam ek kehidupan sebagai kerabat diraja ni. Macam mana stail dorang makan, bersembang, kehidupan seharian lah. Teringin sangat nak tauu.. Eh, dorang kerja ke ek? Hehe..Sape leh tolong jawabkan?


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Kedai 1Malaysia + Chicken Foldover

Foldover.

Dah lama teringinnn uolls. Sejak dia start on market kan. Aku dok aim je bila iklan dia keluar kat tv. Mencari masa yang sesuai nak ke Teluk Intan tu haaa. Kalau saja-saja pegi nak makan foldover tu memang tak lah.. Buang masa je namanya. Tambah-tambah nak bawah 'handbag' kiri kanan. Pheww, tidaklah kalau aku sensorang.

Tiba-tiba Ibu ajak pegi Kedai 1Malaysia kat simpang nak pegi Selabak tu. Rupanya Ibu dah lama aim gak kedai tu. Haha. Kot-kotlah murah kan..:) So, pegilah kami tiga beranak. Aku, Ibu dan Zara. Dani kebetulan cousin aku kidnap sekejap. Nak buat main-main. Aku on je. Asalkan budak tu tak melalak-lalak dan dorang jaga ok..

Dah shopping barang sikit kat kedai tu. Aku ajak Ibu singgah Giant jap. Nak carik seluar kecik. Hehe. Lepas setel semua, terus lajak masuk McD. Jom bu, along belanja makan foldover. Terpinga-pinga Ibu dengar foldover. Haha, ala yang dalam tv tu bu.. Ibu layankan aje..


Sedap tak bu? Ibu kata, sedaplah jugakk..:)


Zara memberi kerjasama yang sangat baik. Kitorang carik kerusi yang panjang tu. Sebab nak letak Zara. Lehla mama makan dengan penuh kenikmatan..:) Umur dia tengah 2 bulan ni dan tak meniarap lagi, lehla letak kat situ kan..


Layannnn.. Bagi aku, sedap gak lah foldover ni. Mayonis dia sedap.. Roti arab tu pun lembut je. Harus repaet lagi nih. Hehe. ajak Enady plak.=p



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Dah tak muat


Maksud aku dah tak muat tu kain napkin la.. Bukan tak muat tapi bila dibedung asyik terlepas je tangan Zara keluar. Sekali ngan kain batik pulak aku try. Huhu.. Tak terbukak bukak langsung ok. Lagi lena dia tido. Berjaya!



Sayang anak mama nih..muahhhhh..

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Wordless Wednesday #18


Pinjam hp Ijai je amik gambar pakai Instagram ni..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Satu maut dua cedera

Satu binatang maut, dua buah kereta cedera..=p


Tengah hari Jumaat lepas, tengah sunyi sepi jalan depan umah aku ni. Tiba-tiba berdentum lalu bunyi kaca berderai-derai.. macam mana sound effect tu, korang imagine sendiri ek. Dengar bunyi memang dalam hati aku berkata, teruk ni accident. Aku dalam bilik masa tu.

Terus capai kamera dan berlari keluar.

Takde kereta pun, yang ada binatang ini yang tergolek tengah jalan. Haha. bikin suspen saje. Ingatkan accident teruk tadi.

Rupanya memang ada kereta yang kena langgar dan dilanggar oleh binatang ni. Sebuah proton Iswara dan Unser. Iswara tu aku kenal. Dia baru balik keje kot, n nak masuk simpang umah dia. Unser tu tak kenal. Perempuan lak tu. Hancur bumper Unser dia. Yang Iswara tu kemik kat tengah-tengah pintu. Mujur takde nyawa manusia yang melayang.

Depan umah aku ni memang dah banyak banyak banyak banyak kali accident. Tak kira lah accident kereta ngan kereta ke. Motor ke.. ngan binatang pun ada. Jalan lurus. Lebar pulak tu. Memang takde yang perlahan bila kereta lalu lalang. Lori treller pun laju kemain! Bergegar rumah. Last accident masa awal tahun hari tu kot. Suami isteri meninggal dunia. Subuh-subuh hari. Kereta terbabas lalu masuk paya. Gelap lagi waktu tu. Takde sapa pun sedar. dah siang baru nampak. Tak dapatla nak selamatkan mangsa.

Ok, balik pada cerita.

Kecoh sekejap depan umah aku orang ramai dok berkerumun. Time orang rehat rasanya. Kul 12.30 tengahari. So, banyaklah kereta lepas tu.

Ayah ngan orang-orang kampung tarik la binatang tu ke tepi. Kang risau ada kenderaan lain pulak yang accident. Siapla bau bangkai tu nanti. Memang menusuk lah! :)








Oh ye! Dani juga saksi kejadian. Haha, seronok dengar dia bercerita pasal accident tu. Bercerita pakai bahasa dia lah kan..:) Ayah sekali sebut je nama binatang tu. Terus dia ingat sampai sekarang. Aaaabii.. Hahaha..Kadang-kadang konfius, dani sebut B**i ke Chubby? Chubby tu nama kucing kat umah ni..=p

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Melawat satu-satunya atuk yang tinggal

Last 3 weeks kot. Aku ikut ibu ayah pegi menjemput sedara mara belah ibu kat area Sabak Bernam dan Sungai Besar. Dah sekali jalan tu, pegi lah melawat atuk sekali. Satu-satunya atuk aku yang masih ada.

Sweet sangat bila tengok moment antara Dani ngan moyangnya ni. Rasa nak menitis air mata!






entry autopublish

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Lima ratus dah

Haha..
Macam duit BR1M dah ni RM500 yang tak dapat-dapat lagi tu.
Jenuh nunggu!


Terima kasih banyak-banyak..
just publish as for my record..
:)
Orang lain lagi ramai follower kan..


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Melawat baby Faris


Cerita dah lama ni. Masa aku dalam pantang lagi.. Pegi umah makcik aku kat Simpang Pulai sebab nak jemput datang kenduri Ijai.

Sepupu aku, Nor bersalin pada 22 Mac 2012. Tahniah Nor. Haha, yeee, kami memang sepakat. Dah dua kelahiran dah ni bulan yang sama.. Ingat tak dulu? Anak dia yang first pun lahir bulan dan tahun yang sama ngan Dani. Tak ingat, meh aku share link. Korang leh tengok kat sini..

Kali ni pun sama.. bulan dan tahun yang sama. Zara 17 Mac. Faris 22 Mac. :)

Sebenarnya kebetulan je semua tu. Tak rancang-rancang pun. Hehe. Dah rezeki nak sama..:)

Tapi yang tak samanya jantina la. Nor dapat baby boy jugak yang kedua ni. Takpe Nor.. dia suh ko beranak lagi nanti..=p Aku cukup-cukuplah dulu dengan dua orang ni..Nak besarkan anak-anak dulu. Next tu, kemudian fikir..

Baby kedua ni namanya Putra Muhammad Faris. Sedap-sedap nama anak ko Nor. Putra tu tak tinggal ek? Hehe..

Lastly, ni anak-anak kami yang sedang membesar.. Dani dan Zarif..:)





♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Zara 2bulan

Lambat sikit aku up entry 2 bulan Zara ni..
Aku terlupa yang 17/5/12 adalah tarikh genap Zara 2 bulan.
Ingatkan yang masa aku g klinik cucuk dia ari tu dah genap 2 bulan.
Hehe.
Sori sayang.
Mama keterlupaan.
Urat banyak putus lepas dah bersalinkan dua orang anak-anak mama ni.

Gambar-gambar Zara pada usia genap 2 bulan :



Perkembangan Zara  :

suka cakap sorang-sorang (mumbling)
Dah tau waktu siang ngan malam.
suka peluk mama kalau tengah menyusu :)
aku cepat lenguh tangan klu dukung dia, Ibu pun sama..
dah pandai tenung orang yang dok agah dia. Aki dia la selalu agah..
still menyusu badan.
dah pandai senyum. 
masih dlm percubaan untuk mengiring.

ok tu je kot..

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥



Video : Sembang-sembang ngan Dani

Subuh tadi aku sembang-sembang ngan Dani..



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Rainbow Cake!



Akhirnya, dapat jugak aku belikan kek untuk Dani 2tahun yang dah lepas tu. Kita belated jelah ye sayang..:) Tak lengkap dan tak puas rasanya biula celebrate bufday takde kek. Bukan nak biasakan, tapi just for show  my effort to make him happy..

Lagi satu motif kan...hehe

Mama teringin sangat nak makan kek rainbow yang tengah femes emes ni. Drai hujung-hujung pregnant Zara lagi. Tapi kalau nak beli saje-saje mau bising lak papa ko Dani. Tu yang dapat idea nak buatkan rainbow cake tu as kek belated bufday Dani. Hahaha. bijak tak mama nak..:)

Kebetulan, tengah usha-usha page Kak Ida, wife cousin aku. Dia memang buat kek. Ternampak plak album Rainbow Cake. Wahhhh, teruja! Pastu time tu pulak aku nak g KL Ijai kawen. Elok sangatlah tu. Order ngan Kak Ida je senang. Dua kek aku order. Satu Red Velvet cupcakes untuk hantaran Ijai. Satu lagi Rainbow Cake ni. Murah-murah je..Sedap pun sedap..:)

Kalau nak order, g jenguk FB dia.. SweetFood Oven.  Dia dok area Ampang.


budak ni bukan makan sangat. mama dia je yg over makan. =p



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Check up Zara 2 bulan


berat : 5.45kg
tinggi : 58cm
lilitan kepala : 39cm



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Wordless Wednesday #17





♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Majlis Naik Buai Zara

Tarikh :  05/05/2012
Tempat : Teratak ayahbonda, Kampung Raja, Kampong Gajah, Perak.
Masa : 10.30 pagi


Pagi tu awal aku siapkan anak-anak. Bukan apa, taknak nanti kelam kabut. :) Orang marhaban datang tepat jam 10.45 pagi. Janji 10.30 datang 10.45. Takpe, aku tak marah sebab sebelum tu dorang ada mesyuarat ape ntah. Dah bagitau siap-siap. Tapi cuak jugaklah kan, dah lebih 10.30 pagi orang marhaban tak datang lagi kan. Orang yang nak makan kenduri yang dah datang. :) Jom layan gambar ek..




The princess of the day..:)








Video :


**********************

Hasil tembakan dari Anas..:)








♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Dani 2tahun 2bulan


Selamat membesar anakku, Dani..

Sori sayang, mama dah terlepas tarikh yang sepatutnya awak berusia 2tahun 2bulan. Takpe kan.. Makin hari awak makin bijak. Pandai. Petah bercakap itu ini tapi mama tak faham.. hahaha..Mama suka tengok awak bercerita begitu begini sambil buat gaya tangan. Mama anggukkan ajelah nak bagi awak happy.. pastu mama tanya la, Dani cerita apa ni.. Awak jawab..aaa..iii uuu.. hah! neee.. langsung mama tak faham nak uii.. tapi takpe, itu adalah effort awak dah nak pandai bercakap.. Bunyi-bunyi vocab pun dah lebih kurang, tinggal nak jadikan words tu awak sebut sebutir-butir je lagi..

Words yang Dani dah pandai dan tunjuk benda itu apa >>

Kipas = tipashh
Turtle = Tetel (kat umah ada 2 ekor anak kura-kura dibela)
Tv = tibi
Aki = ati

Aku perasan yang huruf K jadi sebutan huruf T..

Bila nampak baby, terus sebut bb..:)

Sayang gila ngan adik dia, orang datang melawat nak dukung Zara, dia ngamuk2 tak bagi. siap dibabab nye orang tu.. aigo!

Kalau pampers dia dah penuh, dia akan cakap dede.. aku pun tak tau menatang dede tu apa. Tapi setiap kali dia nak suh aku tukar pampers, dia akan cakap dede dan tunjuk kat bibird dia.. Bila ntah nak start balik potty training ni..

Pantang diajak berjalan, konfem nak ikut. walau siapa pun orangnya..bahaya ni kalau kena culik.

Tu je kot yang aku ingat. Banyak lagi sebenarnya..yang ni dulu lah..:)






♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Anak papa

semakin baik peace Dani..:)

Dani memang rapat ngan papa dia... Mana-mana papa dia pegi, mesti nak mengekor. Tak tenang mamat tu nak merokok ke, nak membuang ke, nak mandi ke.. Haha.. Kalau Enady nak mandi or tengah membuang kan, Dani akan ketuk pintu bilik air tu sampaila papa dia keluar. Tension orang lain yg dengar dia mennagis-nangis. Selagi tak keluar selagi tulah dia akan ketuk.. orang lain datang pujuk dia pun dia tak mau.. Aku bila dengar dia menangis mulalah rasa rimas + tension.. Pastu terus teringat, eh jangan tension jangan tension, habis kilang susu terbakar nanti.. =p




Masa ni papa dia nak balik Putrajaya. Jenuh la jugak papa dia nak balik. Dani pulak taknak berlepas. Nak berpeluk je ngan papanya. Menangis nangis. Lagila papa dia jiwa meruntun bila tengok anak kesayangan dia macam tu..

Last-last, PakNgah Ijai dukung Dani dan papa balik dengan hati gundah gulana. Haha.. babai papa..


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Girl's Trip : Pulau Perhentian Part 1

Hai hai hai uolls... Lama sangatttt tertangguh entry ni... ahkak busy dik non. Busy macam-macam hal lah. Hari ni baru dapat bukak folde...