10 AMALAN TERBALIK YG TIDAK DISEDARI ♥






antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi dari keadaan asal:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

FB punya pasal... :-)


Hahahahahahahhahahahahahha..!

Panjangnya aku gelak..=p

Dun play play.. Ramai yang giler FB hingga ketagih macam ketagih dadah. Tapi tak termasuk aku la.. Aku dalam proses pemulihan ni.. Haha..

Aku lagi selesa kat Twitter. Sana setiap saat pun boleh up status. Kalau kat FB setiap saat up status, mau kena perli.. Kan kan kan.. Jom sign in Twitter. Up lah banyak mana pun status ko, takde sape nak halang..:)  Kalau tak reti, ko sign in je dulu. Lama-lama pandai lah.. Percayalah.. hehe..


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Durian Merah...


Korang pernah jumpa tak durian ni? Giler arrr, kaler merah isi dalamnya.. Aku tak pernah jumpa pun. Menurut dalam forum yang aku jumpa gambar durian ni, durian merah ni banyak terdapat kat Sabah dan Sarawak.. Betul ke tak tu aku tak tahulah.. Sila jawab orang Sabah dan Sarawak...:)

Apelah rasanya kan?

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

i-City


Kali kedua kot aku jejak kaki kat i-City ni. Kali pertama masa Dani 3 bulan jugak. Klik sini. Baru-baru ni pegi time Zara 3 bulan jugak. Eh, apehal papa korang ni bawak mama pegi i-City ni Dani Zara? Asal lepas habis cuti pantang je bawak datang sini. Ape ke heynye yop?


Dulu pergi ngan adik ipar aku, Adik Udin. Kali ni pegi ngan KakYang. Ate dah dia je yang dok ngan aku sekarang ni.


Banyak dah perubahan kat i-City ni. baru 2 tahun tu. Belum lagi 10 tahun akan datang. Mesti lagi canggih.


Siap ada Eye of Malaysia. Version i-City punye.. Malas nak naik sebab slow gila. Sampai aku cakap eh tak bergerak ke wheel tu. Tengok dekat-dekat baru nam[ak. La bergerak rupanya.


Game pun dah ada banyak.




Tak lepak lama pun sebab aku dah penat. Plus si Dani dah mengamuk-ngamuk mintak dilepas. Malam tu ramai sangat orang.


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Dani cakap-cakap #1

Semalam masa nak pergi kerja..

Bila dah siap semua, sebelum keluar aku suruh Dani tutup tv.

Dia tutuplah tv tu. Then dia cakap "oteyyy". Means okay.

Aku ngan KakYang terus tergelak terbahak-bahak.

Sweeettttt oteyyy.

Ntah mana dia belajar cakap okay tu..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Wordless Wednesday #23




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Souvenir from Vietnam + 5S + Exam KPSL


Tq Puan Bashah..:)

Nampak tak Peringatan 5S kat atas monitor pc aku tu?
Hari persijilan dah nak dekat..
3 Julai nanti.
Dahla time tu ramai PT yang takde sebab amik exam KPSL.
Aku?
Dah 3 tahun aku tak berkesempatan nak amik.
Tahun pertama lepas confirm, aku berpantangkan Dani.
Tahun kedua, aku calon tercicir.. huwaaa..
Tahun ketiga, aku tak isilah borang tu sebab examnya bulan Mei.
Sekali bila tarikh tutup dah lepas, boleh dia postponed exam ni ke bulan Julai.
Insyallah tahun keempat baru dapat amik kot.
Moga-moga sekali amik terus lulus dan dapat naik pangkat..
Amin.



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Andai duit hinggit boleh berkata-kata

Suatu pagi yang hening bertemulah duit satu hinggit dengan duit lima puluh hinggit. "Amboi.... ceria nampak ? hari ni ada rancangan nak pegi mana?" Tanya duit satu hinggit.

Lima puluh hinggit menjawab ” Aku nak  pergi merata tempat. Cadang nak shoping kat Tesco pastu pergi stadium tengok bola..atau nak beli tiket nengok wayang.....kamu pulak macam mana satu hinggit??

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, “Hmm..biasa lah..
Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau…"

Bayangkan diri kita..tak kisah nak berbelanja besar kat pasaraya atau tengok konsert hiburan tiket mahal pun tak apa janji seronok, tapi kalau nak derma lima ringgit ke..? atau sepuluh ringgit ke..? dan-dan kena pakinson asyik-asyik sejak 20 tahun lalu satu ringgit saja tak pernah naik-naik.



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Adab dan Petua ketika makan untuk dititipkan pada anak-anak




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Dani & Zara


Sweet je tengok budak berdua ni tido. Mula-mula Dani mengamuk sebab Zara amik tempat dia. Pastu dah lama-lama tu, bila nak amik Zara taruk tempat lain, dimarahnya kite balik. Tak bagi angkat. Main-main ngan Zara then tertido. Zara pun tertido.. Alahai anak, cair hati bonda tengok kamu berdua ni.. Sayang banyak-banyak..:)



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Ayat power seekor anjing...

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa ?
ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!”.
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh
disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg
sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh
suci sekalipun di samak.




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Berita Harian Online | Gempa bumi kuat gegar utara Sumatera

Berita Harian Online | Gempa bumi kuat gegar utara Sumatera

KUALA LUMPUR: Gempa bumi dengan kekuatan 6.5 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia pada 12.34 tengah hari ini. 

Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam kenyataan hari ini, melaporkan pusat gempa itu terletak di 118 kilometer ke barat daya Medan, Indonesia, dan 375 kilometer ke barat daya Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Menurut jabatan itu, gegaran dirasai di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan. - BERNAMA

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Give Away 3rd Anniversary



Jom join GA ni...

Syarat-syarat penyertaan :  (aku copypaste)


5.Sila tag 10 orang & pastikan mereka tahu akan contest ini.
6. Sila masukkan url link anda di comment entry ini
7.Tarikh tutup pada 3/7/2012


Aku nak tag :

1. Jivebumz
2. joelleslie & CGL
3. http://azatiesayang-contest.blogspot.com
4. Blog Sue Echan
5. it's
6. Daily Journey Of My Life
7. erti kehidupan....
8. Kas!hku Insy!rah
9. Aku Insan Biasa ...
10. Adieyza


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

update

Nak update sket pasal entry semalam yang hectic life tu.

Terlupa nak share.

Enady aka husband ku itu bukanla tak tolong satu ape pun kerja rumah. Means bukanlah dia duduk bersenang lenang dan aku sibuk uruskan rumahtangga. Tidak.. Dia adalah orang paling rajin mengemas. Yang selalu dok kemas rumah tu adalah dia. Aku? Dua minggu sekali kot baru aku sapu sampah, mop lantai, susun itu susun ini. tapi bila dia rajin, so, rumah aku akan 24 jam nampak kemas. Kecuali kereta-kereta mainan Dani yang sangat bersepah itu sampai kadang2 aku terpijak lalu patah dan Dani menangis. Haha. Tulah, sape suruh letak merata. Sakit wooo bila terpijak mainan Dani. Aku pun berlakon menangis jugak. Diamlah dia. Sambil dok termenung tgk car dia yang patah. ngehngeh..

Sampah atas lantai, susahlah sikit nak ada. Kecuali bahagian dapur. Yang itu memang dia surrender. Plus dia malas nak kacau tempat aku masak. Takut nanti dia susun-susun, tiba2 bila aku carik barang tu, barang tu takde. Hehe.. Dia kalau mengemas, memang takkan jumpa dah mana dia letak. Tu kalau kita carik sendiri la. kena tanya dia, mane dia letak barang tu.

Habis.

Dan pagi ni, aku rasa pagi yang busy antara pagi2 yang lain. Haha. Kisahnya begini..

Malam tadi Ijai ngan wife datang. Aku tak tau dia nak datang dan aku dah masak nasi 3 pot. Eh, dia ada call tapi aku tak angkat sebab hp ntah ke mana kalau aku dah balik umah. Ijai datang bawak baha2 nk masak mee. Makanya, nasi yg dh masak tu cadangnya nk buat nasi gorenglah pagi ni.

Kunci jam pukul 5 pagi. Bila berbunyi, rasa awal lagi. Plus Zara pun tido lagi. Snooze kan dulu 10 minit. tak lama lepas tu Zara bangun. Susukan dia jap. Dan dia sambung tido balik. Aku bangun dan teruskan kerja-kerja.

First, susu Zara. Susu Zara yang dah dicairkan masuk dalam botol. Pastu, Dani pulak terbangun. Mandikan dia. Dani dah biasa mandi pagi2. Sejuk pon takde hal. Dani dah siap2 mandi, bagi dia susu dan tgk tv. tup tup dia tertido. Aku pulak mandi then solat. Then pergi dapur, siap2kan bahan nk buat nasi goreng. Kejut Enady suh bangun. Sambil masak sambil aku pakai baju. Pagi ni carik baju yang tak payah iron. Beg baju Zara n Dani tu malam2 sebelum tido aku dah siapkan. Nasi goreng dah masak ngam ngam kul 7 pagi. Ada masa 30 minit lagi tu aku basuh pinggan, kemas umah sket2 susun mainan Dani.

7.05 pagi, Zara bangun. Poo poo rupanya. Alang2 mandikan sekali lah. Anak dara tu pun aku biasakan dia mandi air sejuk je. Mula2 dulu memang dia menjerit kaw kaw bila kena air sejuk. Lama-lama dia ek ek sket je. Ibu kata elok untuk tumbesaran tulang baby. Cepat tegaplah. mandikan n siap2kan dia. 7.20 pagi dah bukak pintu semua. Kejut Dani yg tido tadi. Semua dah siap 7.30 pagi turun bawah.

Perghhh! Berpeluh sikit bila laju2 buat keje. Tapi puas hati bila semuanya teratur. Hantar Zara kat BS pun dah siap wangi. Seronok je rasa. Dani pun aku sempat suap makan nasik goreng tu sebelum dia masuk school.

ok entry nak cepat. Dah lunch time. babai.
♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Wordless Wednesday #22




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hectic Life!

Hai semua.

Bersiaran dari tempat kursus yang sejuk beku. Tingkat 8. Blok Selatan. MOF.

Tadi baru je baca blog HJ yang citer dia pasal life dia yang hectic bila dah beranak dua. Aku hampir menjadi seperti dia. Sebab Blog HJ yang dah 1 week terbiar tak berupdate pun aku baru baca hari ni occay.. Haha. Kalau tak, asal HJ update je aku dah baca dulu.

Baca blog dia, seakan aku adalah dia. Sama! Tak sempat nak kencing. nak berak. nak buat susu. nak masak. nak keluarkan ayam. nak sidai kain. hahaha.. memang supermak sungguh! Kalau kau seorang yang tak cekap dalam menguruskan rumahtangga, bakal susahla hidup anda bila sudah beranak dua. Semuanya harus cepat dan tangkas. Kalau ada mesin pengira speed macam yg dalam game Lee Chong Wei vs Lin Dan tu, boleh kira kot kelajuan aku berlari dari dapur nak ke bilik nak balkoni. Nak berkejar berlari Dani nak itu nak ini, Zara menangis pastu senyap pastu tiba2 nangis balik. Aduhaiii..Tapi sangat puas bila sampai kesudahannya, walaupun akhirnya aku melepek depan tv. Haha.

Baru-baru ni, aku ngan Enady selisih faham sket pasal tak puas hati dalam urusan menjaga anak. Kisahnya, bila anak-anak tido, then dia kuar g mancing. Kuar jam 4 petang. Sebelum Maghrib dia balik lah. Katanya. Sekali dah lepas Isya' lom sampai-sampai lagi. Aku sedia maklum, dia kalau dapat memancing memang lupa anak bini. Serius. Aku selalu makan hati ngan dia kalau bab ni. Dah Maghrib anak-anak semua dah bangun. Luckily, masa aku mandikan Dani, Zara tak menangis. Dah siap2 mandikan Dani dan aku sekali mandi n selesai Maghrib, anak-anak mula cranky. Aku dah msg Enady suh balik. Katanya 10 minit, dah habis 10 minit. 10 minit lagi. Berlarutan sampai sejam. Mau aku tak jadi HIJAU. Mulalah start bermsg msg. Ayat yang buat aku bergenang airmata " Anak-anak pun tak boleh nak handle". Aku tak bls msg tu. Aku diam je. Dalam hati aku berdoa, semoga satu hari nanti dia akan rasa apa yang aku rasa.

Alhamdulillah. Doa aku diperkenankanNya. Pukul 5.30 pagi tadi, Dani terbangun dan dia cakap "dede dede" Maksud dia, dia kencing. Pampers dah melayut. Memang kebiasaannya, Enady yang bangun akan setelkan kalau aku tengah menyusukan Zara. Dah lama-lama tu, Enady masuk bilik then dia tutup pintu. Dani menangis-nangis kat luar bilik. Aku terkejutla. Dan cakap, nape buat anak macam tu? Terus aku amik Dani, bukak baju dia, mandikan dia. siap2kan dia. Then dia dah senyap n minum susu sambil tengok tv. Aku fahamlah, Enady takboleh nak handle lah tu. Aku pulang paku serpih balik. "Haaaa, anak sorang pun tak boleh nak handle kan? Rasa tak macam mana mama rasa hari tu? Mama handle dua orang lagi" Dia diam je.

Bila anak-anak masih kecil lagi, hubungan suami isteri ni memang kena padu dalam menguruskan rumahtangga. Aku faham minat dia. Tapi berpada-padalah. Anak-anak kecik lagi kot. Kalau anak dah besar sikit, lantak pilah nak mancing sampai kul berapa pun. Anak-anak tak reti tak faham apa-apa lagi kot. Yang taunya nak mama n papa ada depan mata. Jenuh aku tipu sunat, cakap papa pegi work. Tapi tak berkesan. Dani tau kot papa dia bukan pegi work. Haha.

Komunikasi sangat penting. Kalau out dua-dua, silap-silap boleh berantakan rumahtangga.

Aku nak citer pasal lain tadi sebenarnya, dah tercerita pulak pasal ni.

Aku dah masuk minggu kedua bekerja. Belum lagi berjaya setel down masa nak pegi kerja dan balik kerja. kalau time cuti, memang tip top. Hari bekerja, masih terkejar-kejar lagi masa tu. Doakan aku akan cepat setel down benda2 ni ok...

Cerita aku kat atas tu, cerita experience aku untuk share ngan korang.. Bukan niat nak aib sesapa ok..

Chill!





♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

3 bulan Zara!



Hepi 3 months Zara!

dah selesai pun dapat jab untuk 3 months hari tu.

Berat : 5.9kg
Panjang : 60cm
Lilitan kepala : 39cm

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Kursus.

Seminggu yang busy.

Mungkin blog akan terabai buat sementara waktu..

Jaga diri korang bebaik..




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Video : Sudaahhh Cukup Cukup Sudahhh..


Dani memang gemor sangat ngikut apa yang berlaku kat sekeliling dia. MakYang dia nyanyi pun dia leh folow. Tapi version dia lah kan..Cakap tak berapa nak betul lagi.

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Wordless Wednesday #21 - ABANG DANI





♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Pegi klinik

Entry autopublish.

Pagi ni aku bawak Zara pegi klinik untuk check up 3 bulan. Kena cucuk yo! Harap-harap dia tak demam cucuk kali ni.


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Cyrus Dzulqarnain turned to 2 + Atiya turned to 1

Firstly, thanks Ana (aku dah biasa panggil Miera ni Ana) coz jemput aku n family. Dari ko war-warkan dulu, aku memang dah set yang aku nak sangat pegi. Sebab tahun lepas aku tak dapat pegi. huhu. Ade hal apa ntah aku tak ingat.

So, Ahad tu plannya. Kul 2 nak g umah Ana then kul 4 nak g umah cousin aku, Ain. Bufday party anak dia jugak, si Atiya.

Ntah macam mana plannya ke laut. Oh ye, gara-gara semua tertido lepas makan nasi lemak berhantu aku pagi tu kot. Haha. Ingat kul 12 nak siap2 lah. Sekali kul 1 baru semua bangun. Kelam kabut sikit. Last-last sampai umah Ana kul 3.00 lebih2 sikit.

Sampai-sampai, dah ada Ena n Dayu. Ena dah repeat berapa kali ntah. Dayu baru kali kedua. Dayu terus war-warkan aku Charkuewtiau Uncle Man tu. Sedap gilosss! aku nak repeat, tapi aku malewww.. hewhewhew.. =p

Aku makan-makan then sembang-sembang. Dayu mahu mengundurkan diri sebab dia mau ke IOI Mall katanya. Nak layan Madagascar. Then Ena teman aku makan lagi. Eh teman merangkap tolong pegangkan Zara sekali. Hehe. Tq Ena n hubby..:)

Tak lama lepas tu Izza datang. Ngan hubby dia. First time jumpa ngan Izza, sempat aku bisik kat Ana, tanya Izza ke tu? haha. sori Za, tak cam sangat lah. Izza makan-makan then balik.

Tinggal aku sorang. Eh ade la orang lain tapi aku tak kenal. Aku dah janji ngan Kak Ila aka Jivebumz nak pegi party Cyrus ni. Aku sampai awal. So, menunggulah kami. Sekali Kak Ila ckp dia lewat sikit. Tunggu jugakla sebab nak pegi umah Ain sesama pulak.

Lama jugak tunggu. Dani dah ngamuk-ngamuk. dani tu bukan boleh, dia jenis cepat boring. sejam je tahan kalau pegi mana-mana tu. Lepas tu confirm akan sakit jantung dengan perangai dia. Apa lagi, papa diala yang setelkan. G bawak masuk dalam kete. Pasang aircond. terus senyap. Aku? Aku menunggu la kat bawah khemah tu ngan Zara. Sempat gak makan apa-apa yang patut lagi. haha. mane tak gemuks.

Dalam kul 5 Kak Ila sampai. Makan sekejap then terus gerak umah Ain kat Jenjarom nun. Nak dekat Maghrib baru sampai umah Ain. Kek pun dah habis. Huhu. tak dapat makan bufday cake Atiya. Gambar pun nan adolah nak ditempek. Setel solat Maghrib, memasing balik umah sendiri.

Hehe.

Lastly, thanks Ana n Ain. Jangan lupa jemput lagi tahun depan. :)

With Dayu n Ena


Ensomi sibuk melayan Dani main buble



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

First day bekerja

Assalamualaikum..

Kembali ke opis aku hari ni. Yuhuuuu, setelah puas bercuti  bulan. Puas ke? Hehehe, Kalau tanya bab puas, memang tak puas. Rasa nak jadi SAHM je. SAHM = Stay At Home Mom. Jaga anak kan..Lagi best! :)

Aku bangun seawal 5.30 pagi sebab Zara bangun nak menyusu plus breast aku dah membengkak. Buat tandemlah. Alhamdulillah 4 oz. Pastu Zara sambung tido, aku takleh nak tido dah. Mandi dan solat then baru kejut Dani mandi. Haha, kesian dia. dah start pegi school hari ni. Nasib baik dia tak meragam. Kejut dan cakap kat "Dani, bangun. Jum g jalan naik car" Automatik ok, terus bangun dan cakap "Jums" haha. gud boy anak mama.

Hari ni pergi kerja ensomi hantar. Banyak gile barang nak kena bawak. Aku je dah 2 beg. Beg susu + handbag. Dani 2 bag gak. Bag baju dan beg bantal2. Zara 3 bag. Bag susu + bag baju + bag bantal n tilam. Tu diaaa... Haha. banyak kan. tp tu hari ni je lah. Esok lusa dan seterusnya aku tetap 2 bag, Dani 1 bag dan Zara 2 bag.

oklah nak balik dah. nak amik anak2 kesayangan. tata..

 oh lastly, nah gambar zara pagi tadi ngan gambar aku hari ni first day kerja... nyenyak dia tido sampai umah bs. :)



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Video : Zara sembang-sembang ngan Maksu

Atas permintaan Yun, aku upload sini video Zara dok sembang ngan Maksu dia.. Dah last-last video tu tak berapa nak dengar sangat suara Zara sebab suara abangnya dok menyibuk.. Sempat lagi cakap masa last video.. Zara!. haha..



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

3 tahun


Syukur alhamdulillah....

Sudah menginjak ke angka 3. 3 tahun sudah usia perkahwinan kami pada 07 Jun yang lalu. Alhamdulillah juga kami dikurniakan anak-anak yang comel dan bijak. Dani dan Zara.. Mama and papa love both of you so much. Nyawa kami berdua.

Ya Allah, Kau peliharalah hubungan ini sehingga ke akhirnya. Kau peliharalah juga anak-anak kami dan jadikanlah mereka anak yang soleh dan solehah.

To my hubby, thank you for loving me always, jaga mama, lindungi mama, kasih mama, cinta mama, sayang mama dan semua-semuanya lah. Mama sayang papa selamanya!

Dah, taktau nak buat ayat jiwang apa. Kami tak celebrate pun. Wish je cukup. Kek-kek tu nanti lah. Tunggu bajet lebih sikit..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Wordless Wednesday #20


guddddddddddd..
=p


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Pulang ke Putrajaya

Hari Ahad lepas Maghrib, kami pulang ke Putrajaya. Setelah 2 bulan seminggu menghabiskan cuti bersalin  bulan. Now, giliran rumah mertua pula.. Menghabiskan seminggu lagi cuti yang tinggal..

Penuh satu kete dengan barang2 aku n bebudak tu. Mujur space untuk susu pun ada..:)


Stok susu yang kali ketiga aku bawa pulang. Tak sempat nak kira berapa aunz..


 Pinjam Coolman ayah untuk bubuh stok susu tu.. Mujur muat..:)


Abang and adik. Abang sekejap je dah lena..


Kantoi pulak gambar Old Town tu. mase ni g Drive Thru McD kat Teluk Intan nun.. Teringan foldover katanya. haha.. Pau hubby belikan.. tq sayang.

Sampai Putrajaya kul 11.30 malam. Apa lagi, suh KakYang turunlah tolong hangkutkan barang2.. Esoknya kul  4 petang, gerak balik Pahang...

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Update milestone Zara 2 bulan

Mase ni update Zara masa 2 bulan.
Pandai senyum-senyum.
Bersembang bila kita ajak sembang.
Suka membebel.
Nanti aku update milestone dia yang terbaru.
Aku ketandusan internet selama 5 hari ni..
Huhu..






♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Jumpa doktor review sebulan


Citer lama lagi.. rugi tak update sini..:)

Prosedur baru, bila dah sebulan bersalin, kita kena jumpa ngan doktor untuk doktor review. Time sebulan je. Lepas tu dah tak payah g jumpa doktor..

Jumpa doktor, doktor check semua kondisi baby.. dari atas sampai bawah. Siap doktor tu bersenamkan si Zara..Memang terbaiklah KK Kg. gajah!




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

First time jumpa


Hoyeh hoyeh... hai korang..! Baru leh on9 sebab dok langgan maxis broadband RM8 sehari ni... Aku masih di Jengka. Dijangka akan pulang pada Isnin depan..:)

Banyak sangat cerita nak share..Ni salah satunya.. Bertemu dengan rakan maya. huhu.. sebelum ni dok sembang dalam alam maya je..Tak sangka nak jumpa jugakkan..Intan bertandang ke umah mak aku kat Kg. Gajah nun. Seb baik sempat jumpa.. kan petang tu kitorang nak balik Putrajaya..:)

Hai Intan and family..:)

Tq ek sudi datang rumah..Akhirnya dapat jugak jumpa Khalish ngan Jaz. Dua-dua peramah. So, sekejap je dah ngam dua orang tu ngan Dani. Plus Dani pun memang suka berkawan. Sesapa datang umah pun, Dani memang cepat mesra ngan orang..



Baru dapat tau, abang Khalish warded ek..Kena amik neb. Semoga Khalish cepat sembuh k..


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Girl's Trip : Pulau Perhentian Part 1

Hai hai hai uolls... Lama sangatttt tertangguh entry ni... ahkak busy dik non. Busy macam-macam hal lah. Hari ni baru dapat bukak folde...