Puasa ke-6 + Breastfeeding + Bonus Raya = Alhamdulillah

Salam Ramadhan ke-6 kawan-kawan..:)

(Aku ni murah senyuman, so, tiap kali tulis blog mesti aku nak senyum aku akan tulis ni :) kat penghujung ayat..:) Senyum lagik!..)

Alhamdulillah dah masuk hari ke-enam kita berpuasa. Dan aku alhamdulillah juga masih berpuasa pada hari ke-enam. Takde tuang-tuang lagi.. Harap-harap sampai sebulan lah. Dah lama tak dapat puasa penuh. Dua kali mengandung time puasa, memang aku lembik.

Alhamdulillah lagi Zara masih breastfeed dan susu badan still stay the same. Takde penyusutan. Sebab aku tengok Zara minum lepas tu tertido. Kenyanglah tu. Bila aku pump pun, masih sama. Tapi jadual pump dah larila bila Zara start dok kat taska ari tu. Subuh aku pump. Tandem la sambil Zara menyusu sebelah. Selalu dapat 4-5oz. Pastu pegi kerja dan hantar dia kat taska, susukan dulu bagi dia tido baru aku naik atas kerja. Then sementara nak tunggu 12.30 lunch hour, aku bekalkan susu EBM 3 oz. Pukul 12.30 tengahari turun taska pegi jenguk anak-anak, susukan, main2 dan pukul 2 tidokan dia then naik atas balik. Kalau dia taknak tido, tinggal ajelah sebab dia tak menangis. Nak tunggu pukul 5 petang waktu balik keje, aku tinggal lagi 3 oz stok susu EBM. Balik rumah, lepak2 dan selesaikan apa yang patut, pukul 8 atau pukul 9 malam aku pump lagi. Tandem. Dapatlah 4-5 oz jugak. So total susu EBM yang keluar masuk adalah keluar dr freezer 6 oz, kadang-kadang aku bagi 8 oz, masuk freezer utk bekukan 8-10 oz.

Secara ringkas,

Pump jam 6 pagi = 4-5 oz
Stok EBM pagi = 3 oz
Tengahari = direct feeding
Stok EBM petang = 3 oz
Pump jam 8 malam = 4-5 oz

Jadinya aku guna stok EBM hanya 6 hingga 8 oz. Dan aku topup balik susu EBM tadi 8-10 oz. Masa bulan puasa ni pun sama. Alhamdulillah. Petuanya jangan skip sahur. Dan sahur tu wajib makan nasi. Kalau tanya, tak lapar ke siang2 tu masa baby menyusu? Insyallah setakat ni tak rasa lapar yang kronik lagi. Harap-harap sampai akhir Ramadhanlah susu aku akan maintain macam ni.. Syukur rezeki dari Allah untuk Zara. Terpaksalah lupakan dulu hasrat untuk kurus insyallah selama 2 tahun ni. Anak-anak tu lagi penting..:)

Setel cerita pasal breastfeeding.

Semalam lepas berbuka dan solat Maghrib, lepak-lepak depan tv ngan anak-anak. Dok layan Dejavu tu lah. Terus tengok berita sekali. First tajuk je aku terkedu. Alhamdulillah alhamdulillah. Rezeki nak raya ni.. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih PM. Bonus setengah bulan gaji. Dapatlah anak-anak aku beraya tahun ni. Kalau tak aku ingat baju raya dorang pakai je baju yang ada sebab baju Dani masa kenduri Ijai hari tu still baru lagi. Baju Zara pulak baju gaun ngan baju2 rompers ada yang tak berpakai lagi. Sayang nak pakai so, aku simpan buat baju raya. Lagi pun mood raya aku tahun ni tak berapa nak ada la.. Order kuih raya pun aku order sikit2 je. Sebabnya aku anak beranak je yang akan beraya kat kampung. Papa dorang tak dapat cuti. Cuti raya pertama je. Raya kedua dah kena kerja. Sepatutnya turn tahun ni beraya kat Pahang. Tapi dah jadi macam ni, Enady suh aku ikut adik aku Ijai atau Anep balik kampung nanti. Aku nak drive sendiri dia tak bagi. Risau kang tengah2 drive anak-anak menangis. Tak ke haru.. Tapi bagi aku, aku ok je.., Dorang menangis aku berhentilah kat RnR mana-mana. Last-last dengarlah cakap suami tu. Muktamad aku balik ikut adik2 aku je.. Sedihnya beraya tanpa suami. T_T 

Yang seronoknya pulak, tahun pertama Zara beraya. Wahhhh, mesti aku tak menang tangan pagi-pagi raya tu nak kejut dorang mandi sunat hari raya. Mesti meriah dengan jeritan aku, "Daniiiii, bangun mandiiiii. Jom kita pakai baju melayuuu".. Sebut pasal baju melayu, Dani punya baju melayu belum beli lagi. Baju kurung Zara Ibu jahitkan.. Mesti cun lah Zara pakai baju kurung kan... Eh, puasa pun baru 6 hari.. =p


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

2 comments:

Yantieazan said...

harap kite punya production pun maintain la smpi akhir ramadhan ni..senang je kn nursery anak2 dekat dgn office..;)

antalya said...

ala pakai kan la baju kurung kt zara. sure comel kecit2 berbaju kurung

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...