Ada budak kuat mengamuk

Perangai lama si adik, Zara datang balik dah.. Aku rasa lama dah aku tak dengar budak tecik ni nangis lama pastu merampus-rampus. Tau merampus tu apa? Mengamuk la lebih kurang..

Hai la anak. Kadang hilang kesabaran aku ni. Hilang sabar aku paling teruk pun aku pun jerit sekali je. Haha! Kalau malas nak layan pun, aku masuk bilik selak baju, sua nenen terus senyap. Nak bergayut je setiap masa. Lotih mak!

Padahal sebelum tu dah bagi gayut lamaaaaaa sangat. Bila dia dah kenyang, dia bangun sambung main. Main-main pusing-pusing ngan abang dia, singgah jap nenen. Tak sampai 3 saat kot, sambung main balik. Pastu stop nenen lagi. Ko ingat mak ko ni ape Zara? Palm oil station? Boleh main singgah jalan singgah jalan plak.. #geram dalam tangisan.. T_T

Paling aku tak boleh tahan, bila aku ke dapor setelkan keje2 dapur. Masa tu lah dia dok menangis melalak sambil tarik-tarik baju aku. Tarik seluar. Kadang sampai terlondeh pun ada.

Harap-harap perangai dia ni takdelah berpanjangan. Memang stress rasa! Bila stress, telan B Complex la!..:)

Nah ada video kat Keek ni untuk tatapan korang. Tengoklah tu budak mengamuk!






♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
Post a Comment

Girl's Trip : Pulau Perhentian Part 1

Hai hai hai uolls... Lama sangatttt tertangguh entry ni... ahkak busy dik non. Busy macam-macam hal lah. Hari ni baru dapat bukak folde...