Cerita balik raya dan malam raya

Selamat Hari Raya uolls.. haha.. lambat update citer raya.. Takpe, still raya lagi kan..:)

Tahun ni best sebab beraya berempat dan berayalah kami suami isteri. Tahun lepas tak dapat nak raya sama sebab en.ady keje. Tahun ni dia dapat cuti 4 hari. tambah lagi 2 hari. So 6 hari lah.. nak ikutkan adil.. kami decide nak balik kampung kat Pahang 3 hari, kat kampung Perak 3 hari.

Bertolak balik raya dari Putrajaya jam 4 pagi. Jalan memang clear lah. mata segar bugar sebab mandi. Tapi bila dah sampai Temerloh, mulalah mata layu.. nyaris nak accident. So, benti jap kat RnR Temerloh.. Kitorang bersahur kat Tol Gombak..

Sampai Jengka kul 8 pagi kot..

Rehat jap then sembang ngan mak abah lepas tu terus buat kerja dapur. Menu 1 Syawal ialah rendang rusa ko.. hebat kan fil aku.. haha.. rendang rusa, kuah lodeh n nasi himpit. Cukuplah kami sekeluarga. Yang ada mak abah family aku, ngan adik ipar bujang. sunyi sket tpi sebab ada Dani n Zara, riuh jugak jadinya..:)

Malam raya, memang perang bunga api kat Felda jengka 17 ni.. Dah macam pertandingan bunga api dah.. Kitorang lepak luar n tengok je lah.. ptg tu ada pegi bazar ramadhan Bandar Pusat Jengka jumpa bunga api n mercun pop. Belilah sket utk budak ni main. Bagi dorang meriah sket raya dorang..:)




Juadah hari last berbuka.. sedappp..:)






 ♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...