Rasa Utara @ Galeria, Putrajaya

Lunch tadi sempat makan dengan anak buah yang bersemangat tinggi, Zana Adieyza kat Rasa Utara, Galeria. Galeria ni kat Presint 4, Putrajaya. Sebelah DCA. Jabatan Penerbangan Awam.

Rasa dia so so je. Xdela sedap tersangat2 mcm kat warung bunian tu. Haha.. nanti nak repeat. Cuma tempat dia comfortable la klu utk makan sambil discussion. Aha! Tadi discussion hala tuju bisnes part time aku n anak buah aku te ler...seronok!. Makan2 sembang2 gelak2. Pastu sesi mengenang time mula2 buat bisnes dulu... sama2 dah rasa susah payahnya... tp xbermaksud skrg dh senang. Kena usaha lebih gigih lagi utk last stage..baru boleh senyummm..

Aku order ayam kari kapitan. Aku igt kapitan ni ala2 mamak.. kes xdpt makan kat restorang kapitan, penang. Aku terkenang2 smpi la ni..tp lain la.. hurmm potong selera. Tp aku ngap je. Set dia datang ngan nasi, sayur kobis, sayur kacang panjang masak lemak, sambal belacan. Pastu aku order cendol. Manis sangat. Xhabis makan pun.

Oklah. Nanti klu ada masa nk try mihun tomyam dia n soto. Sedap ke tak..

Sekian.

Adik jadi tukang gelak









♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Cerita abang Dani



Abam abam..
Kelmarin buat mama naik hantu...tup tup semalam sepasang baju dia mama beli... mama marah sebab mama sayang tau abang, bukan sebab mama benci. gilo ke hape nk benci anak umur 3 tahun?

Teringat pasal semalam...

Dia main tab. Dia bukak apps 123. Elok jela dia ikut one two three four five six. Pastu sampai seven, dia kate,

"eh, tak baik!"

mula2 aku tak heran.. lama2 bila asyik sampai seven je dia kate tak baik la! aku jadi heran.

Aku tgk gambar seven tu xde ape pun..

Sampaila semalam...

Haha, mesti tersenyum bila aku teringat.

Dekat lif. Dani tunjuk button no. 7 tu. Pastu dia kata, "mama, sebok. tak baik kan mama"

Hahahahahahaha, baru lah aku dapat tangkap....

Dia tak clear omputih tu cakap seven dalam apps 123 tu.. Dia ingat omputih tu cakap sebok! Dani ni dah cerdik sket, aku marah zara, mesti dia cakap mama, tak baik. Haha, terkena balik kat mama yer abam. Memang selama ni aku ajar dia, sebut sebok!, tak baik, kalau org cakap bodoh ke ape, tak baik tau abang. Adik lepuk abang, dia cakap tak baiklah adik.

Abam abam..kadang pening kepala ngan abam dani ni... dah pandai menjawab.

Abang, amik botol susu adik..
Kejap la..
Abang, amik kan pampers adik..
Jap, abang nak main.
Amikkan remote.
Jap, abang nak tido.
Amikkan bantal.
Jap. Eh, abang tak larat. Berat.

Adoii..Nangeh mama...


Disebabkan dah cemerlang takyah pakai pampers dah bila nak buang air, aku belikan ni untuk dia try poo poo kat tempat yg sepatutnya. Sehingga ke hari ini, belum berjaya seketui pun poo poo dia masuk dlm mangkuk tandas.

Dia cakap..

Mama, tak de. Tp abam sakit perut.

Lalu kat lubang bilik airlah jawabnya...Takpe, slow slow...

Sekian..


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Artwork Dani

buah pear warna purple n pink?? T_T

Kat taska cikgu2 tampal artwork anak2 kat ruang legar..
Terima kasih cikgu-cikgi..:)



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Check up Zara 21 bulan

 Genap 21 bulan Zara hari ni..
21 bulan bersamaan dengan 1 tahun 9 bulan.
Alhamdulillah, perkembangan yang bagus...
Kesihatan yang baik.
Cuma ada light selsema yang tak baik2...
Berat dah 11kg...
Tinggi xde pulak nurse tu ukur tadi..

 ni gambar pagi tadi. dia hulur hp aku dan cakap
"ma, amba amba..."

Haha, suh amik gambar rupanya..
dah amik, pastu dia cakap lagi
"ngok ngok..."

ooo Tengokkk..

Besar dah anak mama ni...
Dah tunjuk taring dah.., kuat merajuk ni..
ikut perangai sapelah kan.. hahaha...
dapat merajuk kat mama, maaf la yer, lambat sikit mama nak pujuk..
kalau kat papa, cepat je papanya pujuk..
anak bapak.


Masa pegi check up tadi.
Tengokkk tu,
elok je duduk ngan papa dia
kalau ngan mama, resah gelisah je dia nak turun.
xnk dipangku..



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Penang! Kami datang! :) - Part 1


Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat aku dan adik2 untuk bawak ibu ayah g bercuti sama2. Walaupun banyak jugak halangannya at first. Tapi kata orang, bila niat ikhlas tu nak menggembirakan hati ibu ayah, semuanya dipermudahkan..:)

Dah lama plan. Tapi bulan 10 hari tu baru decide nak pegi bercuti ke Penang. Carik tarikh yang cun n pastu survey hotel. Bab hotel ni mmg aku yang handle. 


Hotel / apartment :

Survey punya survey, aku mmg carik yang budget sket sebab nak tido bermalam je pun..aku carik apartment yang ada 3 bilik. Weekend memang full lah. Terpaksa amik week days. Alhamdulillah, dapat gak carik 3 bedrooms. Aku book kat Sri Sayang Apartment, Batu Feringghi. Rate dia RM248 satu malam. Memang nak carik yang kat area pantai. Adik aku si Ijai tu nak sangat naik Banana Boat.
Condition apartment tu oklah bagi aku. Walaupun aku expect lain, yang adanya lain. Hurmm, pejam mata saje. Contohnya, dalam gambar ada kettle electric, tapi bila sampai hanya cerek air masak kat atas dapur gas je.. Haha.. Sabar je lah. Kalau tau, aku hangkut dah kettle aku. Ada anak kecik ni, paham2 je lah kan.. air panas memang sentiasa kena ada.


Kul 7.30 pagi gerak dari umah Teratak Ayahbonda. Aku malam tu dah sampai Kg. Gajah dah. Sampai kul 1 pagi.

Suka beno la jelir lidah si adik ni. Gatal gusi aku rasa..Memang nampak ada gigi2 dia yang nak tumbuh lagi.


Ni dah sampai kat Butterworth. Decide nak naik feri. Ayah nak merasa naik feri..:) Lama gak tunggu. Adela dalam setengah jam..


 Complete! Family kecik kami..

 Angin kuat sangat masa ni.. tu yang tudung habih kembang2 tu... Rambut Zara berterbangan. Rambut papa dia je keras kejung.. haha sebab pakai wax. Bolehla kan...

 Cuaca kat Penang masa ni, ok la. redup je. Tak terik..

 Hikhikhik.. bagi can la mama ngan papa nak beromantik2 jap yer anak2..:)



 Ibu n ayah..:)

 Complete! Keluarga besar Uzir..:) Icha tak nampak pulak..

Anep, ibu n Zara. Teringat lak si Naurah anak Ena tu bila tgk Zara buat mulut mcm ni.. Sama kan Ena..:)

 Kakyang kata muka Ibu tu macam muka aku.. haha.. same ke?


Hahaha, berterabur semua rambut..

Sampai Penang dalam kul 11.15 pagi. Tunggu feri + naik feri.. gedebak gedebuk sampai Pulau, kul 12.30 tengahari. Jem sket kat town. Yelah lunch hour kan. Ingat nak g makan kat Restoran Kapitan tu, sekali parking memang nan hado lah... Terus menghala ke Batu Feringghi, carik apartment.

Lepak2 jap... Dalam kul 5petang tu, terus siap2 g pantai. Pantai depan apartment tu je.. jalan kaki.. 

Tu next yer.. sebab gambar tak tuntut lagi kat adik aku Anep..

ok.. bersambung part 2..

#aku refer Reena's Online untuk cara2 nak naik feri ke Pulau Pinang.. Haha.. sangat membantu.. thanks..:)



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Girl's Trip : Pulau Perhentian Part 1

Hai hai hai uolls... Lama sangatttt tertangguh entry ni... ahkak busy dik non. Busy macam-macam hal lah. Hari ni baru dapat bukak folde...