Penang! Kami datang! :) - Part 1


Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat aku dan adik2 untuk bawak ibu ayah g bercuti sama2. Walaupun banyak jugak halangannya at first. Tapi kata orang, bila niat ikhlas tu nak menggembirakan hati ibu ayah, semuanya dipermudahkan..:)

Dah lama plan. Tapi bulan 10 hari tu baru decide nak pegi bercuti ke Penang. Carik tarikh yang cun n pastu survey hotel. Bab hotel ni mmg aku yang handle. 


Hotel / apartment :

Survey punya survey, aku mmg carik yang budget sket sebab nak tido bermalam je pun..aku carik apartment yang ada 3 bilik. Weekend memang full lah. Terpaksa amik week days. Alhamdulillah, dapat gak carik 3 bedrooms. Aku book kat Sri Sayang Apartment, Batu Feringghi. Rate dia RM248 satu malam. Memang nak carik yang kat area pantai. Adik aku si Ijai tu nak sangat naik Banana Boat.
Condition apartment tu oklah bagi aku. Walaupun aku expect lain, yang adanya lain. Hurmm, pejam mata saje. Contohnya, dalam gambar ada kettle electric, tapi bila sampai hanya cerek air masak kat atas dapur gas je.. Haha.. Sabar je lah. Kalau tau, aku hangkut dah kettle aku. Ada anak kecik ni, paham2 je lah kan.. air panas memang sentiasa kena ada.


Kul 7.30 pagi gerak dari umah Teratak Ayahbonda. Aku malam tu dah sampai Kg. Gajah dah. Sampai kul 1 pagi.

Suka beno la jelir lidah si adik ni. Gatal gusi aku rasa..Memang nampak ada gigi2 dia yang nak tumbuh lagi.


Ni dah sampai kat Butterworth. Decide nak naik feri. Ayah nak merasa naik feri..:) Lama gak tunggu. Adela dalam setengah jam..


 Complete! Family kecik kami..

 Angin kuat sangat masa ni.. tu yang tudung habih kembang2 tu... Rambut Zara berterbangan. Rambut papa dia je keras kejung.. haha sebab pakai wax. Bolehla kan...

 Cuaca kat Penang masa ni, ok la. redup je. Tak terik..

 Hikhikhik.. bagi can la mama ngan papa nak beromantik2 jap yer anak2..:)



 Ibu n ayah..:)

 Complete! Keluarga besar Uzir..:) Icha tak nampak pulak..

Anep, ibu n Zara. Teringat lak si Naurah anak Ena tu bila tgk Zara buat mulut mcm ni.. Sama kan Ena..:)

 Kakyang kata muka Ibu tu macam muka aku.. haha.. same ke?


Hahaha, berterabur semua rambut..

Sampai Penang dalam kul 11.15 pagi. Tunggu feri + naik feri.. gedebak gedebuk sampai Pulau, kul 12.30 tengahari. Jem sket kat town. Yelah lunch hour kan. Ingat nak g makan kat Restoran Kapitan tu, sekali parking memang nan hado lah... Terus menghala ke Batu Feringghi, carik apartment.

Lepak2 jap... Dalam kul 5petang tu, terus siap2 g pantai. Pantai depan apartment tu je.. jalan kaki.. 

Tu next yer.. sebab gambar tak tuntut lagi kat adik aku Anep..

ok.. bersambung part 2..

#aku refer Reena's Online untuk cara2 nak naik feri ke Pulau Pinang.. Haha.. sangat membantu.. thanks..:)



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

2 comments:

Rizziela said...

bestnya dpt naik ferry

lovely said...

mudanya ibu... macam kakak.

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...