Penang - Part 2 : Mandi manda di pantai Batu Feringghi


Sambung cerita Penang..:)

Part 1 sila klik sini..

Sampai Apartment Sri Sayang tu jam 1.30 petang. Masing2 perut dah lapar. Nasib baik kat depan apartment tu ada warung kecik untuk makan.. nasi campur. Jadiklah buat cover isi perut yang sedang lapar gila. Sebenarnya, lepas je turun dari Feri tu aku nk bawak makan kat Restoran Kapitan, tapi memandangkan time tak berapa kena, time lunch, dan jalan jem, maka terus saja lajak ke Batu Feringghi nak check in.

Dah makan. Perut pun kenyang. Check in. Dapat level 9 kot.. berhadapan dengan lautan hindi. Sangat cantek view..

Rehat jap sampai kul 5 petang. Pastu Ijai dah tak reti dok diam. kulu kilir asyik berzikir jom pegi pantai jom pegi pantai. hahaha...

Pantai depan apartment jugak.. Haha, semua depan apartment.. Memang strategiklah aku pilih tempat. Cuma nak ke bandar tu mak aku cakap pening asyiklah lalu jalan berlingkau2 kat Batu Feringghi tu. Hehe..

Jom layan gambar. First time Zara aku bawak dia mandi pantai. Dani dah banyak kali.

Ika kena kambus..


Dani suka sangat mandi pantai. sampai xnk balik. Mula2 takut, bila dah syok.. sampai tak nak naik balik.. haha









Dah nak maghrib baru reti nak balik semuanya.. Haha.. Ijai frust sebab xde banana boat..

Gambar dari kamera Anep :














Sambung part 3 nanti...

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...