Kisah benar Puan Lola & Adik OKU : Muhammad Firdaus Dullah



Kisah benar Puan Lola & Adik OKU : Muhammad Firdaus Dullah

~~~~~~~

Bismillah.

Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri,Siti Salwa diberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban..

Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa diluar mahupun Facebook friends list anda..

Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia "dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu, saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun post di Facebook....

Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola.

Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan sebagainya..sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon share" dan keyboard warrior terhadap ibunya...

~~~~~

Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak Nor ( Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus ) yang merupakan jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik Puan Lola. Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus...Walhal, keprihalan Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut...Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke Gemencheh..

Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.

Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan Firdaus berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun ( Turut berada di hospital dalam wad yang sama kerana Puan Lola ditahan ) menpunyai kondisi "Hyperactive". Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit..Masya Allah besar ujian keluarga ini.

Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan motor perubatan, menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah dan macam2 lagi dan akibat kepayahan ini, mereka hidup sekangkang kera sebagai mana anda boleh lihat dalam rumahnya yang kosong. Untuk menambah pendapatan, Puan Lola mencari dan menjual tin kosong dan juga kotak-kotak... Masya Allah.

Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput kepada Firdaus, "mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 sekalipun ?" Jawapannya senang, ya mereka teramat miskin hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu.

~~~~~

Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola, kebetulan datang dalam wad tadi bersama saya adalah seorang lelaki yang merupakan ahli NGO kawasan perumahan Puan Lola sekeluarga. Beliau pernah bekerja denga Puan Lola selama 6 tahun di KLIA dan beliau turut mengatakan bahawa apa yang masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola adalah salah sama sekali. Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan selalu kerja "overtime" untuk mencari duit lebih bagi menampung keluarga.

Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad kanak-kanak tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta sesen pun berulang alik dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga adik


Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali memanggil "Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang masih lagi diingatinya. Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus yang mana beliau kini ditahan untuk direkodkan keterangan.... Moga Allah pertemukan mereka semula dengan secepat mungkin, insya Allah.

~~~~~

Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu sepakat bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang digambarkan oleh media massa, generasi "mohon share" dan juga keyboard warrior terhadap keluarga Puan Lola.Moga Allah dapat permudahkan urusan mereka dan kita semua, insya Allah.

Tidak percaya dengan apa saya tulis nih ? Pergi lawat sendiri adik Firdaus di Wad Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun calar atau parut dera pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih sayang ibu yang bersusah payah menjaga si adik meskipun ibunya sakit dan tidak mampu...


###########


Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :


1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu adik Firdaus jika berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk mak kita kita mesti akan marah bukan main lagi dan akan membalas perbuatan terkutuk tu betul tak ? Bayangkan anda telah mencaci ibu kepada adik Firdaus yang OKU yang tidak mampu untuk marah atau membalas perbuatan anda terhadap ibunya.. Anda patut malu dengan diri anda dan segeralah bertaubat.


2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci terhadap sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah. Ingatlah Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.


Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.


3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu NGO ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan berkawanlah dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda mungkin sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai... Besedekahlah sentiasa, meskipun harta didunia kurang, harta dan pahal diakhirat berkali ganda Allah akan balas.

4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan dan belanja Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu. Kalau rumah anda ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke, kumpul dan derma kepada mereka...Kan lagi bagus macam tu. Marilah besedekah kerana semua ini amalan yang digalakkan agama Tak rugi pun kita, lagi untung ada 

5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad, but hiding the truth is even worse". Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kongsikan post ini kepada semua supaya kebenaran diketahui umum. Insya Allah hanya Allah dapat membalas jasa anda.

Walahualam.
Sekian,
Muhammad Kamal Zawari @ Asamkipas



Just Sharing. Tapi hati ni masih tak boleh nak terima alasan. Sangat susah nak terima. Setiap kali memikirkan adik Firdaus ni, hati jadi sebak... Boleh dia tinggalkan anak dia sampai badannya tinggal tulang... Mak apa yang sanggup buat mcm tu?...



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Makan Nasi Minyak Lagi Kat Pandamaran, Klang

07 Jun 2014.

Sepatutnya celebrate anniversary aku tapi en.ady keje maka kita plan lain la... Hampir terlupa ada wedding cousin kepada cousin aku ni... haha,, cousin kuasa dua ye. Adik mak aku punya anak sedara bekah husband dia kawen. Kenal rapat la dari kitorang kecik lagi. Macam tak patut plak tak datang kan... tambahan pulak tengah free. ajak kkyang. Kebetulan dia pun free, tapi keje la kul 5 petang. So, pukul 11 siap2... bebudak ni excited la dapat kuar rumah.. hehe..



Owh, terima kasih waze sebab tunjukkan jalan..:)


Dah sampai tetamu xramai lagi. So, melantak dulu dengan tenang.. takde rebut2..=p


Kemuncak acara ni.. pengantin berarak masuk..:) cousin kuasa dua aku tu yang pengantin perempuan tu... keturunan mamak. sebab makcik aku kawen ngan orang keturunan mamak... best sebab dapat tgk budaya dorang.. masa bujang dulu bape kali dah aku merasa pegi wedding orang indian & mamakian..:)


Tak habis makan lagi masa pengantin masuk dewan...


Pengantin dok bersanding kat atas stage nun, kitorang bergambar sakan. Dani masa ni dah merayap ngan pakcik dia..



Yang tengah tu cousin betul aku... Along Tecik..=p


Baru ada Dani..


Makcik aku yang paling kiri nun... tak nampak makcik2 pun kan... maintain je muka muda..;) ape rahsia ucu?


Owh ada photoboot juga... xkan lepaskan peluang..:)


Ok dah.. mari kita pulang.. Jam pukul 3 lebih mase ni.. Dah tau jalan cepatla sikit sampai kan..:)




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Restoran Tuan Faridah Ayam Kampung + Old School Sengkuang Calit



Tadi lunch makan ni... Perghhh perghhh perghhh n perghhh! hahahaha.. maknanya sedap tak terhinggalah tu..=p Tq yer kawan, sebab tolong bawak.. Dulu pernah dah sampai sini.. 7 tahun lepas.. hahaha, bapak lama kan.. CC Yusuf yang bawak mase tu...tak ingat ngan sape lagi...Memang terangkat habis la!

Kalau nak terjah, carik je kat Google, Restoran Tuan Faridah Ayam Kampung, Bukit Puchong. Ok selamat menerjah..:)

Lepas makan tu, seberang jalan restoran tu ade pulak gerai org jual sengkuang calit ni... Perghhh perghhh n perghhh. sedap jugak uolls! hahaha, lama giler tak makan sengkuang calit ni... selalu makan waktu sekolah dulu2 je.. dulu balik sekolah mesti beli. 20sen je sekeping. Sekarang? RM2.50! Hambekkk ko... hihi,, tapi takpe, berbaloi. sedappp..:)







Kot-kot terpegi ke Puchong tu, singgahla sini yerp..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Banyak ke dapat bonus bila join Shaklee ni?

Kat hospital ni sambil tgu giliran. Bawak anak dara ni follow up ear infection yg kene sebulan yg lepas...

Oklah aku nak memanfaatkan waktu yg ada nak citer la apa yg best sangat bila buat bisnes Shaklee ni..

First question selalu org tya kan, banyak ke bonus dapat?

Bagi aku sendiri... banyakkkk! Banyak sangat bonus Shaklee bagi bila kita usaha secara luar biasa..:) kenapa luar biasa? Sebab kalau usaha biasa2 je atau xde usaha langsung mane nak dapat bonus berkepuk2 kan... depends on org tu nak banyak ke sikit.. aku mesti nak banyakkkk lah kan. So usaha pun mesti berganda dr biasa..:)

Susah ke nak buat Shaklee ni?

Konsep Shaklee ni kan senang je... ko buat je.. redah je.. lanyak je...
Ikut je... tak payah banyak bunyik itu susah ini susah.. itu tak boleh uni tak boleh.  Klu blm buat dh kate tak boleh, camne kan? Buat dulu. Cuba! Lama2 akan jadi biasa..:) ingat.. JUST DO IT!

Kena attend kelas ke?

Haa... pasal ni tak de la hari2 pegi kelas nya.. buat ape g kelas kalau soalan tu ko boleh tanya by wasap, fb ke kan... macam aku, sebulan sekali @ 2 kali mesti hati ni meluap2 nak g jumpa mak shaklee aku.. walaupun dlm telefon dah selalu contact.. tp rasa tak puas..:)

Saya jauh la.. camne nak jumpa sebulan sekali...

Tak menjadi masalah kan perkara tu. X suruh pun jumpa. Asalkan rajin contact mak shaklee kite.. sebab senang mak nak guide.. takde la korang terkapai2 kan.. nak berjaya tak? Kena banyak bertanya ok... nak tanya pon tgk soalan jugak... dah berbuih mak bagtau kalau tak tau jugak... hurmm.. mcm mane nak berjaya ni...

Ape lagi yg best join Shaklee ni?

Cash bonus tiap2 bulan dapat. Mcm mane nak dpt, boleh wasap n pm aku..:) pastu Shaklee bagi car bonus lagi.. car bonus ni dia bukan bagi kereta.. dia bagi duit. Duit tu terpulangla nak beli kereta ke ape.. ade lagi.. Shaklee bagi percutian free... semua Shaklee sponsor. Tinggal bawak duit belanja je... best kan.. tahun depan Shaklee akan bawak pegi Italy... jom pegi Italy korang!!! Tapi kena masuk ahli dulu..:) tahun ni trip pegi US.. bulan 8 nanti kalau tak silap..

Lagi? Apa yang best?

Eh ada lagi... yang paling best aku rasa puas sangat bila dapat bantu orang... tu sebenarnya objektif aku bila join Shaklee ni... aku rasa happy sangat bila dapat bantu org lain dengan Shaklee. Masa mula2 aku makan Shaklee... aku beli set menyusu.. aku makan n konsisten sebab aku nak yang terbaik untuk Zara masa tu.. nak menyusukan dia sepenuhnya sampai la yag termampu. Itu yg aku xdapat buat kat Dani dulu.. masa tengah berpantang aku makan set menyusu tu. Apa yg aku rasa? Masa pantang Dani badan aku cepat letih.. berjaga malam pun payah.. aku jadi stress.. tp berbeza bila aku pantangkan Zara.. aku rasa energetic, susu badan banyak.. sampai tak muat dah peti ais ibu kat kg. Takde stress walaupun banyak kali bangun berjaga malam Zara nak menyusu...

Aku cerita kat kakak yg jual Shaklee kat aku tu.. kakak tu punya seronok habaq hang... :) yelah, customer bagi feedback yang sangat bagus, maknanya ko tolong org dgn share produk yg bagus then berkesan pulak tu. Apa yg customer tu nak, dia dapat.. mau ko tak rasa happy teramat? Mestila happy kan!

Dan sekarang, aku dah rasa apa yg kakak tu rasa..:) kawan kepada kawan aku, 5 tahun kahwin, dia beli set trial untuk pregnant.. alhamdulillah sekali beli tu terus lekat... rezeki Allah nak bagi kan.. dah bersalin pun dia..:) seller mane yg tak hepi kan.. nampak tak? Bukan keuntungan semata yg aku nak bila join Shaklee ni.. aku nak bantu orang! :)

Oklah, lain masa aku membebel lagi kat sini.. dah nak sampai turn dah ni...so, kalau korang nak join Shaklee jangan segan2 contact aku ye.. aku akan terangkan lagi secara detail... boleh contact aku kat no. 0182244135.

Sekian.

View cantik untuk photoshoot di Putrajaya

Lepas makan nasi minyak kat INFRA, Bangi ari tu, aku singgah jap kat Puspanitapuri Presint 10 tu jumpa jap papa dorang...

Saje bawak tengok ikan... punya lah dorang excited! hihi..







Sekali papa dorang ajak g tepi tasik...

Wahhh, cantiknyaaa!

Sesuai untuk sape nak buat outdoor shooting...















♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Happy Anniversary 5th Years!


resepsi belah perempuan

resepsi belah lelaki

nikah






Selamat ulang tahun perkahwinan kita yang ke 5 tahun papa...

Terima kasih Allah, Ibu Ayah Mak Abah kerana merestui kami..Terima kasih di atas segalanya papa... Terima kasih juga kerana menerima segala kekurangan diri ini... Terima kasih jadi suami terbaik untuk mama, papa terbaik untuk anak-anak kita Dani dan Zara... Next? Owhh.. belum lagi ek.. hehe, lom dapat green light lagi atas sebab-sebab tertentu..:)

Papa, semoga papa sentiasa cool melayan karenah mama dan anak-anak yer.. haha... jangan pernah jemu...:)

Dah 9 tahun kita kenal, 5 tahun kita kawen, rasa macam baru je kita kelam kabut buat preparation nak kawen. Mama kot yang kalut. Papa always cool.. hehe.. nak nikah pon cool lagi sampai kena drive kereta sendiri sebab dah lambat nak sampai masjid.. haha... Cool lah sangat kan...

Terima kasih jugak teman mama dalam labour room di saat mama melahirkan Dani dan Zara. tak pernah satu saat pun papa tinggalkan mama.. sentiasa bagi mama semangat nak push baby kita.. :) Terer lah papa, tak mabuk darah pun.. Tengok kan macam mana mama melahirkan? mama harap papa selalu ingat detik itu dan sayang mama banyak2..:)

Susah senang kita sama-sama. Makin lama makin matang dalam mengharungi bahtera perkahwinan kita. Walaupun mama ni kadangkala degil sikit tapi jauh di sudut hati, mama dah cair dah kalau papa pujuk tu, cuma mama tak terluah nak makan dek pujuk.. hehe.. ego ek orang kata...tapi at last mama cair jugak kan.. haha...

Saling melengkapi. Mama habis duit papa topup.. papa habis duit mama buat tak tau jek.. haha, xlah kan papa, mane pernah mama sanggup tgk papa tak de duit.. Ade duit sket, kita share dua.. Takde duit, dok diam2 situ.. hehe.. Takpe, ade je rezeki kita kan.. yang penting kita usaha.. chaiyok papa.. lagi 2 bulan je ni satu beban kita habis... Bertahan lah..:)

Ok suami ku sayang... *malewwnakcakapdepan2*

Mama akan sentiasa mencintai menyayangimu insha Allah selagi hayat dikandung badan. Andai mama pergi dulu, jaga amanah kita baik2 yer... Jangan lupa sayang mama setiap hari...

Doakan kebahagian kami.. Terima kasih. 

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Special Performance By Faizal Tahir





Lagu GEMURUH ni memang automatik akan buat kita lagi bersemangat. SERIOUS! Thats why Master Cery choose lagu ni.. Tahun lepas masa NC kat Sunway Spa & Resort, lagu je berkumandang time kak Cery naik stage..

But tahun ni, Shaklee invite FAIZAL TAHIR!!! Thanks Shaklee!!

FT memang sporting habis lah! But at last tiba2 ada technical problem... Hehehe.. Kitorang punyalah tunggu kot2 tu dia punya gimik kan.. haha, sekali nan hado.

lastly Faizal Tahir memang best lah! Rugi la sape tak tgk live ari tu...:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Roger Barnett Menjawab Isu MLM Haram Jadah di BFM

Kredit to : http://faizsaaid1712.blogspot.com/2014/06/roger-barnett-menjawab-isu-mlm-haram.html


Setelah tadi berpuas berjimba di National Conference Shaklee 2014, saya terus balik ke rumah, dengan wajah yang penat tapi puas hati. Apapun, sebelum NC, memang ada layan topik perbualan Roger Barnett, CEO Shaklee di BFM 89.9. Tak pasal pasal buka radio nih, padahal sebelum ni layan sinar fm je. Tapi adalah soalan panas pasal MLM haram jadah ni, skim piramid dan macam macam lagi.







Menjawab Isu Skim Piramid

Aku dah agak dah, kalau business MLM, takkan terlepas dari soalan liar DJ itu tentang skim piramid yang dikaitkan dengan business MLM. Malah boleh dikatakan ramai akan keliru dengan skim piramid dan MLM ini. Jadi pakcik Roger dengan tenang menjawab business Shaklee dijalankan dengan hanya berkongsi kebaikan produk, dan di situ produk itu terus berkembang.

Kenapa MLM ?

Kiranya Dr Shaklee memperkenalkan konsep MLM, di mana ianya tidak perlu kepada marketing, pengiklanan yang mahal untuk memasarkan produk. Konsep MLM kiranya paling mudah ialah KURANGKAN KOS MARKETING. Sebab itu dengan produk yang bagus, harga yang munasabah, dapat membayar bonus yang banyak kepada ahli, kerana kos marketing yang biasa telah dijimatkan. Bayangkan produk biasa perlu melalui banyak fasa, tetapi tidak dengan MLM. Pengedar akan terus sampai ke prospek atau pengguna.

Dengarkan di BFM !!

Apapun, sebab bahasa inggeris aku pun tak berapa nak pandai, korang boleh dengar sendiri di sini, memang terbaik, suara dia memang cool dan Roger memang awet muda, baik, dan peramah.


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

#LunchDateUB 3 @Little White Cafe

Ni citer lama ni.. hahaha.. berzaman sangat ni... Tengah kemas-kemas folder gambar kat lappy ni, terjumpa plak gambar2 yang rasany lom masukkan kat dalam blog... :)

Saje nak lunch ngan depa2 yg free ni... So termeterai lah perjanjian di antara aku mar fad dan N... Plan asal nak makan kat mane ntah.. kedai western2 gak la... Sekali tutup rupanya Jumaat...

Nasib baik Bangi ni banyak kedai makan.. So, terjah lah kami ke Little White Cafe ni... Cantik restoran dia... Hari Jumaat, lelaki tak dibenarkan masuk.. haha.. baguss, g lah kome sembahyang Jumaat yer.. =p


Aku order lagsana je... Tekak aku leh masuk lah western2 bagai ni.. Enady... tak berapa gemo sangat... nape ntah...








Alololo Iman, Nape comel sangat nih... :)








♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Girl's Trip : Pulau Perhentian Part 1

Hai hai hai uolls... Lama sangatttt tertangguh entry ni... ahkak busy dik non. Busy macam-macam hal lah. Hari ni baru dapat bukak folde...