Baju Menyusu Yang Sangat Comfy Dan Yang Penting Gojes :)

-STICKY POST-

New Entry Scroll Bawah. Tq :)




Salam semua, sihat ke?

Sape kat sini ada masalah mencari pakaian untuk menyusu anak? 

Runsing sebab tak boleh bergaya bila nak pergi kenduri kawan kawan dengan saudara mara? 

Hari nie saya nak kongsi collection dari feedmilk yang confirm korang akan tertarik dan confirm jatuh cinta. 

Collection dari Feedmilk memang trendy dan yg bestnya menutup aurat.

         




   
Lepas tengok design ni, korang dah tak payah merengek dekat suami takde baju cantik2 nak keluar jalan. 

InsyaAllah collection dari Feedmilk tidak akan mengecewakan anda. 

Apa tunggu lagi? 

Jom tengok page dorang sekarang!!!



  @feedmilk



  016-6744960

   
   

Kalau dah ada baju menyusu TRENDY daripada Feedmilk ni, tapi penghasilan susu badan kurang, susu DROP, susu badan sikit boleh ikhtiarkan dengan 1 produk Feedmilk, iaitu #Feedmilkbooster : Habbasyi Oil. 

Habbasyi Oil ini adalah 100% makanan sunnah dan dah bantu ramai ibu yang ada masalah susu sikit menjadi susu PEKAT, BANYAK dan BERKHASIAT. 

100% original daripada minyak Habbatus Sawda.! makanan sunnah yang boleh diamalkan oleh semua orang.

Whatsapp " Milkbooster Feedmilk" ke 017 674 4960 sebab ade PROMOSI terbaik sekarang! insyaALLAH. 




   

Tags : blouse menyusu, baju menyusu, jubah menyusu, baju mengandung, pakaian ibu,breast feeding, jubah, blouse, baby, pregnant mum, ibu mengandung, susu, trendy, selesa, terbaru, fashion, dress, dress menyusu, pakaian ibu, dress menyusu, jubah sopan, jubah menutup aurat, blouse terbaru, jubah terbaru, ibu menyusu, habbasyi oil, feedmilk booster, shah alam, tips menyusu, susu sikit, Shaklee, set bersalin, pakaian bayi, baju baby, kasut baby, expo baby , feedmilk



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Bersangka Baik




Ada seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dengan rumah seorang ibu miskin dengan 2 anak.

Satu malam tiba-tiba bekalan elektrik trputus dgn bantuan cahaya handphone gadis itu ke dapur mahu mengambil lilin, 

tiba-tiba ada yg mengetuk pintu... 

Ternyata seorang anak miskin yang disebelah rumahnya!!! 

Anak itu bertanya dengan risau:

"Kakak, ada lilin tidak?"

Gadis itu berfikir :

"JANGAN PINJAMKAN" nanti jadi satu kebiasaan utk terus-terusan meminta. 

Maka si gadis menjawab :

"TIDAK ADA!!" 

Lalu si anak miskin berkata riang : 

"Saya sudah agak kakak tidak ada lilin, ini ada 2 lilin saya bawakan untuk kakak, Kami khuatir karena kakak tinggal sendirian dan tidak ada lilin."

Si gadis merasa bersalah, dalam linangan airmata, dia memeluk anak kecil itu erat-erat.... 

Jangan menilai keburukan orang lain hanya kerana mereka kelihatan MISKIN / TIDAK MAMPU.

Ingat! 

kekayaan tidak bergantung seberapa banyak yg kita PUNYA, tetapi seberapa kita MAMPU untuk BERBAHAGI kepada mereka yang TIDAK MAMPU.


Miskin bukan bererti tidak PUNYA APA APA dan KAYA bukan bererti PUNYA SEGALANYA.



Hindarkan sikap buruk sangka...bersangka baik senantiasa...



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Shaklee Bukan Punca






Gambar-gambar kredit www.infokini.my


Rasa terpanggil nak bagitau satu dunia yang produk Shaklee bukan punca Duta tu dibuang ovarinya...


Beliau, Puan Nur Farina Abdullah pernah menjadi duta produk kesihatan. Beliau juga memakan produk itu. Ini pendedahan beliau akan kesan dan akibat makan makanan tambahan yang tidak dijamin keselamatannya.


SAYA pernah ditawarkan menjadi duta pada satu produk yang saya sendiri tak pernah guna. Sudahnya saya yang ajar penjual jangan menipu. 

Bagi saya cuba dulu untuk 2 3 bulan dan lihat hasilnya. Memang untuk 2 3 bulan pertama saya guna terlihat hasilnya dan saya terima tawaran itu.

Namun masuk bulan ke 4 5 saya sudah mula mendapat maklumat dari sumber yang dipercayai bahawa produk yang saya gunakan itu berbahaya dan hanyalah diambil dari kilang yang dicampur bahan perasa serta glukose menjadi serbuk. 

Saya berhenti menggunakannya dan tarik diri dari jadi duta walau bayaran yang saya terima agak lumayan. Namun bukan wang saya lihat, tetapi kesannya pada pengguna lain. Saya tak sanggup menipu kerana fikir dosa pahala dan juga keberkatan. 

3 minggu lepas tiba-tiba saya sakit dan doktor kata ovari saya rosak hingga terpaksa dibuang. Bila disoal apa yang saya makan? Saya tak boleh nak sebut sebab saya rasa sangat bodoh makan benda bukan-bukan. Walau baru makan tak sampai setahun tapi kesannya sangat dahsyat. 

Tokei terus diam seribu bahasa tanpa ajak bersemuka tahu-tahu sekarang dutanya sudah orang lain yang saya yakin lebih mementingkan duit, glemer tanpa fikir bahaya pada pengguna lain. 

Jika saya boleh berdepan dengan situasi begini, agak-agak tuan puan, lambakan produk yang ada dipasaran menggunakan duta sama ada dari golongan artis atau bukan artis itu benar-benar jujur atau kerana wang semata-mata? 

Sebetulnya inilah pertama kali saya makan produk-produk sebegitu. Selama ini saya lebih suka cara kampung.

Cuma buat pengetahuan semua, Julai 2014 saya sudah pun dibelah perut oleh Prof Doc Hamid Arshat di Pantai Hospital kerana kedudukan rahim saya terbalik yang menyebabkan saya sukar mengandung. makanya rahim saya dibetulkan dan Doctor kata rahim saya tak ada masalah, ovari saya juga tidak ada masalah dan boleh hamil seperti biasa.

Kemudian sekitar Ogos 2014 saya ditawar menjadi duta dan saya terima sekitar Oktober 2014 saya menerimanya setelah saya dapati selepas saya makan produk itu period saya sudah tidak sakit seperti biasa lagi, padahal saya sudah tidak sakit ketika period kerana rahim saya sudah dibetulkan bukan sebab produk itu.

Kemudian sekitar bulan Disember 2014 sahabat suami saya yang sangat pakar dengan perniagaan seperti itu memberitahu suami saya bahawa saya ini menjadi duta pada produk "sampah".

Makanya saya berhenti terus makan produk itu dan saya mula rasa bodoh kerana ditipu hidup-hidup sebab sebelum itu saya tanya pada tokeinya, dari mana dia hasilkan ramuan tersebut, dia kata dia ada orang RnD-nya kunun2, dia ada perunding dan sebagainya walhal from A to Z dia suruh kilang yang buat, dia hanya cakap mahu perasa apa. packaging dalam hingga kotak luar juga kilang yang uruskan, dia hanya ciptakan jenama apa yang dia mahukan sahaja kemudian buat iklan.

Jadi cuba kita kira, berapa lama saja saya makan produk itu? Tak sampai setahun pun tapi kesannya?

Biarlah saya tak jadi duta, tak glemer dan tak ada duit masuk pun asalkan saya tak dicari di akhirat kelak kerana menjadi duta penipu orang ramai. Allah akan bagi kita rezeki lain walaupun saya dikecam hebat bila menarik diri dari menjadi duta tersebut.

Siap mereka ugut nak saman saya pula kononnya saya burukkan produk mereka, walhal memang produk mereka dah buruk pun.



Namun, di dalam komen-komen beliau ada mengatakan bahawa beliau TIDAK MENGAMBIL SEBARANG SUPLEMEN SEPERTI DINYATAKAN DALAM STATUS BELIAU (Termasuk SHAKLEE), tetapi hanya mengambil kira pendapat doktor yang disampaikan secara rambang.


Shaklee Bukan Punca

Oleh hal yang demikian, sejujurnya dari pihak Shaklee sendiri pernah memaklumkan kepada umum, sekiranya terdapat masalah kesihatan yang disyaki berpunca dari produk Shaklee, laporkan segera kepada syarikat supaya tindakan boleh diambil. Sekiranya dakwaan adalah benar, pihak syarikat juga boleh bertindak menarik balik produk supaya tidak membahayakan orang lain.

GLA Shaklee Penyebab Cyst?

Anda masih ingat kisah Cikgu Mary yang mendakwa GLA punca masalah kesihatan beliau? Pihak Shaklee sendiri telah berurusan terus dengan beliau dan menawarkan khidmat pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi membantu beliau dengan masalah kesihatan tersebut namun tiada bukti mengatakan ianya benar. Tambahan pula Cikgu Mary telah mengamalkan beberapa jenis produk kurus yang lain sebelum kejadian dan turut diambil bersama-sama produk Shaklee.

Selamatkah Saya Ambil Produk Shaklee?

Secara amnya, semua benda di dalam dunia ini kenalah diambil secara seimbang, bukannya berlebih-lebihan.
Kalau makan buah-buahan terlalu banyak, nanti cirit birit.
Terlalu banyak makan makanan laut, nanti kolestrol tinggi.
Terlalu banyak makan protein, berat untuk buah pinggang.
Terlebih minum air masak pun boleh mengakibatkan keracunan air!
Dan banyak lagi yang perlu kita seimbangkan kalau nak disenaraikan satu persatu.



Orang Melayu ni suka je share tanpa baca dulu content artikel... Shaklee mana ada kilang kat Malaysia ni... Semua kilang dorang kat oversea sana...

Lagi satu moralnya, nak try sesuatu produk tu baca dulu apa isi kandungannya, bukan khasiatnya yang banyak janji2 manis je yang kita highlight kan... Sometimes kandungan dia dalam bahasa Inggeriskan.. apa susah... sekarang taip je kat google translate tu... 

Aku dah guna Shaklee untuk breastfeed si Zara dulu, so far alhamdulillah, perkembangan yang sangat positif ...Memang sangat-sangat disyorkan la untuk mommies yang menyusukan baby... :)




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

To UBrians...



Kadang - kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit......
Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.......
Kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka......
Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat......
Kadang-kadang sahabat yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.......
Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing........
Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?".....
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." .... .. TERIMA KASIH SAHABAT
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali : 1. Waktu 2. Kata-kata 3 . Kesempatan  
Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg: 1. Kemarahan 2. Keangkuhan 3. Dendam  
Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang: 1. Harapan 2. Keikhlasan 3. Kejujuran  
Ada 3 Hal yg plg berharga: 1. Kasih Sayang .. 2. Cinta 3. Kebaikan  
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti : 1. Kekayaan 2. Kejayaan 3. Mimpi  
Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg : 1. Komitmen 2. Ketulusan 3. Kerja keras  
Ada 3 Hal yg membuat kita sukses : 1. Tekad 2. Kemahuan 3. Fokus
Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu : 1. Rezeki .. 2. Umur 3. Jodoh  
TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI : 1. Tua 2. Sakit 3. Kematian.



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Sepotong Doa Untuk Wanita




Doa yg indah hanya pada wanita-wanita yg tersayang di bulan Rejab ini. 

Ya Allah.. wanita yg membaca ini adalah wanita yg solehah, yg cantik, kuat dan sabar..

Sayangilah dia, tolong bantu tingkatkan kehidupannya, mudahkanlah rezekinya, sihatkan badannya.. 

Jika dia sedang melangkah mudahkan langkahnya dan selamatkan dia.. 

Amiiiinn..


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Live @ Hospital Serdang

Now...

Tengah melekakan dia daripada mintak susu milo atau air atau makanan...

Dari jam 8.30 malam tadi Dani kena puasa...

Sepatutnya kul 2 pagi start puasa.. tapi Dani dah mengantuk dalam kul 8.30 tu.. terus dia tertidur...

Terbangun kul 6 pagi tadi sebab nak ikut aku mandi.. hehe.. kul 6 pagi dh mandi ye Abang Dani...

Turn untuk dia operate no. 3 dalam kul 10 11 cam tu.. aduhaii.. lambat lagi... sian dani hauss ...

Memasak Pun Ada Adab Tau...




Adab-adab Memasak
Memasak ni sangat penting sahabat2. Tok2 guru pondok kita sangat jaga bab makan sampai tak izinkan anak murid makan di luar sebab takut termakan masakan orang yang tak solat dan tak bersih sebab akan mematikan hati. Dalam kitab pun sebut bab ini
Saya dapat khidmat sebagai penyedia makanan dan memasak untuk para jemaah yang keluar di jalan Allah Saya nak kongsi adab2 memasak dari mudzakarah masturat. Sangat2 hebat mereka para2 isteri para jemaah menjaga adab masakan pada suami dan anak2
Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yg besar dari sisiMu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami
1. Berwuduk dan solat 2 rakaat 2. Baca doa masuk dapur surah alkahfi ayat 10 ﺭَﺑَّﻨَـﺎ ﺍَﺗِﻨَـﺎ ﻣِﻦْ ﻟَّﺪُﻧْـﻚَ ﺭَﺣْﻤَـﺔً ﻭَﻫَﻲِّﺀْﻟَﻨـَﺎ ﻣِﻦْ ﺍَﻣْﺮِﻧـَﺎ ﺭَﺷَـﺪًﺍ 3. Doa mengambil beras surah An-Nahl ayat 96
Segala puji bagi Allah yang telah memberi
ﻣَـﺎ ﻋِﻨْﺪَﻛُـﻢْ ﻳَـﻨْـﻔَﺪُّ ﻭَﻣـَﺎ ﻋِـﻨْﺪَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺑَـﺎﻕٍ Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang di sisi Allah adalah kekal 4. Doa cuci beras ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّـﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـَﺎ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻨـْﻪ ُ kami makanan yang lebih baik darinya
ﺍَﻟﻠّﺬِﻳْﻦَ ﺍَﻣَﻨُﻮْﺍﺍ ﺻْﺒِﺮُﻭْﺍ ﻭَﺻَـﺎﺑِﺮُﻭْﺍﻭَﺭَﺍﺑِﻄُﻮْﺍ ﻭَﺗَّـﻘُﻮﺍﺍﻟﻠﻪَ ﻟَﻌَﻠَّـﻜُـﻢْ ﺗُﻔْﻠِﺤُﻮْﻥَ
5. Doa letak beras dalam periuk ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـﺎَ ﻣِﻦْ ﺟُـﻮْﻉٍ Segala puji bagi Allah yang telah mmberikan makan setelah lapar 6. Doa letak air dalam beras
7. Doa mengacau sayur ke arah kanan dan ikut arah jarum jam 



ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِﻔَـﺔٌ
Tidak ada yang dapat menyatakan hari itu
8. Doa potong sayur dan daging ayat Al baqarah 71
selain Allah
9. Doa cuci sayur
ﻓَﺬَ ﺑَﺤُﻮْﻫـﺎَ ﻭَﻣَـﺎ ﻛـﺎَﺩُﻭْﺍ ﻳَﻔْﻌَﻠُﻮْﻥَ
10. Doa menghaluskan perencah: Surah al kautsar ayat 1 hingga 3
ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِـﻔَـﺔٌ
Kalau tak mampu buat macam ni cukuplah sekadar berselawat, baca hafazan alquran, zikir dan JANGAN bercakap hal2 dunia semasa memasak. InsyaAllah
Sila amalkan untuk mendapatkn redha dan berkat dalam keluarga. InsyaAllah.. Supaya beroleh keluarga dan anak2 yang soleh dan solehah. Pentingnya air tangan orang yang memasak. 


Tq



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Awas! Makanan Ringan Ini Bahaya!




UTK HEBAHAN UMUM. SILA EDARKAN. Assalamualaikum & salam sejahtera, Maklumat diterima dari rakan2 pemantau di Sepang. Kejadian berlaku di Sekolah Kebangsaan Salak, Sepang. Pelajar beli makanan ringan berbentuk serbuk yg dijual oleh penjaja di kawasan luar sekolah. Apabila makan makanan ringan tersebut pelajar akan rasa pening,pandangan bergoyang & ada yg demam. Plastik makanan ringan ini banyak dijumpai bersepah dikawasan luar sekolah. Guru dan PIBG sekolah tersebut telah buat laporan polis. Minta pesan kepada anak2 supaya tidak beli makanan ringan ini kerana dikhuatiri mengandungi DADAH atau bahan2 yang boleh mengkhayalkan. Minta pantau kemungkinan juga makanan tersebut tidak mustahil ada dijual disekitar kawasan kita. Contoh makanan ringan tersebut.(sila rujuk foto). Admin NCC. Putra Nilai



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Tempat Paling Best Kalau Nak Jogging Di Putrajaya

Sah-sah turun 1-2 kg... hihi

Aktiviti jogging ni kalau weekend tu tak busy n tak kemana-mana, memang sini jelah kitorang jogging... Dekat je sebelah rumah...

Awal-awal sampai memang semangat la kan jogging...

budak-budak ni pun... aku nak jalan je...

deme berlari-lari...

Dok perli-perli aku...

mama, cepatla mama.. mama ni lambatla..

macam kura-kura...

Ciskek!

PFttFtftFtF




Besar sangat ok taman Saujana Hijau ni... ada 2 puncak bukit rasanya....


Zara mintak dukung ngan papa dia.. kihkihkih...



Mamaaaa, adik dah tak larattttt ni... hihihi =p



Berpeluh-peluh dah tu haaa...

bagi upah bunga sekuntum, jadikla minah ni... terus semangat nak jogging balik sebab ade nampak bunga lagi banyakkkk kat depan tu....



Pemcinta bunga jugak dia ni...


Sayalah supergirl!!!!!



Laju je kan awak posing Zara... Mama pun apa lagi... snap snap snap... :)




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Penang Part 7 : Last Day

Citer ni throwback setahun yang lepas punya cerita...kahkahkah...

Salahkan Anep. Dia yang simpan gambar dalam kamera terperap lama....

Ni hari last kitorang kat Penang...

Kul 12 check out, so pagi tu Ijai la... nak naik banana nak naik banana... Berzikir kat telingan kitorang... nak naik banananananana...

Iyolah Ijai Kelojai oi...

Gambar pulak memang kat kamera Anep je yang ada... Sebab dia tak join kitorang naik banana boat tu... Tu yang peram lama tu...



Ikutkan hati malas nak naik sebab masa kat Teluk Batik dulu pernah naik gak, at last dia humban kitorang dalam laut, so, mmg macam lemas sikit.. aku fobia la... But kali ni pesan siap-saip,.. takmo terbalik-terbalik ya...


Babai...


Dani menangis, ingatkan mama nak tinggal dia... Ala relaxla Dani... =p


Keciknya korang berdua mase ni...


Kakyang, aku, Ika, Fyqa n Ijai...

Amacam Ijai? Seronok kew???


Deme ni penonton aje.. hihi...




Ibu & Ayah...


Dah lepak-lepak tepi pantai tu, kitorang pun kemas-kemas nak check out...

So, berakhirla percutian ke Penang pada tahun 2013 itu...hehehe..

Jumpa lagi Penang!



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Kuching - KLIA - Putrajaya - Kg.Gajah - Putrajaya

Kul 10 malam sampai umah lepas balik dari Kuching tu, Enady amik kat ERL... kemas2 boom tidoooo..

Sebabnya...

Esok paginya nak kena naik bas g amik bebudak ni kat umah Ibu aku.. 7.20 pagi basnye.. hahaha... penat Sarawak tak hilang lagi, dah kena g Perak amik anak-anak. 

Nape tak naik kereta? - ada yang tanya.

Lagilaaaa malas aku nak naik kereta sebab kena driveeeee.. penattt... Enady keje, takmo kacau dia keje, sian dia nanti sebab balik pun nak amik anak-anak je... bukannya cuti lama.. Balik Sabtu, Ahad dah balik dah... Tak puas betul sembang cotcetcotcet ngan Ibu... huhu rindu...  ni yang nak balik kampung cuti 3 bulan ni... hihihi...


Sampai dalam kul 12 tengahari kat Teluk Intan, lepas tu sampai rumah, siap-siap pulak pegi makan kenduri... Ibu cakap Ibu tak masak sebab nak makan kenduri.. hehe... aku dengan xde bawak baju kurungnya gamble je pakai seluar g makan kenduri... Tu pun g lewat-lewat sikit sebab kul 12 - 12.30 tu orang tengah ramai lagi...

Umah member sekolah aku jugak kendurinya ni.. Sama nama ayah... Yang bezanya, Haji Uzir...Tak dapat jumpa kamu wahai Fatimah Nor, aku tengok ko busy ke hulu hilir...aku makan senyap2 banyak2, dah kenyang, balik..hehe.. buruk perangai.


Esoknya hari Ahad... sambil cotcetcotcet ngan Ibu, tiba2 terhidang la lauk tengahari ni... Ikan goreng, gulai ikan pekasam, sayur buncis tumis ngan terubuk masin je.. simpe tapi bila makan ngan ibu n ayah, perghhh pergghhh, teringat2 haaa... paling win tu gulai pekasam... nak masak tak reti.. kang tak sama macam Ibu masak...


Tiket bas kul 3.45 petang. kul 3 dah sampai Teluk Intan. Ayah ajak mengeteh jap kat mamak sebelah Bus Stand tu...



Dah sampai ERL Putrajaya.. Pukul 8 malam. Budak-budak ni apalagi.... Bukak la segala pencak silat yang ada... lantak korang la... Asalkan bukan atas bas... Kat atas bas pun xde buat perangai sangat... cuma dah kat Puchong tu dorang dah resah gelisah tak sampai-sampai... ke depan ke belakang.. sebab banyak seat dah kosong... Tak larat nak marah dah... jegil aje bijik mata...Tapi tak makan saman laaahh adui...

Aku menahan marah dan tangisan dalam dada je.. kahkahkah...

Zara dah perasan aku senyappp diam tu kan, reti pulak dia dok diam sebelah aku... Si abang tu ha... But syukur jugak dah sampaii... berakhir pemakanhatian aku.. kehkehkeh...



Budak lelaki kan... Tak lasak bukan budak lelaki lah... :)



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Untung Betul Beli Top Up Sejak GST Ni




Untung betul topup sejak ade gst ni...

sy topup maxis 10 je, 

kene bayar 10.60...

lepas tu dia bagi 5minit tempoh brbual prcume..

lepas tue sy pon beborak la dgn kwn sy...

sejam lebih jgk sy borak..

sy cek baki,tgk2 tk gerak lansung kredit eh..

elok je 10 inggit je..

sy bg tau kt tauke kedai topup tu.. 

Hebat topup maxis sejak kne gst ni..

borak lame2 mn pun xmkn kredit...

terkejut beruk tauke kedai tu..

die tnye,dpt bonus arijadi ke?...

sy ckp, takde pun...

borak xgune talipon pun..borak kt kedai mkn je td..




Jangan marah... aku pun terkena tadi... hihihi... =p




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Pencinta Pokok Dan Bunga

New Collection..

Cewaahh, dah macam bag kasut baju plak kan ade collection collection bagai...

Yang bestnya, pokok ape taktau ni dah mula berlingkar-lingkar.. :)


Beli kat IKEA


Baru tanam... menggantikan pokok bunga yang dah mati ari tu...

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hari ke-6 @ Sarawak

Ok nak habis dah citer Sarawak aku... phewww *lap peluh*

Last day...



Peserta pun semangat gak dah nak balik.. Hahaha, ala korang baru 3 hari 2 malam.. aku ni 6 hari 5 malam tau... ecehh.. :)


Bergambar bersama Pengarah Penilaian Negeri Sarawak.


Akak ni keje banquet hotel ni.. Dia la yang serve makan minum kami... ada macam muka Zaiton Sameon tak? Sofia namanya...



 Last lunch at Riverside Majestic Hotel. Aku belasah amik udang banyak2...ngan lamb shoulder tu... sedappp...


Flight balik kul 5.45 petang. so ada masa lagi... Jalan-jalan la pusing-pusing carik sourvenior lagi.. mengabihkan duit dalam erti kata lain. =p


Nak menyeberang lagi? No no no dah la... semua dah beli dah.. Kek lapis Mira CakeHouse pun dah siap borong...


View from tingkat 8 Riverside Majestic Hotel...


OK nak balikk dahhh.. kerinduan tahap dewa dah ni... dani zara tunggu mama balik... dear hubs, wait for meeeee... kehkehkeh... drama sangat...

Beg penuh... dua-dua beg... bagpack dan luggage... tambah satu bag hand carry.. hambek ko... ingat kan balik dah ringan la sebab folder n stationary tinggal sana dah...huhu..



Kat airport Kuching... tengah tunggu nak masuk plane... ada pulak gadis-gadis Sarawak ni... gambo ser!

Rupanya ada AIFA 2015... Aseain Internantional Film Awards...

Mula keluar Tan Sri Ahmad Shabery Chik..

Pastuuu...




Hihi... Hans Isaac.. Tingi betul dia.. aku orang pertama yang tegur dia nak bergambar. hahahaa gamble je... Ntah mcm mane ntah boleh tercakap... lepas aku bergambar tu, berebut2 org lain pun.. 


Mase nak take off balik KL tu.. hujannn... hati dah berdebor dah ni.. Tawakal je n baca2 la apa yang patut...


Muka penat dua-dua...


Selfie sikit... Tak dapat tepi tingkap betul2... tingkap dia kat belakang sikit... jenuh la tertoleh-toleh aje...


Takuttt...Hujan memang lebat gila masa ni...


Dah lepas kawasan hujan dah...



Cantiknya permandangan atas awan ni... Subhanallah...


Bye Bye Sarawak... tu Sarawak punya daratan.



Ni dah atas laut dah...


Menu MAS petang tu...


Sampai KL pun dah malam... senja la... kiranya aku punya siang atas flight je... kat Sarawak senja... pastu siang sekejap... pastu malam balik bila dah touch down tu... Alhamdulillah, smooth je...


Hye KLIA... :)


OK Sarawak, Thanks for everything.. Next time inshAllah datang lagi.. Nak bawak family n anak-anak pulak.. :)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Girl's Trip : Pulau Perhentian Part 1

Hai hai hai uolls... Lama sangatttt tertangguh entry ni... ahkak busy dik non. Busy macam-macam hal lah. Hari ni baru dapat bukak folde...