6 Tanda-Tanda Awal Mengandung





Maybe entry ni boleh dijadikan reference pada pasangan yang baru kahwin. Yang dah lama kahwin dah ada anak 2-3 pun boleh jugak kalau nak refer kan... Tapi mesti dah expert.. :)

Jom kita tengok tanda-tanda di awal kehamilan :


1. Haid Tak Datang

Haaaa, yang ni buat ibu yang dah pernah mengandung, sure saspen bila tiba-tiba haid tak datang kan.. Untuk yang regular period la... Yang period nya tak regular pun kadang-kadang ada je tiba-tiba mengandung kan... So, perempuan yang tiba-tiba bulan tu tak datang haid, checklah ya... Mane tau pregnant kan... Semua tau check period sendiri kan..:)


2. Morning Sickness atau mabuk

Morning sickness ni loya, muntah-muntah, rasa tak sedap badan dan macam-macam lagi la... Ade je yang morning sickness dia bertukar kat husband =p... sian dia... rasakan ye.. :) 

Mengikut pengalaman aku mengandungkan 2 orang anak tu, anak first alhamdulillah takde sangat mabuk, tapi dapat tau je pregnant, terus batuk teruk, selsema, demam. Sekejap je la... tak lama. Time anak kedua, haaa, yang ni, belum tau pregnant lagi dah malas... badan jadik letih.. kat opis asyik nak tido aje.. pening kepala sampai tahap aku fikir eh, aku ni ada barah otak ke? hahaha...

Memang agak kronik mabuk aku anak yang no.2 ni...


3. Payudara tegang

Ni adalah disebabkan hormon. Patutla banyak rumors cakap, perempuan mengandung ni seksi... Hahaha... So, jangan risau. perubahan hormon tu ya... Time ni elakkan pakai bra yang x selesa... Pakai lose lose je...



4. Pening kepala

Yang ni berkait la dengan point no 2 tadi. Kalau dah bangun pagi sakit kepala, konfem cuti la hari tu. Haha. Rasa x larat nak g keje. Orang kata jangan layan sangat. Tapi udah pening nak buat gane kan... Makan panadol sebijik pastu rehat atau tidur... Husband rajin-rajin la picit kepala isteri tu ya.. :)


5. Rasa Penat

Penat dalam erti kata lain. Badan tak larat nak beroperasi. Nak baringgg aje... Tu masa aku mengandungkan Dani. Banyak gak cuti aku habiskan semata-mata tak larat n malasss nak g keje.. Akibatnya, bila anak xsihat, menggagau carik cuti yang dah nak habis... So, bila mengandung anak kedua, aku dah tak malas-malas dah walaupun morning sickness teruk. Gagahkan jugak pegi keja.


6. Mood swing

Hehe... sian husband la time ni... Mood cepat beno berubah-rubah... kejap nak itu kejap nak ini. Cepat marah, cepat melenting. Jiwa jadik sensitif. Sikit punya hal pun merajuk muncung sedepa... Akulah salah sorang nya tu... =p Maafkan mama, husband. :)


So guys, bila dah dapat tau preggy tu, bolehla start amik vitamin-vitamin supaya badan kita kuat nak hadap semua-semua kat atas ni... 

Antara yang penting, adalah pengambilan asid folik. Biasanya bila dah masuk 2nd trimester, simptom -simptom tu akan berkurang dah. Perasaan mesti kena happy selalu... Penting sebab baby dalam perut tak stress sama...

Selamat berbadan dua...Jaga kesihatan diri..



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...