Ex-Wang Awam I Berbuka Puasa : Thai Tomyam Kung, Ayer @8

Thanks to geng-geng Ex-Wang Awam I, MOF yang arrangekan majlis berbuka puasa ni. Tiap tahun tak pernah miss lagi berbuka ngan dorang walaupun beberapa kerat je yang ada... Kecuali tahun lepas, xdpt nak join buka puasa sama-sama...





Ada gak tahun yang kitorang buka sama-sama tapi aku terlupa la tu nak update kat blog. Tahun bila ek yang kat Perantau Hill tu... 2013 rasanya...

Tahun ni, venue yang menjadi pilihan, Thai Tomyam Kung kat Ayer @8, Presint 8. Mula-mula plan nak ke Perantau Hill. Tapi macam jem nak ke sana dan dah makan masa kat situ.. Pastu konfirm ramai orang...

Eh, kat Tomyam Kung ni pun ramai gak... sesak gak ngan orang...


Menu yang diorder : 


Kung Brokoli + Udang. Zara meratah brokoli tu je lepas makan nasik...


Ayam goreng gajus.


Kerabu mangga. 


Kengsom Ikan Siakap. (Asam Pedas). X nampak macam asam pedas pun... Macam kuah tempoyak pun ada rasanya...



Sup Ayam.


Tunggu nak berbuka.... sembang la tanya khabar diri masing-masing.. Semua dah lain tempat. Nama pun Ex-wang Awam I kan... CC je stay lagi kat Wang Awam I tu... Kak Zai, KDN, Qila kat Kastam KJ, aku INSPEN.  




Makan dulu dah budak ni... Tak cukup pinggan pastu pelayan takde pulak lalu lalang.. aku nak kuar g amik mmg xleh kuar dah.. sempit... so, dalam tutup periuk pun jadikla yer Zara... Hahaha... Bertambah-tambah nasik...


Aku import Kakyang. Dia ada kat umah minggu ni.. tapi dah balik Ahad ari tu.. Final exam start ari ni kan.. Gud luck Kakyang!...


Hehehe, orang tak lalu nak makan, makanya cuit-cuit je buat rasa pastu minum air yang banyak... Nasi xlalu nak telan. Tukang amik gambo jer kite... Seronok tengok orang makan ramai-ramai ni. Anak-anak pun bukan main bertambah2 makan...


Qila buat ape tu???? =p Garu hidung...hihi


Ex-Wang Awam I yang hadir...


Tq again semuaaa....jumpa lagi nanti... :)



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...