Nak balik Putrajaya dah...

Ni citer last day kampung masa balik cuti Hari Raya ari tu...

Sambung citer http://honeysour00.blogspot.com/2015/08/aidilfitri-2015-di-perak.html :)

Gambar macam dah tunggang terbalik...

Otw nak balik Putrajaya, kitorang singgah jap kat umah Ijai kat Kuarters Hospital Slim River nun. Dari rumah dia boleh nampak la highway tu jem ke tidak. banyak kereta ke tidak...



Kagum tul aku tengok Ijai minat decorate akuarium dia ni... Cantikkk sangat... tenang je tengok ikan-ikan tu dengan pokok-pokok menghijau... Bila tanya Ijai, habis modal dah berapa ni Ijai? 4 angka long... GULP! Telan ailio aku.... Ijai deco dari akuarium tu kosong tau. Dia tanam dulu pokok2 yang kat dasar tu... bagi dia membiak semua.. pastu baru buh kayu tu pulak.. Kayu tu dia siap rebus tau... aduhaiii.. leceh banyak kerja... Tapi yela, orang dah minat kan.. hehe


Macam nak runtuh rumah Ijai ngan jerit pekik bebudak ni.. Hahahaha.. deme kalau dah berjumpa memang riuh.. Dah macam 10 orang anak dah... hahaha....






Candid! Suka tengok gambar ni... Ayah tengah acu pistol kat Zara.. hihi..

Ni masa sebelum gerak balik Putrajaya n singgah umah Ijai. Tak sah kalau tak bergambar.. :)



Zara buat-buat nak mati... kahkahkah...



Free Style. Hahaha. comel jer ayah buat mcm tu... Ni la kuah, kalau tak tumpah ke nasi ke mana lagi kan... hehehe... Zaman ayah ngan Ibu muda2 dulu pun suka bergambar....Opsss, ada orang tak cover perut... kihkih!



Awat masam je cik Zara n Cik Icha...?



Again Us! :)



Ok Peace! :)


Last. Dani ngade2 nak duduk atas kerusi pulak... Kalau tak dia taknak bergambar...

Ok, habis dah cerita raya di Perak... InshaAllah jumpa lagi rumahku syurgaku dalam tema Hari raya di Aidilfitri tahun depan... :)




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...