Simulasi Haji Taska Bijak Cerdik INSPEN

Assalamualaikum...

Al-kisah Tadika Zara buat simulasi Haji.

Terlebih dahulu, terima kasih kepada cikgu-cikgu Tadika Bijak Cerdik khususnya Teacher D di atas penganjuran ini. Tak terfikir langsung idea ni kan masa zaman-zaman kita dulu. 

Gambar tunggang terbalik dah haa.. abaikan aje la ek...



Grup Tadika Zara. Zara yang pakai suar hitam bintang-bintang tu. Gigih mama ko carik telekung kat Mydin tau. Tinggal satu je pun kat Mydin tu. Kalau tau, pakai telekung aje, mama dah guna dah yang maksu punya telekung time kecik2 dulu yang kainnya hilang ntah ke mana tu.. Hahha, Takpelah Zara, nanti leh guna kan solat sama-sama ngan mama...



Melontar jamrah.


Baru sampai. Dorang buat kat Dewan MPOB. So, naikla van ke sana...


Zara no.4 dari kanan. Seluar bintang tu...


Carik seluar hitam bintang.. hihihi... Lepak jap sementara tunggu nak balik...


Siap masuk tv tau deme ni.. kurlassss... TV Al-Hijrah.


Gabungan tadika-tadika Bijak Cerdik kawasan sekitarnya.. TBC INSPEN, TBC MPOB, TBC DPP, TBC Bandar Enstek, TBC Presint 9...


Bersama-sama Teacher TBC Inspen.


Geng-geng Zara...



Masa kat rumah pagi-pagi sebelum pegi school... :)

Hasil daripada dorang pergi Simulasi Haji ni, si Zara selalu main ngan abang dia pusing2 kat rumah sambil baca Labbaikallah Hummalabbai... Labbaikalasharikalakalabbai... sampai lah habiss...

Seronok budak-budak kecik seawal 3 tahun dah tau apa itu pergi Haji dan sebagainya... pusing kaabah 7 kali, lontar batu, dan macam-macam lagi la... zara lagi seronok la dia bercerita... potpetotpet... Last-last, dia ajak aku..

"Mama, jom kita pegi Haji.."

Ok jom, tapi kakak kena doakan mama dulu, mama papa murah rezeki, berkat rezeki, sampai masa kita pegi sana...Lalu tadah la tangan ajak dia berdoa...

InshaAllah...



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

1 comment:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...