Majlis Hari Jadi Anak-anak Zon 6B

Bulan 5 tak silap event ni. Persatuan Jiran Wanita Zon 6B kali pertam menganjurkan majlis macam ni. Ni kiranya lebih kepada misinya untuk mengeratkan silaturahim di antara jiran-jiran di kawasan kediaman aku ni. Gud job Puan Ian dan team. :)

Majlis hari lahir anak-anak mula dari bulan Januari hingga April. Dani n Zara lahir bulan Mac. So dorang join la automatiknya. Bayar RM10 sorang untuk hadiah.


 Seronok Dani n Zara... Deme ni bab happy bufday happy bufday ni sukala dorang...






Siap ada marhaban..



Iman dok diam dalam tu yer...









Zara muka sedih tak dapat dok depan kek.. haha...


Haa, nah... bergambar la puas2...


Selain dari acara marhaban, potong kek dan makan, sukaneka untuk parents pun ada... hihi, aku bolot banyak hadia malam tu... towel, serbuk lada hitam lada sulah, biskut2  maggi teh air kotak... tupperware ikea.. haha.. bolot jangan tak bolot...

Tq Puan pengerusi Ian and the team... Gud job. 




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

Restoran Gegey, Dengkil

Sekarang ni asal viral je terus membuak-buak nak try... hehe... yang xdapat lagi ni pau cendawan. huhu, asal pegi je panjang beraturnyaaa, pastu habiss.. frust Enady nak g beli.. hahaha, tak kira papa, mama nak jugak. Mentang-mentang tak mengandung, takde  nye nak diherankan sangat permintaan wife dia tercenta dia ni. hihi... tak adil tau.

Restoran ni viral gak ari tu. Restoran Gegey. Lokasi, Dengkil. Sebelah hotel ape ntah. tak ingat.

Kami pun kebetulan terlalu kat Dengkil ni. makanya singgah la nak dinner...



Menu dia takdela banyak sangat. Biasa-biasa je. Nasi KakWok ek orang panggil. Tu yang Enady makan tu... Rasa dia, boleh la...





Aku dah kekenyangan so xdela order makan. Datang just nak chill2 lepak2 minum2 je... 

Bagi aku, not bad la kedai ni... air yang viral tu actually air big cup tu je pastu dia tambahlah kek kat atas tu...jenuh nak ngabiskan air beso tu.. huhu...



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

Menang Contest Hersheys Petronas

Alhamdulillah...

Bulan 11 tahun lepas, aku ada join satu contest Petronas ni...


Hujung bulan 4 hari tu, dorang call bgtau aku terpilih untuk dalam finalist contest Hershey's Soyfresh Petronas SMS Contest. Then dorang suh emailkan resit-resit bukti pembelian. OK, mujur simpan. :)

Aku beli dalam 10 kali je rasa nya.. 
sebab ada 10 resit. 
sekali beli RM3, 
so modal dalam RM30.
Still berbaloi la sebab aku menang RM100 voucher Harvey Norman.




Tadaaaa!
Aku beli blander je nak redeem voucher tu.. 
Blander lama dah nak macam hancur dah...

Rezeki.

Tq Hersheys, Petronas dan Harvey Norman.
:)

Dani First Day Puasa

Alhamdulillah... Dani dah 6 tahun, tahun ni... Bulan Ramadhan pun dah mula. So, its time to nak ajar dia what is puasa...

Maybe kat sekolah dia dah belajar, aku takyah nak terang banyak pasal puasa. Yang Dani tau, takleh makan takleh minum dari pukul 5.45 pagi sampai la kul 7.24 malam. Luckily, papa dia baru je belikan dia jam. Memang tepat pada masanya... 

Excited dia nak bangun sahur. Dani memang dah biasa bangun awal. Aku selalu bangun pukul 4 pagi buat sandwich yang orang order, nanti dia pun ikut bangun temankan aku.. bukak tv atau main lego dia, suh tido xnak pulak dia...Harap kat sekolah tak mengantuklah nak...

First day sahur, takde masalah la nak kejut dia.. dia dengan rela hati mangkit soq.. hidang pulak lauk kegemaran dia, rendang... syokla dia makan..


Nasi sepinggan, susu sebotol.

selesai sahur. Then, memandangkan cuti sekolah lagi, maka dia ikut la aku g ofis. Pagi-pagi kat ofis, aku bagi dia buku kerja bahasa melayu ngan maths aku beli masa kat BBW tahun lepas. Semangat dia buat homework.. sampai habisla 2 buku tu satu hari.

Kul 11 pagi, teman aku g pam susu untuk Iman. Tengah tunggu aku, dia pun tertido... Sampaila kul 3 petang baru dia terbangun... Syok kot tido dalam aircond kan...

Kul 4.30 petang balik umah. Amik Iman dulu kat taska.

Sampai rumah, aku kelentung kelentang masak kat dapur. Dani dah start terasa haus dan lapar... Merengek gak dia nak minum. Aku cakap, sabarla, sikit je lagi.. Aku bukak lappy bagi dia tengok Angry bird The Movie. Dah nak dekat kul 7 malam, aku ajak dia mandi. Aku pun dah siap masak semua.. Iman sangat memberikan kerjasama... Main je dia golek2 kat depan hall tv tu...gud girl Iman.


Ok! Its time!!! Selamat berbuka puasa Dani... :) Dia yang request nak nugget. Papa dia beli, Makyang pun beli yang belum masak tu... Reward la sebab dia berjaya puasa hari pertama..



Ngadap Youtube jap sebelum tertido...

Hari kedua, bangun sahur.... Kat opis ada staff bawak anak dia jugak, son dia main tak hingat dunia.. lari sana sini. Tapi pelik la tak de pulak dia mintak nak minum. Kat rumah dah pukul 6.15 petang, barula merengek2 nak minum. Aku tahanla jap, sambil2 nyusu Iman aku dengar bunyi peti ais bukak tutup.. Hahaha, sah la dia dah buka... sayangnye lahai.. sikit lagi kan...

Tapi takpela, nak buat camne... budak2 xleh nak paksa sangat time umur sekarang ni. Solat tu yang kena paksa... Solat penuh, inshaAllah puasa pun penuh nanti... Kita doakan ok..:)

Hari ketiga hari ni... Dia tak sahur, kesian lak.. pagi2 dah belasah susu satu botol, karipap satu. So dia tak puasa hari ni. Tapi, dia tak nak makan plak ni... dia kata dia puasa.. adehhh, dah salah paham ni bang oi... hihi... Kang balik kang aku explain lagi. La ni, nak g pam susu jap... 

OK bai.




Girl's Trip : Pulau Perhentian Part 1

Hai hai hai uolls... Lama sangatttt tertangguh entry ni... ahkak busy dik non. Busy macam-macam hal lah. Hari ni baru dapat bukak folde...