Short Vacation To Port Dickson


Dimulakan dengan gambar si kecik molek ni la... Walaupun kecik hatinya besar, sekali dia keluarkan suara, terpelanting mama ngan papa. ok tipu. =p

Plan nak jalan-jalan Port Dickson ni last minute. Last minute jugak Nurul n Yaya join. So, jomlah beramai-ramai ke Port Dickson.

Nak pegi Port Dickson je, tapi aku punya itenarary kemain haaa... gugel setiap tempat kat Port Dickson tu aku nak jelajah. Tempat makan of kos kan... :) 3 hari 3 malam dok pikir pasal Poer Dickson je. Hahaha, belum lagi pegi Sydney kan... kuikui



17 September 2016.

Plan gerak kul 8 pagi n jumpa kat PD. Yaya gerak dulu.. aku kul 9 baru gerak. jumpa la kat sana kang memane... Aku bawak sandwich, yaya bawak nasik lemak. Yaya sampai dulu n carik port. Makan dulu sebelum kita g Ostrich Farm kat Teluk Kemang.





Nasi lemak, sandwich, nugget n sosej. Makan dulu isi perut...


OSTRICH FARM, PORT DICKSON

Lepas dah siap makan n main2 kat pantai sekejap, terus gerak ke Ostrich Farm kat Teluk Kemang. Berhadapan dengan Primaland tu. Bayaran masuk untuk dewasa RM15, Untuk kanak-kanak RM10. Lain pulak dari harga yang kitorang survey. Urmmm anak-anak dah excited kan, so nak tak nak masuk je lah... Luckily, Iman takyah bayar. 


Masuk-masuk jumpa lah dengan En. kambing dulu... Mmbekkkkk! :)




Then baru jumpa Ostrich ni... Tengah lapar kot. Asyik nak mematuk-matuk je bila hulur daun tu...










Pinjam stroller aunty Yaya jap. Afi taknak dok dalam tu, so caye pinjam jap yer abang Afi...


Telur ostrich. Boleh tahan sampai 90kg. Wow!



Cantik plak pangkin ni. Dulu2 masa dok KL dulu selalu ayah buat kan pangkin duduk bawah pokok makan buah rambutan...



Yaya n family.




Zara takutttt hahahah...








Aku pun takut benonya, takut burung tu mematuk.. hahaha... buat2 berani je ni . kihkihkih...






Jumpa lak poney ni... jom naikkk.. freeee katekan... Ni tak takut plak ek Zara...




Ngan baby Ostrich...


Syoknyaaa lepak dalam stroller ni...



Iguanaaaa...


Ada rabbit...Zara memang suka sangat la ngan rabbit ni..






NI paling aku kagum... Dani pun lariiii...Zara lagi la... hahaha.. takut. BUkan Dani je takut. aku pun takut. Berani lah auf... Syabas Aufff... :)


Relax je dia pegang ular tu...



Berehat jap. Penat.


Lalu bawah buah ape ntah ni dorang tanam...



Buat syarat bergambar kat sini... :)



ALIVE 3D

Kuar dari Ostrich Farm tu dah kul 1 tengahari. Matahari dah terpacak kat atas kepala. Nurul tak sampai lagi. So decide jumpa kat Rumah Terbalik jelah. Rumah Terbalik tu kat sebelah je ngan Ostrich Farm tu. 

Setelkan solat Zohor dulu kat Surau Teluk Kemang, then patah balik nak g Rumah Terbalik. Nurul pun dah ada. Sekali tu diaaaaaa, ramainyaaa orangggg... Pastu macam tak berbaloi je. tempat nak bergambar tak banyak tapi masuk nak bayar tu RM20. Mahal. Maybe sebab weekend kot. Pastu cuti sekolah plak lan. So cancel. Baiklah pegi Alive 3D. Bayar mahal sikit pun berbaloi sebab banyak tempat leh amik gambo.

Then, here we go!

Ke Alive 3D lah kita. Aku 5 orang kena bayo RM75 hokey! Hahaha... Tapi sebab anak2 dah excited nak masuk. Pejam mata je lah bayo. Padahal leh buat makan sedap2 tu RM75 tu tau...Yaya satu family RM50. Sebab Afi bawah 90cm. Nurul pun ingatkan RM50 je, sekali dah balik rumah, dia tengok resit balik, kena RM75 rupanya... kihkihkih... nyumpah2 dia...Mati2 dia ingatkan RM50 je.

Dah bayar mahal2, silalah duduk lama2 dalam tu yer... hahaha.. Ayat Saiful, husband nurul.

Jom layan gambar.

Ni je gambar yang senonoh2, yang lain2 tu banyak gegar je. Anak2 tak bagi kerjasama sangat la.




Gambar ni, aku kat belakang Saiful tu, dia dudk mula2, leh tak dia bangun, dah dia lindung aku... Sebabnya, Nurul kat depan tu lindung dia.. kahkahkah.. pecah perut gelak masa dalam ni... Gambar tak jadi!



Real kan aku jadik kecik dalam ni... hihi...


Gambar anak2 tak bape jadik... Auf je nampak tinggi.


Konon-konon kat Greece yer.. hihi


































Kul 4 lebih gak kot kuar dari Alive 3D tu... Pastu masing2 dah penat, jomlah kita check in. Dekat je Hotel ngan Alive 3D ni...


GLORY BEACH RESORT, PORT DICKSON


Kitorang check in kat Glory Beach Resort. Amik apartment yang 3 bilik sebab 3 family kan. Beli kat Agoda. Masa booking, dah kabo 3 bilik n 3 queen bed or 2 single bed. Tapi yang dapatnya 1 room tu 1 single je.. Kitorang complain la kat kaunter, dapatla extra 1 tilam.

Aku dah pernah pegi Glory Beach REsort ni masa Dani dalam perut dulu. Family Day tempat keje Ady, Hicom Teck See. Ade kot aku blog kan dulu2.. Jap carik link.

http://honeysour00.blogspot.my/search/label/Glory%20Beach%20Resort



Memang amik yang sea view. Nak tengok sunset n sunrise. Nurul, Yaya n Me. Kebetulan pulak kan, ni geng yang sama pegi Aquaria tahun lepas. Cuma Reen je takde. Last minit punya plan kan, sape yang ada lalu lalang kat Grup wasap, dipersilakan join. Reen busy kot mase tu, tak perasan kitorang sembang dalam grup. 


Ni view Sunset dari balkoni... Hp Nurul. Hp aku tak lawa nak amik sunset...


Nak g dinner... Seronok tengok budak-budak ni... Nak pecah apartment tu budak2 ni riuh main...




Tak ingat nama kedai makan tu tapi memang hampehlah servis dia. Zara siap ngamuk2 dah dia punya mee goreng lambat sampai. Tau jelah kan kalau si Zara dah mengamuk. Memang spoil mood maisng2. Takdela sedap sangat-sangat tapi sebab semua lapar, makan je lah bagi habis. Yaya lagi kesian. Ikan dia dah siap bakar dah. Nasi putih je pun tunggu berejam. Last-lasy Enady g amikkan... kahkahkah...

Lepas makan, kebabom tido. Ingat nak sembang-sembang la kan tapi masing2 dah penat tunggu makanan tadi. mata dok pejam je. Ensuami2 je kot yang sembang kat balkoni.

Kul 5 pagi aku dah terbangun sebab sejukkk pastu bunyi angin kuat. Rupanya hujan lebat. Kitorang mak-mak ni berdoa lah moga2 hujan tu berhenti bila dah siang, sebab budak-budak ni nak mandi kolam.



Sarap dulu...

Hujan dah berhenti, maka moh la kita terjun kolam... :)


Belikan Iman pelampung ni. Bertuahhhh la dia nak masuk dalam tu... tak selesa kot....


Kakak abang memang tak fikir apa dah... Memang impian dorang selama ni nak mandi kolam.



Ada slide.




Apsal berkerut sangat muka tu cik landlord...=p







Tak lama pun Iman mandi, pastu dia dah mengantuk. Tido lah keje dia... Lepak jap kat bawah gazebo ni, tunggu Kak Ila Jivebum. Tak sangka dia pun holiday kat sini...



Dah layan kolam , kitorang ajak g lepak pantai plak...










Ok nak balik dah... Tq korang sudi holiday sama-sama... Next nanti kita plan lagi.. :) Ajak lagi geng2 UB kita...





 Yaya balik tu dia singgah kat Army museum ni. Macam best je tengok gambar dia. Kitorang disebabkan balik ikut jalan belakang, ikut Sepang nun, malas dah nak patah balik g museum tu. Lain kali lah.

Ok sekian, short vacation kami... Jumpa lagi di NEXT!! :)



 ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...