K Fry Urban Korean

Hai uolls.

Bertemu lagi kita kat blog kesayangan aku ni. Ade ke yang tertunggu-tunggu entry baru? hihi, kalau ada alhamdulillah, Terharunya sis. :D

ok nak cerita pasal tempat makan yang viral sangat ni. Akhirnya setelah beberapa kali datang IOI City Mall nak makan bende alah ni, asyikla ramai orang... finally. dapat jugak makan. Tq sangat-sangat kat Juelee sebab gigih beratur 1 jam sebelum yang lain-lain sampai. Kamsahamida Juelee.. :)




Memenuhi impian dan mengidam si Makyong sebenarnya... Si Hanylah tu. yg pakai mata empat. Jue ada training kat Cyberjaya. Dia habis training awal. So, dia merelakan diri beratur. tengok kat belakang weolls tu, lagi panjang ye sebelum kami nak sampai kat depan sekali. Jue dah beratur 1 jam, aku 10 minit, N sampai beratur lagi 10 minit dan lastly hany sampai beratur lagi 10 minit. Total beratur 1 jam setengah. hihi. mujurla ngam-ngam ha waktu lunch hour. 



Kitorang order ni. Rice ball. Dia gaul2 lalu jadilah seperti di bawah. Dapat dalam 12 ketul. Makan la sorang 3 ketul.




Japchae namanya.... sedappp jugak. dia ada mushroom.


Ramen. Rasa macam ramen biasa2 je. Bolehla jadik penambah kenyang.



Haaaa, ni lah yang ditunggu-tunggu... Ala tak ingat la nama dia... gugel jap... Krazy Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbux. hahaahaha kemainnn panjang namaaa mujur lah sedap! Terbaikkk. Aku makan yang kat BBQ ape ntah namanye yg kat deret-deret Secret Recipe tu, xsedapppp. Aku takleh blah langsung ngan sos dia. 


Cheese dia tu perghhhh.. cenggini haaa sedap. Tapi bertabahla bila cheese tu akan membelenggu dalam badan korang. Berkeliaran macam penari2 ballet tu ye.. Kahkahkah!



Makan 4 orang, takkan dapat bungkus bawak balik.. hihi, kami tgk meja lain lepas dah habis makan mesti balik bawak beg plastik berbujut2. Portion K Fry ni banyak ye tuan tuan puan puan. tu pon dah tersandar kat kerusi nak habiskan. 4 orang tu... :P


ni pun sedapppp... Bulgogi Fries.


Juliet and Ana sharapova


N ngasri dan Hany bunny...




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...